Thursday, March 31, 2011

khas buat mu sahabat...



 

 teristimewa buat sahabat ku dunia akhirat...:)
ku amat merindui dirimu...
FARADILA NUR

"sayangku, sedih pulak tiba-tiba nie..dah lama kita tak jumpa kan.. :(
rindu sangat..kongsi2 cerita.. gaduh2..macam2 lagi..huhu 
terima lah lagu Sahabat  ini khas untuk mu.."

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu...
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir
 
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

i Love U.. i Miss u so much!
take care ye sayang ku 



p/s: dah ada gambar kamu..jangan merajuk lagi ye...hehehe :D


Wednesday, March 30, 2011

Mood Merah Jambu


Assalamualaikum...
Selamat Pagi..Hai..hai...apa khabar anda semua? Hehe..  mood merah jambu.. ayu-ayu gitu...hihi siapa ber-mood merah jambu hari ini, give me 5...yeeaahh..!! :D

Mood efa tengah pink nie..haha cantik, ayu lagi manja kan wanita yang suka warna merah jambu nie..siapa tak setuju, sila main jauh-jauh ye..haha siapa setuju mari dekat-dekat, kita rapat-rapat.. :D

Sekadar suka-suka, bukan sekadar di pinggiran ye..saja nak tayang pinky gurlz yg ber-mood merah jambu...hihihi gambar atas dan bawah, efa bersama kak Wawa, bakal kakak ipar (kiri) dan kanan, satu-satunya adik perempuan efa yg paling gedik kat dunia nie..cik Deyla...haha
ini lah jadinya bila excited terlebih apabila di depan kamera..harap maaf...hehehe

Dan buat pertama kalinya efa berwajah muncung ketika bergambar...macam hampeh kan..haha itu adalah percubaan berani mati...lepas nie tak nak buat dah..tak sessssuuwaaii..!! :D
Gambar di bawah pula adalah memori paling indah ketika berkasih.. part mengenakan orang memang best kan?! Hahaha... teristimewa buat adik kesayangan ku.. Cik Deyla..lalalala

Hensem gila muka ko berwajah gitu weehh....

so, ini adalah gambar wajib tayang!!:D

ohhh ye..sebenarnya tujuan entri efa kali ini adalah untuk mengucapkan
selamat Hari Lahir kepada anak buah efa..
Afrina Insyira...
yg genap setahun pada 24March2011
~semoga menjadi anak yg baik dan berjasa pada ibu ayah~
 
dan ada majlis kesyukuran pada ahad lepas...tema PiNk+puRPLe..hehe
tak lupa juga buat sepupu kesayangan efa, yg berkongsi tarikh yg sama..
Selamat Hari Lahir Ebah.. (23 tahun)
 (harap2 ko baca ye..hehe)
 
abg sulung efa bersama isteri,kak Aisha dan insyira :)



ehh..dah habis laa..hehe
sekian, mekasih..

Tuesday, March 29, 2011

Siti Nurhaliza mengandung?






“Assalamualaikum & morning!wah! Kecoh semalaman ttg ct mengandung ye.sebenarnya ct blm mengandung.mengandungi lemak ye..tu kena diet nih!haha”
-twitter Datuk Siti Nurhaliza-



laaaa.... rupanya perut Datuk Siti cuma mengandungi lemak..
memang kena berdiet laa Datuk Siti nie.... hehehe
tapi kalau Datuk Siti betul-betul mengandung, mesti best kn.. :)
mungkin masih belum ada rezeki.. efa mendoakan semoga Datuk Siti
dipermudahkan untuk mendapat cahaya mata..aminn :)



nak tau punca Datuk Siti Nurhaliza tidak mengandung sampai sekarang?
jom baca kat sini... segalanya akan terjawab.. :)



12 PESERTA AF9 (GAMBAR & BIODATA)

Kredit gambar: Klubbkidd.com

Akhirnya 12 pelajar Akademi Fantasia 9 (AF9)
yang juga Akademi Fantasia yang terakhir telah pun diumumkan.

jangan lupa saksikan
Konsert Tirai Akademi Fantasia 9 pada 2 April ni, 
pukul 9 malam dan pastinya di saluran Astro Ria.. 

Pelajar-pelajar lelaki yang terpilih ialah
Amir, Erul, Azri, Afif, Raqib dan Kay…
  pelajar perempuan yang terpilih pula ialah 
Lena, Aida, Laika, Miza, Nera dan Eka…

Jom kita kenali dulu wajah-wajah dan biodata ringkas pelajar-pelajar
yang bakal menghuni rumah kaca
Akademi Fantasia musim yang ke-9 (AF9) kali ini…



 afif af9 
Nama Sebenar: Ahmad Aliff Afif Bin Tirmizie
Nama Afundi: Afif
Asal: Selangor
Umur: 25 tahun
Pekerjaan: Jurucakap syarikat perniagaan.
.
.
.
aida af9
Nama Sebenar: Nur Suhada Jebat
Nama Afundi: AIDA
Asal: Melaka
Umur: 19 tahun
Pekerjaan: Pelajar UiTM, Shah Alam.
.
.
.
amir af9
Nama Sebenar: Mohamad Amirullah B. Jahari
Nama Afundi: AMIR
Asal: Sarawak
Umur: 19 tahun
Pekerjaan: Pelajar IPT (ASWARA)
.
.
.
azri af9
Nama Sebenar: Mohamad Azri B. Abdullah
Nama Afundi: AZRI
Asal: Selangor
Umur: 24 tahun
Pekerjaan: Pemuzik Gamelan.
.
.
.
eka af9
Nama Sebenar: Nuratiqah Shariffudin
Nama Afundi: Eka
Asal: Kuala Lumpur
Umur: 22 tahun
Pekerjaan: Pelajar di Kuala Lumpur Metropolitan Universiti (KLMU).
.
.
.
erul af9
Nama Sebenar: Khairul Najmuddin Bin Abu Samah
Nama Afundi: Erul
Asal: Kuala Lumpur
Umur: 20 tahun
Pekerjaan: Pelajar IPT (Aswara)
.
.
.
laika af9
Nama Sebenar: Zulaikha Zahari
Nama Afundi: LAIKA
Asal: Cheras
Umur: 22 tahun
Pekerjaan: Peniaga
.
.
.
lena af9
Nama Sebenar: Lenaber Binti Hadir
Nama Afundi: LENA
Asal: Sabah
Umur: 21 tahun
Pekerjaan: Peniaga pasar malam.
.
.
.
kay af9
Nama Sebenar: Nur Khaidir B. Muhid
Nama Afundi: KAY
Asal: Kuala Lumpur
Umur: 22 tahun
Pekerjaan: Bekerja sendiri
.
.
.
miza af9
Nama Sebenar: Roshammizah Rosli
Nama Afundi: MIZA
Asal: Selangor
Umur: 27 tahun
Pekerjaan: Kerja sambilan sebagai tutor kepada pelajar kolej.
.
.
.
nera af9
Nama Sebenar: Queennera Francine Francis Kitingon
Nama Afundi: Nera
Asal: Sabah
Umur: 19 tahun
Pekerjaan: Pelajar.
.
.
.
raqib af9
Nama Sebenar: Fahrur Raqib B. Abdul Majid
Nama Afundi: RAQIB
Asal: Melaka
Umur: 21 tahun
Pekerjaan: Pelajar

Wednesday, March 23, 2011

BEN ASHAARI : GAME ANTARA BLOGGER BERMULA !



 GAME ANTARA BLOGGER

Bermula jam 10 malam hingga 11 malam ni..
game mula dari kul 11 hingga jam 12 tengah malam.. 
jom join ramai-ramai....hehehe
tQ
 
 

research punya pasal..


okey, ini kisah semalam sebenarnya (22March 2011)
ingat nak update semalam tapi tak berkesempatan..hehe
dah lama tak update blog...sibuk dengan assignment..research..
dan mood blogging pun dah ke laut...hikhikhik
semalam.....

    "kring...kring...kring..." telefon berbunyi....hehe
    "hello...yes..siapa nie?" mamai...
    "hey bertuah...tak bangun lagi ke?"
    "dah pukul berapa nie eyk?" sambil tengok jam..
alamaakkk.....!!!
7.45am...
 what....??? aku ada kelas research laa pukul 8.30am nie...
aduyaaiii...selalunya pukul 8.00am aku dah keluar bilik...
tengok-tengok kat luar hujan rupanya..patut laa sedappp tidur...lalala
takpe laa..buat takda apa-apa ye...

padahal hari nie adalah hari penting ye kawan-kawan..haha
8.30am-1.20pm ada kelas research...ada presentation lagi...
okey, aku siap-siap macam biasa..8.30am baru nak keluar bilik..hikhik
hujan masih belum berhenti..sejukkk... :)

dengan semangat yg jitu, aku pun menuruni dua ratus lebih anak tangga..haha
demi menuju kejayaan..ini lah laluan harian ku untuk ke kelas...
hahahaha...skema giler ayat..poyo jelaa kau...hehe
 
 tangga UiTM Puncak Alam..

pandangan dari tingkat 10 fakulti..yg hujung tu kolej..
      
okey,sampai luar kelas dekat pukul 9.00 dah...
pusing-pusing dulu kat luar kelas (tingkat 12)..
ada presentation..tapi tak semua kena present hari nie..random..
sebelum pergi kelas rasa confident tak kan kena present hari nie..
tiba-tiba rasa berbelah bagi..hati kata tak payah laa masuk kelas..
sebenarnya segan nak masuk sebab dah lambat...haha
lepas tu dapat mesej dari Atiqah.. "wei, ko present no.5"
mak aaiii....!!! No.5?? dah laa tak prepare ape lagi nie..huhu
bertuah nya diriku...lalala dan di sebab kan belum masuk kelas lagi,
dengan muka comel nya, aku terus turun bawah... pergi jalan-jalan...haha
konon nya tak nak masuk..tak nak present hari nie...hehe
aku pun duduk laa dekat study room kat level bawah...bestnya..haha
lepastu dapat mesej dari Apen.. 
"efa kat mana?" "tak masuk kelas ke?"
hehehe..call Apen..lepastu Tiqah mesej lagi..Kimmey buat misscall jew..hehe
tiba-tiba rasa ramai pulak yg ambil berat pasal aku nie..hahaha
bukan tak nak masuk..tapi tak ready lagi laa...huhuhu
bila Apen ngan Tiqah cakap "kalau tak present dapat 0"
terus aku masuk kelas..lantak laa..tak ready pun takpelaaa..present je..
masuk-masuk je, Tj tengah present..dan lepas nie giliran aku pulak..huhu
dengan muka pink nya aku present dengan tenang hari nie...
first time tak rasa gementar masa present..haha
nasib baik laa masa sesi pertama presentation, mood Prof baik lagi..hihi
tak sangka aku antara insan bertuah kena present awal..haha macam kelakar pulak..
tapi overall tak puas hati laa dengan presentation sendiri..huhu
lain kali ingat kata-kata nie okey..!

"practice make perfect"



dan yg pasti nya aku rasa sangat bahagia bila dah present..hehe
lepas azab woow...hikhik baru 11 orang present..
dan good luck buat kawan-kawan yg belum present lagi ye..hehe


sekian, cerita budak sekolah...

Tuesday, March 22, 2011

9 ekor keturunan syaitan




Assalamualaikum,

Baca lah dan sebarkan pada rakan-rakan anda sebagai

peringatan kita setiap hari dimana syaitan-syaitan kurang ajar ini

mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidak

sedar hasutan mereka.Sampaikan kepada sekalian muslimin/

muslimat yang lain semoga menjadi

pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,

Insya'Allah.



Umar al-Khattab r. a berkata,

terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya

manusia hilang sifat jimat cermat.

Menggoda supaya manusia berbelanja lebih

dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya

bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan

Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak

mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan

hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu

mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol.

Suka menghampiri orang yang berada di

tempat-tempat maksiat

(cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli

dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa

kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia

supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan

dan apa sahaja penyakit yg mula

dari kata-kata mulut.

7. Daasim

(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH)

 Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam

ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku

keruntuhan rumahtangga suami isteri

bercerai-berai, suami bertindak

ganas, memukul isteri, isteri hilang

pertimbangan menuntut cerai,

anak-anak didera dan pelbagai bentuk

kemusnahan rumah tangga lagi.

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was

dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk

dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi

yang menyembah api/matahari.

Dan yang akhir-akhir ni yang

paling teruk!


 (SCROLL DI BAWAH)























10. Isetan.

Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di

sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing

&

Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.

Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta...hehe

Pesanan : Shopping tu beringat lah sikit ye,

jangan sampai berlebih-lebihan  pulak.

Membazir itulah sebenarnya

amalan Syaitan.
 
 
 
 
sekian, terima kasih
 
 

Friday, March 18, 2011

mencari kebahagiaan





Teman,
Yakinlah akan pertolongan Allah
bahawa semua cubaan,
ujian & derita di dalam hidup selalu ada kebahagiaan.


                   Dulu dihina >< skrg saat dimuliakan,
dulu dipinggirkan >< skrg dihormati,
 dulu menderita >< skrg bahagia.


 
'Karena sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
bersama kesulitan benar-benar selalu ada kemudahan.'

(QS. al- Insyirah : 5-6)


Thursday, March 17, 2011

Cantiknya Irma Hasmie Bertudung





Cantik kan Irma Hasmie bertudung..
sejuk mata memandang..sejuk lagi perut ibu mengandung.. :)
Tahniah buat Irma Hasmie
Irma mengambil keputusan untuk bertudung
selepas pulang daripada umrah baru-baru ni.
Satu penghijrahan yang sangat bagus
semoga kehidupan Irma lebih baik lagi selepas ni
dan harap berkekalan ye..
sweet..comel sangat.. :)




sumber dari: beautifulnara

Tuesday, March 15, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN


 
•ceritakan latar belakang anda ..
gadis biasa yg berumur 33..ehh silap.. 23 tahun..hehe
lahir pada 13 June..berasal dari
 KAJANG Selangor..
ada orang kajang tak kat sini??hehe
sekarang tinggal dekat dengan Putrajaya.. :))

•Profesion anda sekarang ?
pelajar

•Blog favourite anda .. kenapa ?
sebab blog mereka best..

•Blog yang anda tak suka nak masuk .. kenapa ?
blog yg berat sangat..macam-macam ada..
berguling-guling nak tunggu...huhu


•Impian anda terhadap blog anda ..
semoga blog efa lebih berjaya di masa hadapan.. :)
 
 
mekasihh


Monday, March 14, 2011

Kakak Siti Nurhaliza, Saida Tetap Mahu Bercerai...



kakak Siti Nurhaliza, Saida (AF6), tetap dengan pendiriannya ingin bercerai walaupun suaminya masih berhasrat mempertahankan rumahtangga yang mereka bina 15 tahun lalu. Perkara itu diakui oleh beliau selepas Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi bertanyakan perkembangan status perbincangannya dengan suami Mohd Ghazali Yahya Zikri  40.

Menurut Saida atau nama penuhnya Siti Nursaida Tarudin, 35, permohonan cerai secara baik yang dibuat pada 6 Oktober 2010 berikutan antara mereka sudah tiada persefahaman selain gagal didamaikan.
"Saya akui kami masih tinggal bersama dan memang kami ada berbincang. Bagaimanapun dia masih tidak bersetuju bercerai secara baik,”
kata bekas peserta program realiti Akademi Fantasia 6 itu.




*macam-macam la ragam artis nie..huhu tapi efa doa kan yg terbaik buat mereka..semoga masih ada jalan penyelesaian yg terbaik...

sumber dari: MyMetro

SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA


  CiNT 

saya suka berbicara pasal Cinta..haha 
dengan senang hatinya nak join segmen BEN ASHAARI nie..
tapi kenapa BEN soal cinta ye? jatuh cinta lagi ke? oppss..NO..NO..hehe
okey, jom tengok jawapan efa yg di soal oleh BEN :) 

       ♥ EFA blogger PEREMPUAN maka inilah jawapannya ..
    1. LELAKI pilihan anda ?
       Baik hati, berilmu, tak kedekut atau berkira dalam segala hal..dan yg paling penting taat pada agama...dapat membimbing isteri & keluarga ke jalan yg benar.. :) 
    2. Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ? 
      ♥  untuk isteri perlu kot..untuk menggoda...hehe tapi if seksi untuk orang lain..tak perlu.. definisi seksi, sedap mata memandang kot..hikhik rasanya cara lelaki melayan wanita..dari segi kasih sayang..dari situ kot seksi nya..hehe 
    3. LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ? 
      ♥  ada betul nya jugak ayat nie..setuju jelaa...huhu
    4. Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ? 
      ♥  kalau ikut hati memang tak sanggup bermadu..tapi jodoh pertemuan ajal maut semua di tangan Allah...redha jelaa...huhu apakah ini?? 
    5. Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan? 
      ♥  pergi dulu...
    6. LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ? 
      ♥  DUA-DUA...lelaki dan perempuan boleh berlaku curang..tapi terpulang lah pada diri masing-masing..kalau nak ikut kan, lelaki laa kot paling mudah curang..lalaala 
    7. SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ?? 
      ♥  DUA-DUA jugak...terpulang pada individu..(jawapan tak berat sebelah..haha) bukti?? tepuk dada tanya hati..perasaan sayang tak boleh halang..jika kekasih tu dah jatuh hati pada insan lain..hilanglah kesetiaan itu..cinta hadir tanpa di duga..eerrkk??
    8. Apakah anda seorang yang mudah cemburu ? 
       ♥  kadang-kadang...ikut situasi..hehe tapi cemburu tanda SAYANG kan.. tapi takde la sampai cemburu tak bertempat...
       
      MAAF ye, ini sekadar pandangan peribadi je..hargai lah CINTA selagi ia ada di hati kita..:)
       
       
       
        CiNTA itu ANUGERAH 
       
      terima kasih
       

semoga hari ini lebih baik dari semalam


♥ ♥ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

اللهم صلي على سيدينا محمد

اللهم صلي على سيدينا محمد


Assalamualaikum..
selamat pagi isnin...
selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan..

Semoga hari ini lebih baik dari semalam..
dan hari esok lebih baik dari hari ini...
aminn.. (n_n)


"semalam adalah sejarah..."

"hari ini adalah anugerah..."

"hari esok adalah misteri...."
 
 

hiasi diri anda dengan senyuman ikhlas



TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog