Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :)

 


Pantun hari raya:
Anak gorila gagah perkasa,
Abu terkenal di Kampung Sentosa,
Maaf andai terkasar bahasa,
Saya ucapkan Selamat Hari Raya

 p/s: ku susun 10 jari mohon ampun dan maaf 
di atas segala salah dan silap selama ini..
MAAF zahir dan batin buat semua :)

Taqabbalullhah minna waminka


Saturday, August 27, 2011

Ya Allah selamatkan lah kembarku Iffah Afeefah

 

Dapat mesej dalam inbox. Ada voicemail. Satu miskol. No Iffah. Kol voicemail.
“Assalamualaikum. Ni ibu Iffah. Nak bagitau, Iffah accident. Sekarang dia kat Hospital Seremban. Kereta dia terbakar habis.”
Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun.
 
Doakan Iffah. Moga semuanya selamat.
 
berita dari entry Sunah Suka Sakura


Ya Allah, sedihnya bila dapat tahu berita nie tadi,
semoga Allah selamatkan Iffah..
 (sahabat blogger efa.. kembar nama)


 
"Hilangkan penyakit ini, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkau adalah Maha Penyembuh. Tidak ada kesembuhan selain kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit." 
(Riwayat al-Bukhari dalam Fathul-Bari No.5675).



Puisi Aidilfitri - SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :)

 
TAKUT & HARAP DI AIDILFITRI
 
Kekadang mahmudah tidak kecapaian
Hanya dengan tekunnya amalan
Tapi harus ditempa oleh tusukan ujian
Dari kesakitan, kegagalan dan persengketaan

Seringkali dosa dan mazmumah
Ditandai oleh perpecahan ummah
Sejauh mana kasih sesama manusia
Dibatasi oleh cinta pada yang Esa

Teguh iman, kukuhlah perpaduan
Kekadang Allah menyempitkan…
Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
 
Kekadang Dia melapangkan…
Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
Supaya tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya!

Ya Allah,
semoga di kemeriahan Syawal nanti
Hati kami tetap di madrasah Ramadan
Dalam alpa dan berdosa… kami takut
Dalam ingat dan taat… kami harap
 
Takut kemurkaan-MU!
Harap keampunan-MU!

Allah hu Akbar… Allah hu Akbar… Walillahhilhamd!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum..
salam aidilfitri 

di kesempatan ini efa nak ucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

buat semua keluarga, sahabat handai, jiran tetangga, follower blog efa, 
dan teristimewa buat semua peminat-peminat ku (perasan =_=) hehe..
juga buat semua yang mengenali diri ini

ku susun sepuluh jari mohon ampun dan maaf
di atas, di bawah, di tepi dan di tengah segala kesalahan, kekhilafan dan kekurangan diri ini
harap dapat maaf kan ye..

sesungguhnya yg tidak baik itu datang dari diri efa sendiri
dan yang baik itu datang dari Allah..
mari lah kita saling maaf bermaafan di syawal yang mulia ini


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN





sumber puisi: http://genta-rasa.com

Thursday, August 25, 2011

Dugaan semakin kuat


semakin kuat untuk berubah ke arah kebaikan
semakin kuat dugaan, ujian dan rintangan..

"Ya Allah, jangan lah Engkau bolak balik kan hatiku,tetapkanlah hatiku pada yang satu"

"Ya Allah, ku memohon dalam sujud ku pada-Mu, 
Ampunkan lah segala dosa dalam diri"
 
Amin Ya Allah..
 
 
 

Friday, August 19, 2011

Rasulullah -Hijjaz


Rasulullah


Artis: Hijjaz

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
 
 
 
 
 
 

Tuesday, August 16, 2011

Miss Ran Follower ke-1000 TERIMA KASIH semua :)

Bismillah...
syukur ke hadrat Ilahi.. selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan..
setelah lama melibatkan diri dalam dunia blogging, akhirnya blog efa nur ini berjaya mengumpulkan peminat follower seramai 1000 orang..anda semua sahabat terbaik saya :)

walaupun lambat meniti perjalanan ke angka-1000 itu, hati tetap bersyukur kerana masih ada yang sudi mengikuti perkembangan isu semasa tentang blog yang tidak seberapa ini..

dan tak sangka insan bertuah yang mendapat nombor 1000 itu adalah kembarku sendiri.. iaitu Iffah Afeefah yang telah lama ku kenal..dah 10 tahun kot rasanye..hihi tapi baru sekarang beliau hadir meng-folow-kan diri..hehe syukran jazilan :)

MAAF kerana perasaan excited tidak lagi di rasai seperti mendapat follower ke-100, 200, 500, 800 seperti sebelum ini. tapi hati menangis mengenangkan selama ini apakah jasa dan ilmu yang bermanfaat telah efa kongsikan di dalam blog ini? banyak mengarut je sebelum ini. MALU nya =_=.
MAAF juga, bukan nak berlagak bagus tapi ini lah perasaan yang dirasai ketika ini. TERIMA KASIH pada sahabat-sahabat yang sudi singgah jenguk dan follow blog efa secara rela, terpaksa ataupun di paksa..:)

semoga anda dan juga saya mendapat ilmu bermanfaat dari dunia blogging ini.. untuk kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat... marilah kita sama-sama muhasabah diri :)


ilmu yang patut di kongsi bersama: Ekspresikan Bicara Kata Ilahi (ilmi-islam)



Monday, August 15, 2011

PETUA NABI



Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh
mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat
badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan
seperti:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari
naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak
mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan
badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi.
Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud
sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari
sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat
kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah
menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg
tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang
berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur
dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu.
di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang
menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam
ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan
maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan
usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime
banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam
air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak
hadam)

Wassalam...


Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikkan insyaallah tuhan akan mengandakan 10 kali kepadanya.


Sunday, August 14, 2011

Kelebihan dan cara memotong kuku ikut Sunnah Nabi


 RASULULLAH S.A.W BERSABDA : 
 
Barang siapa yang mengerat kukunya pada;  
Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit   
Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan ... 
Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat  
Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit  
Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.  
Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit..   
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.  
 
hadis kelebihan memotong kuku seperti diatas datangnya dari Iman Ghazali yang di mana ianya adalah hadis dhaif.   Tiada hadith-hadith yg sahih mengenainya.. walaupun tiada bukti kesahihannya, namun ianya tidaklah memudaratkan 
 
Jari yang perlu didahulukan ketika memotong kuku,
al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:  
Maksudnya:
"Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadith pun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: 
"Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan sama ada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."   
 
Memotong kuku ini termasuk didalam sunan al-fitrah,atau pun perkara biasa yang mesti dilakukan oleh seseorang muslim.Dari Anas meriwayatkan bahawanya:    
"Dia (Nabi saw) telah memberikan waktu kepada kami agar 'trim' misai kami, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan; kita tidak dibenarkan meninggalkannya lebih dari 40 hari" [Hadith Riwayat Muslim 258].  
Hadith sahih ini menjelaskan tempoh maxima seseorang untuk memotong kuku adalah tidak lebih dari 40 hari. 
 
 
Tahukah anda? Dosa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang sama seperti memelihara SEKANDANG KHINZIR!! walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah TIDAK SESUAI berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan tangan juga digunakan untuk beristinjak.
 
 
sharing is caring! 
renung-renungkan dan selamat beramal ^__^

Friday, August 12, 2011

Karnival Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya 10-14 Ogos 2011


Jom ramai-ramai beli barang raya @ Putrajaya
Jualan terus dari kilang
dari 10-14 Ogos 2011 (10pagi- 10malam)
bertempat di Presint 2, Putrajaya
bersebelahan KPDNKK

Pelbagai produk yang ditawarkan dengan harga yang istimewa sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri ini. Antara jenama produk terkenal yang menyertai karnival ini adalah:


    Snails, Jeep, Bebes Homes, Adidas, Nike, Hamster Kids Wear, Disney Pooh, Tenderly, Baby, Looney Tunes, Elle, Pierre Cardin, Crocodile, Camel Active, Poney, Modernmum, Larrie, Allain Delon, Bill & Keith, Paula Moda, Lumberjacks, Noor Arfa, King Koil, Goodnite, Sri Nona, Adabi, Julie's, Dutch Lady, Pepsi, Nestle, Panasonic, Canon, Nikon, Sony, Samsung, LG, Diesel, Elizabeth Arden, Giorgio Armani, The Body Shop, Tupperware, Akemi dan macam-macam lagi!!

apa tunggu lagi, jom serbuuuuu...!!!

JUMPA ANDA DI SANA...!!! 

Tuesday, August 9, 2011

Maksud Maghfirah




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

Salam Ramadan..Syukur Alhamdulillah, di Ramadan ke-9 ini kita masih lagi di beri peluang untuk bernafas dan memohon Maghfirah dari Allah SWT.  

Berkenaan dengan entri efa tentang lagu KEMBALI, ada persoalan daripada seorang sahabat (Alep Tora), Apakah maksud MAGHFIRAH..?? dan Ya Rabbul Izzati??

 

terima kasih di atas pertanyaan anda :)
untuk kefahaman Alep Tora dan rakan-rakan lain yang ingin berkongsi ilmu..
secara ringkasnya, maksud Maghfirah adalah:  KEAMPUNAN 

 

lirik lagu kembali~

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah 
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu 
Hanya Engkau tempat aku berserah 
Mohon maghfirah (keampunan) di dalam syahdu


untuk mengetahui lebih lanjut, rajin-rajin lah baca di Al-Qalam :)


Rasulullah bersabda, 
"Bertaqwalah kepada Allah di mana pun kamu berada. Ikuti segera perbuatan dosamu dengan perbuatan baik, nescaya perbuatan baikmu akan menghapus perbuatan dosamu. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang mulia."


Maksud Ya Rabbul Izzati : 
Ya Tuhan yg Maha Mulia dan Maha Berkuasa



"Ya ALLAH, semoga keinsafan dan rasa cinta ini terhadap-Mu akan kekal buat selama-lamanya" aminnn...  
 
 
 
 

**jika ada yang salah, sudi-sudilah betulkan efa ye :)

 

 

 

Monday, August 8, 2011

Cinta Bersulam Noda




Di malam sepi kusujud menghadap-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Oh Tuhan Yang Esa

Ku cemari hidup dengan kesesatan
Membutakan hati yang sering terleka
Terasa jauh diriku dari Tuhan
Dengan godaan syaitan

Ku tahu Dialah penerima taubat
Walaupun kusering tinggalkan suruhan
Berilah kesempatan ini untuk berubah

Cintaku dambakan hanya pada-Mu oh Tuhan
Terimalah permintaan dariku hamba yang hina
Kusering berjanji namun sering kumungkiri
Janji yang tak pernah lagi kutepati

Kupasrahkan segala pada-Mu oh Tuhan
Jangan kau palingkan hati ini dari kebenaran
Andai esok nafasku terhenti di sini
Kumohon jauhkan diriku dari azab-Mu


Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
 
 

Taubat Seorang Hamba




(Hafiz)
Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa
 
(Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah, terimalah, terimalah taubatku ini
 
(Irsyadee)
Telah aku merasakan
Derita jiwa dan perasaan
Kerna hilang dari jalan
Menuju redha-Mu ya Tuhan
 
(Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah, terimalah, terimalah taubatku ini
 
(Hafiz)
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima
 
(Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah, terimalah, terimalah taubatku ini
 
(Hafiz)
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah, terimalah, terimalah taubatku ini


Tajuk Lagu   : Taubat Seorang Hamba
Penyanyi     : Irsyadee feat. Hafiz Hamidun
 
 

Saturday, August 6, 2011

kembali -far east


 
kembali -far east


Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan


الله اكبر


Thursday, August 4, 2011

Doa Buat Kekasih


 ♥ ♥ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ ♥ ♥

Ya Allah..

Jika Dia Benar Untuk Ku..

Dekatkanlah Hatinya Dengan Hatiku..

Jika Dia Bukan Milikku...

Damaikanlah Hatiku Dengan Ketentuanmu.....


Ya Allah..

Jika Hidupnya Aku Pada Hari Ini

Melalui Sebahagian Tulang Rusuknya..

Maka Engkau Tunjukanlah Padaku

Bahawa Dia Memang Insan Yang Tercatat Buat Diriku..



Namun Ya Allah,

Andainya Dia Bukan Insan

Yang Engkau Berikan Padaku..

Maka Jauhkanlah Diriku

Dari Menyayangi Dengan Sepenuh Perasaan Ku

Tetapi Engkau Tetapkanlah Aku

Pada Yang Satu..



Amin Ya Rabbal 'Alamin..

TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog