Thursday, April 25, 2013

The Grato Bangi Vs Mohd Chan Abdullah & kasut bola

 
 ahad lepas, lepas habis tengok rancangan Jalan-jalan cari makan kat tv3,
efa terus ajak adik-adik pergi makan kat The Grato Seksyen 3, Bangi.
sangat-sangat teruja kot nak makan pasta kt The Grato lepas tengok jjcm tu,
dan kebetulan hari tu si abg afiq minta belikan kasut bola..
so, petang tu kami pun pergi lah ke Al-ikhsan Bangi..






tak tau anak siapa nie..kecil-kecil lagi dah pandai pilih kasut...hihihi

model kasut =_=
abg afiq wakil sekolah untuk perlawanan bola sepak.
sebab kakak dia banyak duit katanya, demand kemainnn nak kasut mahal-mahal..
nak kasut yang best-best je..
hari tu bukan abg afiq sorang je berjaya menge-pow kakak dia nie..
si adik hafiz pun turut berdrama..
"kalau abg dapat kasut,adik pun nak"
baik lah..pilih laa mana-mana kasut yang korang suka =_=
nasib baik lah al-ikhsan ada sale masa tuuu...hihi

 okey, lepas beli kasut kami pun terus ke seksyen 3 nak pergi makan kat 
The Grato yang terletak di  No.12 Jalan 3/7, seksyen 3,
Bangi Perdana. No. hp: 017-6656601

dah sampai seksyen 3 baru call sebab kami sesat.. =_=
tapi alangkah kecewanya apabila tuan kedai tu cakap 
hari ahad kedai tutup. buka dari hari isnin sampai sabtu je.
dari pukul 5 petang hingga 11 malam..
nangissss T__T

Dengan hati yang sayu, kami pun terus berlalu ke
restaurant Mohd Chan Abdullah...
okey juga lahh.. ini first time efa makan kat sini..

 
ini antara makanan yang di order...
efa makan nasi goreng seafood..
dah separuh makan nasi nie, efa jumpa rambut dalam tuu..
panjang kot rambut tuuu....
mula-mula rasa nak marah tapi bila fikir tukang masak tu pun manusia juga..
efa cuma bagitau kat staff tu, dan mereka gantikan yang baru..
spoil mood terus... kurang selera makan...huhu

yang penting adik-adik efa gembira dapat kasut baru
walaupun kakak dia nie tak berapa gembira...hehehehe

25 April 2013

efa nak ambil kesempatan di sini, nak ucapkan
Selamat ulangtahun kelahiran
buat satu-satunya adik perempuan efa kat dunia nie
i  ♥ u
"happy birthday sayang"



sekian, terima kasih sudi baca :)

Friday, April 19, 2013

percutian keluarga di KM CHALET Kuala Linggi, Melaka




minggu lepas efa sekeluarga ber-'cuti-cuti Malaysia' 
2 Hari 1 malam di Melaka..
kami menginap di KM Chalet yang terletak betul-betul tepi Laut Selat Melaka ..
 buka je pintu chalet boleh terjunnn laut terus..
senang juga nak bunuh diri kalau putus cinta..ok..over...=_=
yeaayyy!!! 

-peta ke KM Chalet-

hari pertama-13 April 2013
hari pertama sampai di Melaka, terus check in di KM Chalet.. 

hari tu homestay penuh,so kami duduk di chalet hawa dingin. satu malam RM100 untuk 1 bilik.
aktiviti wajib lepas masuk bilik,tukar baju dan berlari ke pantai..yeeayy!! **happy**

 
hana main pasir..yeaayy!!

bergosip sambil berpayung di tepi pantai..haha
aktiviti kecintaannn..tanam adik dalam pasir..hehehe
hasilnyaaa
tadaaaa

duyung jantan bertangan terdampar di persisiran pantai..
agak terseksa ye gaya nya...hahaha
 *sekadar hiburan*

lepas puas bermandi manda, malamnya kami makan ikan bakar 

di Kompleks Ikan Bakar Terapung.

hari kedua-14 April 2013
hari kedua lepas check out, kami jalan-jalan di Bandar Hilir..

benda wajib beli bila singgah melaka :)
melawat A Famosa & Istana Kesultanan Melaka

hasil tangkapan yang berjaya di bawa pulang :)

sekian,percutian bersama keluarga..
walaupun sekadar pergi Melaka,kami sekeluarga tetap seronok & bahagia..hehe
pergi lah melancong bersama keluarga tersayang jika mempunyai masa terluang..
 cuti-cuti Malaysia (n_n)
jika nak bercuti di KM Chalet boleh kunjungi:
http://www.kmchalet.com
No. Telefon/fax : 06-3878033
No. HP : 012-6544639
Email : kmchalets@yahoo.com/ 
lyngarlz@yahoo.com


tq :)

Thursday, April 11, 2013

GALAXY SIII mini Vs. Tarikh luput


 Samsung Galaxy SIII mini nie sesuai untuk kaum wanita yg comel (n_n)
alkisahnyaa...

semalam efa nak beli galaxy S3 mini nie, bukan sebab budget comel..bukan bukann.. *hentak kaki*
oohh..sebenarnya nak beli sebab tak nak membazirkan rebat RM200 yang telah diberikan kepada para belia.. sebenarnya bukan satu keperluan untuk membeli handphone baru, tapi satu kehendak.. erkk..

setelah di hitung di tambah di tolak di darab di bahagi,
hati masih lagi sangsi sama ada nak beli ke tak s3 mini nie..
demi tak nak membazir rebat RM200, 
sanggup tak keluarkan RM799 untuk dapat kan S3 mini nie? *tanya hati sendiri*
 lama jugak berfikir..sebanarnya hati masih lagi was-was..
nak beli ke tak..nak beli ke tak..

dan akhirnya dapat jawapan...
semalam 10 April 2013, 
lepas habis kerja, terus pergi Alamanda untuk beli S3 mini nie..
eksited pulak rasa..nak beli hp baru..hehehe

sampai je Alamanda, terus terjah kedai Digi..
dah siap tanya colour apa yang ada..
pastu bagi ic, abg ensem masukkan no ic..pastuu..
"dik, maaf lah..rebat adik nie dah expired
nangisssssss T_T     
sebenarnya semalam juga merupakan tarikh luput rebat efa tuu..
10 April 2013..
ingat kan masih boleh guna.. 
ingatkan last boleh guna 10 April..
rupanya last boleh guna 9 April.. cehhhh

*terus berlalu pergi*



dari tak nak membazir, terus membazir..
selamat laa RM799 i tuu..hihi


sekian,
terima kasihhh
T_T



TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog