walaupun efa tiada nama dalam dunia blog nie, (tak fofular)
tapi paling kurang, efa glemer dalam kelas..haha perasan betul..!!
ada apa pada nama? pada glemer? pada fofular?
bak kata Fafau
"jangan cari glemer, biar glemer cari kita"
eehh..apa motif kau nie tipah oi..??hahaha
belasah laa..tak penting pun glemer nie..
aku menulis bukan kerana nama tapi kerana mama..eehh....
buat apa kalau follower beribu raban tapi blog tak berkualiti kan..
macam blog efa nie...harap je ramai follower tapi hampeh.. content ntah hapa hapa..hahaha
(ehh..ramai ke follower kau tu??)
efa bersyukur dan terima kasih pada yg sudi follower blog efa...
maaf di atas, di kanan, di kiri dan di bawah layanan yang kurang memuaskan....
sebenarnya efa nak kongsi cerita nie.....
GELARAN
mengikut sejarah, antara gelaran yg pernah di berikan kepada efa sepanjang pengajian degree nie adalah seperti berikut:
PINKY GIRL
gelaran nie efa suka..haha
di sebab kan efa nie gila pink, apa saja barang efa akan kelihatan pink..
sebab tu kawan-kawan panggil minah pink or pinky girl..haha
tak sangka sampai sekarang tabiat gila pink ku masih tak hilang..
tunggu dah tua kot baru berubah warna...haha
KOLEJ GIRL
dari sem 3 sampai lah sem 5 sekarang efa masih duduk kolej..
budak manja laa kata kan..hehehe
sem lepas cipta rekod apabila dalam kelas efa sorang je duduk kolej..
yang lain semua duduk rumah sewa..haha
di sebabkan itu lah mereka menggelarkan diri ku
kolej girl...huahuahua takpe..layaann..
BLOGGER GIRL
dan sekarang gelaran nie menjadi sebati dalam diri..wakakaka
di sebab kan efa nie antara blogger aktif dalam kelas,
ia menjadi bahan..jahat kan..huahuahua
kalau ada apa-apa je berkaitan internet ke blog ke
mesti nama efa naik..blogger girl...
mekasih laa ye...touching i..
glemer laa jugak tu kan..haha
ini laah dia budak-budak kelas efa..haha
Degree in Tourism Management UiTM Puncak Alam
(part 5 minor culinary)