Thursday, January 27, 2011

Akhirnya ini hari yg ku tunggu-tunggu....

hari nie last day kuliah untuk bulan january...
besok takde kelas dan minggu depan dah mula mid-semester break.. seminggu.. CNY..hehe pagi tadi kelas 8.30am cancel.. next kelas jam 11.30am jap lagi..sampai petang..lepas tu.. H0oooreeyy...!!haha
tak sabar nak balik..nak jumpa mak ayah...Rinduuuu..duu..duu...hihihi
dan habis dah beban nak fikir pasal assigment buat sementara waktu..
lepas habis cuti baru fikir balik..yg penting, kita enj0ooy...!! hahaha *evil laugh :p


buat adik-adik ku yg masih bersekolah..
sekolah rajin-rajin ye..
jangan malas..jangan ponteng kelas...
dengar nasihat kakak mu..
kelak pasti berjaya..hehehe





-mekasihhh-

Pakej Umrah Cinta Rasul...



Time

Sunday, June 12 at 1:30pm - June 24 at 4:30pm
2011
Location Makkah, Madinah


 - Pakej umrah pertama sepertinya di Malaysia.

- Melawat lebih 40 lokasi bersejarah di Tanah Suci

- Kuliah Sirah Nabawi dari kelahiran hingga kewafatan sepanjang di Tanah Suci

- Khas untuk yang ingin lebih mengenali dan mencintai Rasulullah s.a.w.

- Hanya RM4980 (13 hari)




*kepada sesiapa yg berminat boleh PM FB EFA NUR ya...
mekasiiihh....

Wednesday, January 26, 2011

Research...Journal..study case..bikin panas...

sekadar hiasan tampal dinding..hehe


kalau suka boleh baca...kalau tak suka, boleh jalannn....hehehe

okay, semester nie agak handsome sikit..sebab makin banyak kena buat research.. journal.. cari article.. study case...pening pening..hehe bukan merungut tapi mengeluh.. ehh bukan mengeluh tapi  mengadu.. ehh..ape nie..?? okey, efa dah pening..hehe nak aktif blogging pun kena berpada-pada..
 AWAS...jangan jalan bengkang bengkok...!!
besok kena submit proposal research....okay, sebelum nie dah ada tajuk dan dah cari journal pun... tupp..tuupp...tadi baru dapat tau ada clazmate yg buat tajuk sama gak..aduii...cancel..!! kena fikir lagi tajuk lain..bukan senang nak pilih tajuk...cakap je memang senang laa kan..hehehe
okay, dah dapat tajuk baru untuk buat research..berkaitan dengan BLOG...tapi tak tau laa okay ke tak nie..hehehe ada sesiapa nak derma idea best2..?? plzzz...hihihi

-ini lah aku-


Tuesday, January 25, 2011

Bloglist Sandiwara Seorang Insan@Syafiq Rosli


kali nie efa nak join bloglist blogger macho lagi malatop
sape lagi kalau bukan incik Syafiq Rosli..hehehe

untuk join, beliau hanya perlu ini saja..


Jantina: Perempuan
hye..saya efa nur..:)
 

yg belum join tu, jom ramai-ramai join..
klik kat SiNi ok..
mekasihhh...:)

Friday, January 21, 2011

JOM GEGAR BLOG..!!!


JOM GEGAR BLOG...!!

berminat nak join??
jom terjah jejaka terhangat di pasaran..



Sayangi lah kawan anda...

wahai teman yang ku kasihi
kamu lah teman terbaik bagi ku
meskipun waktu akan terhenti
hanya satu yang aku harapkan
agar hubungan yang kita cipta
tidak akan pudar di telan zaman..
S.A.H.A.B.A.T

okay,rasa agak lama menyepi.banyak assigment yg perlu di siapkan.
ada masa terluang, kitorang pergi enjoy..yeeaahhh..!! haha
tengok wayang together-gether...
time nie tengok cerita Gulliver Travel..best laa jugak..huhu
13 Jan 2011..lama dah kot..tapi baru nak update..hehe
tak tau laa mana hilang nya semangat nak blogging sekarang nie..
tapi tak pe..pelan-pelan kayuh...
jo0omm layannn....

waaahhh...muka masing masing mau cun tak mo kalah..kan..kan..

cover album terbaru kami..
dapatkan di pasaran sementara masih ada
insan rebutan yang terhangit di pasaran..!! bweekk...

ayam chop ini di belanja oleh si gadis manis..atiqah..
ehh..manis kew..???hahaha tQ dear :)

-ini kawan baik saya..okey, bukan baik. kawan nakal sebenarnya. sebab beliau suka buli saya-
betul, saya tak tipu..!!kehkehkeh..
-sekian-

AHLI KELAB: efa # atiqah # kimi # TJ # Maz


kenangan itu manis apabila kemanisan itu lahir ikhlas dari hati....

Monday, January 17, 2011

Teman Sejati..



Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi

KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu


Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita



-B.R.O.T.H.E.R.S-

semoga hari ini lebih baik dari semalam..


selamat pagi..
semoga hari nie lebih baik dari semalam
dan besok lebih baik dari hari nie..


senyuk sokmo yaa.. :)


Sunday, January 16, 2011

Desa Waterpark...best..!!!


hari minggu yg gembira..hehe
semalam (15.JAN2011) pergi main air kat
Desa Waterpark, taman danau desa, kuala lumpur..
tak plan pun nak pergi.. pagi tu tiba-tiba rasa nak main air.. terus check kat internet..
mula-mula nak pergi sunway lagoon, tapi budget ciput..nak bawak adik-adik lagi..
so,plan B..try usha Desa waterpark..not bad laa..hehe
RM20 for adult & RM14 for child
okay laa tu..lepas laa efa nak belanja adik-adik..hehe
 mula-mula kita cari jalan menuju kejayaan ye..hihi
first time pergi sini..


sekadar berkongsi..kenangan kami di desa waterpark :)


jantung hati ku 
abg afiQ, adek aFiz, deyla


kanak-kanak laa yg paling seronok..hehe

mekasih kepada adek Fizie kerana membawa kami bergembira :))


hidup sepasukan..keh keh keh
bulat kecil bulat kecil..bulat laa besar..hihihihi
sekian..


OPENING HOUR

Monday - Friday
12pm - 6pm

WEDNESDAY OFF

Weekends & Public Holiday
10am - 6pm

ENTRANCE FEES
Adult - RM 20
Children - RM 14
* Free for children below 2.5ft.
* Group package can be obtained.

Thursday, January 13, 2011

PERKATAAN "SALAM"?? apa maksudnya??




Sebagai renungan dan Ingatan bersama…
InsyaAllah

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"?
apakah maksud disebaliknya??


Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)
baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.
Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..


Sekian, semoga ada manfaatnya..
 
 
*sumber: e-mail  

segmen: Blogger gegarkan 'U' !!


 kali nie efa sertai segmen en.Ben pulak untuk ketegori pelajar..
sebelum nie segmen 'saya pelajar UiTM' anjuran BPM..
ada segmen lagi..jom layan lagi..hehehe

segmen:
BLOGGER GEGARKAN 'U'
Sila lengkapkan ..

Belajar mana ? Jurusan ? Tahun ?
UiTM Puncak Alam..Pengurusan Pelancongan..Tahun-3
Asal mana ? Umur ?
Selangor..22tahun..
Kenapa amik jurusan itu ?
masa mula-mula daftar, efa nak amik Art & Design tapi mak tak kasi..
so, mak cakap kau amik jelaa Tourism Management..
(ikut cakap mak)hahaha..
tapi lama-lama dah suka..suka jalan-jalan..
Cita cita .. peewwittt ..
nak menubuhkan sebuah travel agency
yg paling tip top sekali
kat dunia...
hahaha melampau..
ok..boleh ? hehe..


sekian, mekasih.....:)



 

Wednesday, January 12, 2011

Jangan biar aku terleka...


okey, ini sekadar untuk luahan hati..
bosan sebenarnya..huhu dari tadi nak study (belek-belek buku) tapi mood tak sampai..baca pun tak masuk.. ada assignment tapi due date lambat lagi..tangguh laa dulu..biar nanti baru kelang-kabut nak buat..kihkih macam nie lumrah alam bagi seorang pelajar seperti saya.. siapa makan cili dia terasa pedas..kehkeh
bila laa kau nak berubah cik efa oii...huhuhu
okay,minggu nie jugak saya cuba siap kan ye..hehe
besok ada  kelas dari 8.30am sampai 4.30pm..
wadusss..waduss...


dah  masuk sem 5 nie kena lebih tekun sikit..kena lagi rajin..haha
azam setiap awal sem...tapi sikap main-main masih ada lagi..
ooohh..itu lah aku..tolong ingat kan aku...
jangan biar aku terleka lagi..

LARI..LARI..lari..lari..LARI..LARI

Tuesday, January 11, 2011

"saya pelajar UiTM"

kali nie efa nak join segmen sahabat blogger anjuran
 Blog Pilihan Malaysia
bagi ketegori Pelajar Universiti Awam..

okey, entri nie khas untuk segmen ini ya.. :)





efa belajar di Universiti Teknologi Mara Puncak Alam
Degree in Tourism Management
masuk pada Jan2010 dan tamat pada Dec2011
pengalaman semasa belajar..
urmm...banyak kerja sekolah..hehe
 banyak kisah pahit manis antara nya
manis: bila kena pergi jalan-jalan untuk assigment..masa diploma dulu banyak jalan..nama pun pengurusan pelancongan..mesti laa banyak jalan..hehe banyak tempat dah pergi..melancong sambil belajar..
paling best masa snorkling kat Tioman.. banyak kisah yg tersimpan..hehe :)

 tapi masa degree nie dah kurang  berjalan sikit..huhu

pahit: biar laah rahsia..hehe takde idea nak cerita sebenarnya..okey..hehe
sekian, mekasihh...



kepada pelajar-pelajar IPTA yg berminat nak join, jom tekan sini..



DI SEBALIK AJL25 : 11 malam ini di TV3



ARTIS JEMPUTAN :
ANNA RAFFALI,
 MEET UNCLE HUSSIN,
M.NASIR (Ketua Juri), G-BAM (Penerbit),
ZAINURI MISFAR (Pengarang Hiburan Berita Harian),
BUDIEY (Blogger / wartawan Sensasi Selebriti).

PENERBIT : NAS AHMAD


*saksikan lah rancangan ini pada jam 11 malam nanti..untuk mengetahui rahsia di sebalik kisah terjadi..hehe ramai betul yg tidak puas hati dengan kemenangan Anna Raffali...dah memang rezeki beliau..terima lah dengan hati terbuka ye..hehe

 TAHNiah Anna Raffali... :)

Monday, January 10, 2011

Menuju Puncak Alam...

Assalamualaikum...selamat pagi..:)
okay, hari nie efa dah mula klas..dan bermula lah hari-hari ku
untuk menuju puncak..hehe
best belajar kat puncak alam nie..sebab kat sini ada KLCC..ehh silap..
ada "tangga batu cave"
di sebabkan efa duduk kolej, setiap hari perjalanan ke kelas harus melalui liku-liku kehidupan..okay,mengarut.. nie gambar tangga kat bawah nie..
2ratus lebih anak tangga harus ku naiki untuk  menuju kejayaan..cewaahh..hehe
kelas hari nie mula 10.30am jap lagi..
so, untuk pemandangan mata-mata anda..
jom layan gambar tangga UiTM Puncak Alam..
hehehe.....

posisi kiri

posisi kanan

pemandangan dari kelas aras tingkat 10


yeeaaahhhh....!!!
kami gembira untuk belajar..hehehe


Thursday, January 6, 2011

Segmen 2011 : Mereka kata


okay, efa terpanggil untuk menyertai segmen 2011 en.Ben.. hehe

untuk sertai nya kena  berikan kata kata aluan buat rakan blogger
yang bakal melawat blog anda..
paling penting,
TIDAK KURANG dari 100 patah perkataan ..

efa ingat nak buat kata aluan macam nie je

"selamat datang ke blog efa nur"
"terima kasih, datang lagi ya.."
hehehe..tapi sikit sangat perkataan tu..tak cukup..hehe
okay, efa tambah lagi ya..
terima kasih kepada rakan blogger yg sudi datang jenguk blog efa..
terima lah hidangan yg efa saji kan dengan hati terbuka ya..
kalau ada salah silap, tak sedap kat mana-mana ke..
tegurlah dengan baik ye...hehe
boleh efa baiki kelemahan diri yg serba kekurangan nie..huhu
eehh..sesuai ke dengan segmen en.Ben nie..ayoyoyo..

tapi takpe lahh..buat anda,  
kalau ada buat makan-makan, panggil efa ye..hehe
efa suka berblogging..berblogwalking..tapi berjogging kurang.hehe
jika anda singgah di sini, sila tinggalkan jejak yaa..
nanti efa terjah anda pula..mekasihh..

suka-suka jaaa...


500 sudah..MEKASIH MAMA PiPie..!!


terima kasih dan tahniah kepada
kerana menjadi follower blog efa yg ke-500
dapat lucky no..:)
efa tunggu-tunggu jugak tadi siapa yg bertuah..hehe
j0m terjah blog MAMA PiPie...
banyak info menarik dan berguna yg kita boleh kongsi



dan terima kasih juga buat semua follower efa yg
sudi follow blog efa yg tak seberapa nie..


 kesudian anda menjengah dan follow blog efa
amat lah di hargai..anda semua adalah yg terbaik..:)


 happy blogging


TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog