Tuesday, August 28, 2012

Accident berdekatan Alamanda...

semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini..Aamiin :)
masih mood raya. selamat hari raya...  tapi mood kerja dah ke laut..adooiii.. andai dapat ku undurkan putaran dunia, ingin ku ubah semula....bla bla blaa.. *eh,ternyanyi pulak* 

mood nak update blog pun dah ke laut China Selatan....jauh nya rasa..terima kasih laah pada mereka-mereka yang sudi menjenguk ke teratak usang lagi buruk ini secara sengaja mahupun tidak sengaja..haha serius kot, rasa macam takde masa depan je blog nie...hahaha *pemalas punya tuan* hati blog berkata~

owhh..hari nie hujan sejuk suram sayu bayu layu je rasa.. =_= tambah dengan ke-busy-an kerja hari nie.. sempat juga laa update blog sementara nak tunggu waktu abes kerja nie..hehehe 

Pagi tadi hujan lebat area Putrajaya nie..nak bangun punn rasa malasss...bangun je terus tengok enset dengan harapan bos mesej *kerja cancel hari ini..tak payah datang* tapi hahahahampehhhh....  dalam mimpi jelaa... masa study dulu boleh laa kann.. memang mesej dari lecturer yang di tunggu tunngu oleh pelajar macam efa nie.. *kelas cancel* lebih lebih lagi kelas pagi..memang horeeyyy laaaa....kihkihkih

ape sebenarnya yang aku nak cakap nie? owhhhh =_=

sebenarnya nak share cerita nie... pagi tadi masa dalam perjalanan nak ke tempat kerja, ada accident kat highway berdekatan Alamanda menghala ke PICC... laluan efa pergi kerja setiap hari.. laluan tu memang selalu berlaku accident. Pagi tadi masa efa lalu kawasan tu, polis dan bomba dah berada di tempat kejadian. ramai juga orang berenti tepi jalan untuk tengok, tapi di sebabkan efa nie lemah semangat.. pandang tepi je terus jalan..menggigil bawak kereta... MasyaAllah... teruk sangat keadaan nya..kereta tersebut terbabas terlanggar tiang lampu jalan..mungkin pandu laju dalam keadaan hujan lebat.. macam mane laa agaknya keadaan mangsa dalam kereta tu ye.. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun..



 





Friday, August 17, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :)






di kesempatan ini, 
efa menyusun 10 jari mohon ampun maaf 
kepada semua ahli keluarga, saudara mara, kenalan jauh, kenalan dekat, 
sahabat handai, rakan blogger dan semua yang mengenali diri ini..
dengan ucapan:


Salam Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Ampunilah segala kesalahanku.
semoga kita semua sentiasa di redhai-Nya..

berhati-hati di jalan raya

^^

akhir kata, pesanan dari  Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

"Mari azam untuk jadikan Hari Raya 1433H lebih berkat daripada yg lepas 
dengan mengamalkan sunnah Nabi saw. di pagi Raya:
  1.  makan tamar dulu sebelum makan ketupat/lontong/lemang,
  2.  segera ke masjid untuk lebih banyak bertakbir, 
  3. balik masjid ikut jalan lain, 
  4. azam untuk ziarah lebih ramai keluarga/jiran/kawan, 
  5. maafkan semua orang mulai sekarang & berterusan sampai bila-bila, 
  6. amalan dalam Ramadhan di teruskan sepanjang hayat, 
  7. elak buat maksiat atau lagho (dgn tertinggal solat atau banyak tonton TV atau hiburan) semasa menyambut Hari Raya dan carilah kelainan yg +ve d Hari Raya ini.


selamat hari raya :)
Kepada yang dalam perjalanan pulang ke kampung,  
diucapkan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju

si cantik manis Elnisa Husni ♥








Elnisa Huss :)


siapa tengok cerita Waris kat TV3 pasti kenal dengan si comel Elnisa nie kan..
dalam cerita Waris, Elnisa berlakon sebagai Maisarah @ sarah..
 Waris nie adalah sambungan dari cerita Kekasih ku Seru..
dari dulu tak penah miss tengok dua cerita nie..
rasanya ini lah cerita seram paling terbaik setakat nie.. :)
jalan cerita nie sangat best...
tapi bukan nak cerita pasal cerita nie,
cuba nak kenalkan Maisarah yang jahat dalam cerita nie..hehehe
Maisara jahat tapi comel...kan..kann ^^


suka laa tengok Elnisa berlakon.. pandai betul menjiwai watak..
memang sangat kejam kot..mula-mula benci sangat kat dia nie..
tapi lama-lama jatuh hati pulak.. ^_^
kalau tak silap, Elnisa nie baru 11 tahun kot...hehe
semoga terus berjaya ye.. 
dalam pelajaran dan juga bidang yg diceburi :)


:)



Wednesday, August 8, 2012

Lukisan rindu ♥♥♥

kenapa Allah hadirkan pelangi selepas hujan?
 
 " Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Allah hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. "



 Jika ALLAH sudah takdirkan sesuatu itu untuk Kita..
Walau seluruh isi alam ini MENGHALANG kita dari mendapatkannya, 
Kita Tetap akan mendapatkannya dengan apa cara sekalipun...
TETAPI jika ALLAH sudah takdirkan sesuatu itu Bukan untuk Kita, 
WALAU seluruh isi alam ini membantu kita untuk mendapatkannya,
 Kita TETAP tidak akan mendapatkannya....

Jika sesuatu itu MILIK KITA, 
SESULIT apapun jalannya, 
Apapun RINTANGANNYA, 
PASTI dan PASTI akan JADI MILIK KITA.
 Kerana itu MILIK kita yang ALLAH tetapkan..
Tetapi.. Ingat.. 
Jika sesuatu BUKAN MILIK kita, 
walaupun MUDAH JALANNYA, 
walaupun BERSUSAH PAYAH kita untuk MENDAPATKANNYA,
 ianya TIDAK akan PERNAH dapat 
kerana itu BUKANNYA MILIK kita 
yang DITETAPKAN ILAHI.
;
;
Lukisan Rindu 

 
sedap lagu nie..suke3.. ^_^
;
;
;
 ;
;
Dari Abu Sa'id dan Abu Hurairah r.a dari Nabi saw, beliau bersabda : 
" Seorang muslim tidak ditimpa oleh rasa letih, penyakit, gelisah, sedih, gangguan ataupun keresahan, hingga duri yang tercucuk padanya melainkan Allah menebus dengannya sebahagian dari kesalahan-kesalahannya"
( HR Bukhari-Muslim)
;
;
Allah telah menjanjikan ganjaran bagi hamba-hambaNya yang sabar.
Apabila kita mengalami sesuatu musibah, janganlah mengeluh atau sedih tapi, bertaqwalah pada Allah dan mohon kekuatan dariNya kerana inilah dugaan yang Allah berikan untuk menguji sejauh mana iman kita padaNya.
;
; Mudah-mudahan kita semua tergolong dari kalangan orang-orang yang sabar.
Aamiiin
 
 
 
^^ 

TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog