Sunday, June 26, 2011

[ Contest ] Anda Bagi Gambar , Prince Bagi RM50 !!!


klik header Prince kalau nak join..!! :)
efa rasa tempoh contest nie paling lama..hehe
dari 16 Jun sampai  30 Sept 2011
 
Contest ini ada 4 kategori yang di pertandingkan,
efa berminat nak pilih kategori ini...

GAMBAR KETIKA MELANCONG!!

banyak sebenarnya gambar ketika melancong
kalau ikutkan hati, nak letak semua...hehehe
tapi rasanya efa nak pertaruhkan gambar
kenangan masa pengajian diploma di Shahputra College, Kuantan
kalau tak silap, masa semester 6..awal tahun 2009
kitorang organize class trip 2Day 1Night
Kuantan-Putrajaya-Genting-Kuantan
~kenangan terindah~

 Model bas Kolej Shahputra :)

 bersama pensyarah hot~heee :)

rombongan cik kiah ke CRUISE TASIK PUTRAJAYA 


 
  

excited punya pasal sampai 3 kali gua naik benda nie...hehehe


okey,sekian..JOM laa join contest nie

Part time job

gambar dari pakcik google

hari tu efa ada buat entri tentang INTERVIEW dan
syukur Alhamdulillah dapat dah kerja tu..
tapi efa sebenarnya dalam dilema antara
nak pergi ke tak kerja tuu..
Disney Event di Bukit Jalil awal bulan Julai nie
gaji okey, ramai juga yang cakap sayang kalau tak pergi
errkk...banyak faktor yang berlegar-legar di kepala otak nie sebenarnya..huhu
masih lagi tak dapat buat keputusan...

  La La La Kerjalah 


Ha...pening kepala...
Memikirkan tak ada kerja..
Dalam anggun pilu ditohmah
Ah gantung dirimu saja

Ooo, lega rasanya....
Jadi kerja pegawai pemasaran..
Di Pertama...
Rupa oh rupa2 nya...
Kerjaan saja...

La la la
Hari hari kerja..
La la la
Bosan dengan kerja
La la la
Hidup harus kerja...kerja...


Ahhhh..terpinga-pinga...
Tak puas lagi beradu...mengantuk~...
Subuh hingga senja...
Hari hari sama saja...

Ahh..nak bancuh kopi..
Tapi gulanya tak ada...
Minum saja...
Kerja bagai nak gila..
Sama sahaja...


Gelisah..ku gelisah..
Mengenangkan masa depan...
Ku harus kerja..
Ohhh mesti kerja..
Tiada ada apa yg percuma...
Jika tiada kerja..
Ohhh, papa kedana...

- Meet Uncle Hussein-

 

ehh..tiba-tiba ada lagu pulak kan..kihkihkih
lalalalalaa

Giveaway | "love to look gorjes!"

  •  Giveaway ini di anjurkan oleh blogger gorjes..

syaratnya kena teka
  • hadiah yang akan diberi oleh 3 penganjur giveaway ini..
okey,efa rasa hadiahnya...
  barang makeup, shawl, perfume
 
 

JOM ramai-ramai join kat SINI :)
Tarikh Tutup : 11.07.2011 (11am) 
 
 

Saturday, June 25, 2011

Bang, jom g jalan jalan



jangan lupa bawak coklat
sebagai buah tangan ye..hehe




apa tengok-tengok??


hye...
nama saya COMEL..!!
saya sangat comel...!!hehehe



takde motif sebenarnya
winkk..winkk..


siapa COMEL??
si comel adalah kucing Zira (kawan efa)hehe..


SEGMEN : Ady Budika Nak Kasi Ole-Ole Dari London


 yeeaayy..yeeaayy....
nak join segmen..hehehe 
segmen nie best sebab
Ady Budika Nak Kasi Ole-Ole Dari London
tapi sebelum tu kena jelaskan macam mana boleh terjumpa
urm..sejujurnya dan seikhlasnya dan secara ringkasnya 
Efa dah tak ingat kat mana jumpa blog abg Ady nie..haha
tapi rasanya dari Awek ini kot..hehe

abg Ady,nie ade pantun 2 kerat khas untuk  abg Ady~~

menang atau tak menang,
efa tetap nak ole-ole dari abang,

hehehe...sekian,
khas buat abg Ady :)


Friday, June 24, 2011

Efa Nur merajuk...??



berdasarkan ENTRI INI 
ramai yang cakap efa merajuk..hehe
betul laaa Efa tengah merajuk time tu..
merajuk sebab apa?? biarlah rahsia..hehe
tapi Alhamdulillah sekarang dah okey..


terima kasih pada semua.. :)






Dugaan itu suatu nikmat





Alhamdulillah hari ini secara rasmi nya telah tamat sesi intersesi..
exam pagi tadi agak hambar..huhu bukan tak boleh buat, tapi kepala serabut dengan banyak sangat masalah..
(eleh, kalau takde masalah, kau boleh buat dengan baik ke??)
mungkin...hehe
rungsing hati ini tatkala malam sebelum exam,
berlaku tragedi yang tidak di undang.. lalu mengundang kerisauan, kesedihan, dan keserabutan otak..
Ya Allah, mengapa ku di uji sebegini?
selepas satu, satu masalah yang datang.
"Ya Allah, ku memohon dalam sujud ku pada-Mu, 
Ampunkan lah segala dosa dalam diri"
 
aku yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Bersabarlah dalam menghadapi dugaan yang Allah berikan dan 
sentiasalah berprasangka baik padaNya.
 

Dari Abu Sa'id dan Abu Hurairah r.a dari Nabi saw, beliau bersabda : 
" Seorang muslim tidak ditimpa oleh rasa letih, penyakit, gelisah, sedih, gangguan ataupun keresahan, hingga duri yang tercucuk padanya melainkan Allah menebus dengannya sebahagian dari kesalahan-kesalahannya"
( HR Bukhari-Muslim)
 
Allah telah menjanjikan ganjaran bagi hamba-hambaNya yang sabar.
Apabila kita mengalami sesuatu musibah, janganlah mengeluh atau sedih tapi, bertaqwalah pada Allah dan mohon kekuatan dariNya kerana inilah dugaan yang Allah berikan untuk menguji sejauh mana iman kita padaNya.

Mudah-mudahan kita semua tergolong dari kalangan orang-orang yang sabar.




TERIMA KASIH SAHABAT!

 

Monday, June 20, 2011

Interview



Selamat pagi...Syukur.. Alhamdulillah kita masih lagi bernafas..
semoga hari ini lebih baik dari semalam
dan besok lebih baik dari hari ini..aminn

hari ini efa ada interview kat KL..
untuk partime awal bulan Julai nanti..
semoga segalanya berjalan dengan lancar
"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan Efa"
aminnnn  



Doakan kejayaan efa ye..
terima kasih



p/s: gambar di atas tiada Motif...


Sunday, June 19, 2011

Hilang Semangat......

entah kenapa dan di mana hilangnya semangat ku nak berblogging
ada banyak cerita nak kongsi sebenarnya.. 
tapi tulis padam tulis padam tulis padam
padam padam padam padam...

huurmm...lagi 5 hari sebelum final exam..
masih belum datang semangat nak study..huhu
di sebab kan hilang semangat,
efa nak pergi cari semangat kejap..
nak pergi Alamanda..nak carikkkk benda nie...!!


_
_
_
_
_
_




GCB..!!
siapa nak join, jom laaah..!! hehe


bye-bye!!



Zami Ismail (Pak Uda) Meninggal Dunia


mari lah kita sama-sama hadiahkan
Al-Fatihah kepada arwah Zami Ismail (67 tahun) atau lebih dikenali dengan nama Pak Uda 
yang telah meninggal dunia pada jam 10.30pagi tadi. Punca kematian kerana serangan sakit jantung.
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.



Firman Allah SWT : 
"Setiap yang hidup pasti akan merasai mati"
(Al-Anbiya : 35)




efa dapat tahu berita nie masa tengok rancangan Melodi TV3,
sebelum mula Melodi tu, efa dan adik-adik tengok cerita
Hantu Kak Limah Balik Rumah lakonan beliau..
terkejut bila dengar berita kematian beliau..
Al-fatihah
T__T
  

Saturday, June 18, 2011

Satu Cinta- Star Five


SATU CINTA
  by: STAR FIVE

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku...... Keimananku.......

Engkau satu cinta
Yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu

Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......

Oh Tuhan .... selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia
 


 p/s: suka sangat lagu nie.. dengar dan hayati
sampai mengalir air mata T__T
membawa keinsafan


Mas Ahmad Safwan Ajak Masuk BLOGLIST







 jom ramai-ramai join bloglist
Mas Ahmad Safwan
klik banner untuk join okey :)

efa berminat nak join bloglist Mas sebab
efa dah lama tak join bloglist..hehe
lagi satu blog Mas best dan hebat.. :)
mesti lagi best kalau efa join bloglist beliau..hehe
 tenkiuu....




Friday, June 17, 2011

Rahsia Hari Jumaat


banyak kelebihan di hari jumaat ini kerana 
Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat.. baca selanjutnya di SINI

 sama-sama kita renungkan dan selamat beramal...
 


motif: tunjuk ajar ku SIFuuuuu....



TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog