Photobucket Photobucket Photobucket
Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Istimewa Bersama Dato' Siti Nurhaliza ^^ [Air AsiaX Promotion]




-17 Januari 2012-

Baru-baru nie efa ada buat entri khas ucapan birthday untuk Dato' Siti Nurhaliza..siap cakap masa jumpa dulu tak dapat bergambar dengan DCT lagi.. tapi hari ini ada rezeki efa untuk bergambar dengan DCT..."ber-munge-munge" rasa hati ini...hikhikhik ^^

Perancangan di saat akhir...Maaf kepada peminat tegar DCT iaitu Eyma sebab tak sempat nak ajak pergi sekali...lain kali kita pergi lagi okey...hehe ^^ 

Balik dari exam pagi tadi pukul 12pm..efa lepak kat bilik, makan sambil layan running man... pukul 4.30pm tergerak nak online sekejap..buka twitter, terbaca tweet DCT..beliau ada kat 1 Utama pukul 5pm...setengah jam lagi...sepantas kilat bersiap dan terus pergi..sempat ajak Kimmey je..hehe gerak dari Puncak Alam sampai One Utama pukul 6pm.. ingatkan event dah habis..rupanya masih sempat..dapatlah bergambar kenang-kenangan dengan DCT ^^


Dato' Siti Nurhaliza berada di One Utama tadi untuk mempromosikan Air AsiaX... ^^




Yeaahhh...akhirnya dapat juga bergambar dengan Dato' Siti ^^


 kereta Dato' Siti Nurhaliza 



yang paling istimewa.......

^^
khasss untuk Blog Efa Nur...hehe ^^
Terima kasih
 Dato' Siti Nurhaliza ^^




'last but not least'
a big thanks to my dear Kimmey
sebab sudi teman dan 
tolong tangkapkan gambar sayeee!!hehe


Kimmey ^^



thankss ^^



Wednesday, January 11, 2012

Happy Birthday Dato' Siti Nurhaliza ^^


Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Dato' Siti Nurhaliza yang ke-33tahun.. 11 Januari 2012. walaupun efa tau Siti tak akan baca entri ini, efa tetap nak tulis juga khas buat Dato' Siti Nurhaliza...lantak lah kan..hehehe ^^

baru sekali je efa berpeluang jumpa Siti pada April 2010 kat Plaza Alam Sentral untuk rakaman TV9 "Konsert di Hati Siti Nurhaliza". masa tu tak dapat bergambar dengan Siti.. kecewa sikit laa...hahahaa tapi dapat bergambar dengan kak Saida dan Dato' K..bolehh laa jugak kann...huahuahua  

Sempena ulangtahun Dato' Siti hari ini, efa doakan:

"semoga Dato' Siti di panjangkan usia, di murahkan lagi rezeki, diberikan kesihatan yang baik,
 berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat.
 Semoga Allah permudahkan segala urusan dan di kurniakan anak secepat mungkin" 
aminnnn  






ohh ye, jangan lupa undi Dato' Siti Nurhaliza untuk
Intuned Music Awards 2011.. ^^




thanks ^^

Sunday, November 20, 2011

Siti Nurhaliza 2012


Hujan rintik-rintik, 
     laut bergelora,
     Siti makin cantik,
              ramai makin suka ^^

Hai semua orang..!!hehehe ^^ cantikkan tarikh hari ini.. 20112011 ^^ untung laa siapa yang bertunang, menikah dan berkahwin pada hari ini..kann..hehe tidak lupa juga buat mereka yang menyambut ulang tahun kelahiran hari ini.. teristimewa buat sahabat-sahabat efa masa diploma kat Kolej Shahputra dulu:

*Nabila Chacha yang menyambut birthday ke23..selamat ulangtahun..semoga berjaya & bahagia dunia akhirat.. dan selamat pengantin baru buat girl Rozana yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini..semoga berbahagia sehingga akhir hayat.. girl,maaf tak dapat datang =_=.


okey, mari kita kembali pada topik asal...hehe
berkenaan tajuk di atas, SITI NURHALIZA 2012,
efa nak kongsi cerita best nie..hehe KEYWORDS yang paling banyak orang cari kat blog efa..hihihi
nampak menarik sebab hampir semua kata kunci adalah Siti Nurhaliza...hehe



Terima kasih Dato' Siti Nurhaliza..
hikhikhikhik :D
sekian



thanks sudi baca ^^

Thursday, September 29, 2011

GIVEAWAY " ANUAR ZAIN vs SITI NURHALIZA"

 Efa dengan berbesar dan berbunga bunga hati nak join giveaway yang sangat best nie... ^^
jom laa ramai ramai join GIVEAWAY " ANUAR ZAIN vs SITI NURHALIZA" Gerenti puas hati..hihi
Giveaway nie anjuran blogger hebat [abg EQbalZack] ^^
tarikh akhir giveaway nie pada 5 Oct 2011.

Hadiah giveaway nie sangat best sebab boleh menang CD terbaru Dato' Siti Nurhaliza.. ^^
oowwhh...i sukaaa sangat..hehehe 
harap-harap ada lah rezeki Efa untuk menang CD Dato' Siti nie kann... aminnn ^^


PRIZE x 1
Winner will get Siti Nurhaliza's  latest CD - ALL YOUR LOVE

PRIZE x 1
Winner will get Anuar Zain's latest CD - ANUAR ZAIN
 
 
apa tunggu lagi??
Jom join 
GIVEAWAY 
 
 

thanks ^^

 

Monday, September 12, 2011

UiTM PUNCAK ALAM dan DATO' SITI NURHALIZA



owwhh.. UiTM Puncak Alam di hati ku ^^


-buka buku, tulis dalam diary-
"
"
hari ini tanggal 12 September 2011,
bermula lah semester baru..semester akhir bagi pengajian ku
sepatut nya kuliah dah mula hari nie
tapi

saya masih melepak di bilik kolej..bukan study pun =_=
malasss nak pergi kelass...
sebab
ramai lagi kawan kawan yang tak balik puncak alam..
especially budak budak sabahan bahhh...
pengaruh kawan kawan nie..sila salahkan mereka ye..hehe
tapi takpe
first kelass boleh di maafkan.. kan..kan.. ^^
besok saya pergi kelasss ye ^^

tapi sebenarnya
semester semester lepas, lepas daftar kolej,
saya akan pulang bercuti sdn bhd semula di rumah
minggu kedua kuliah baru pergi kelas..baekk kan..!!hehe
tapi semangat sem nie tak nak balik
sebab...!!!!


nak jumpa kekasih awal dan akhir ku ini..
w0ooowww...so sweeet..!!!
eerrkkkk...!!
sila muntah T_T








klik untuk melihat dengan lebih jelasss ^^

semua ini gara gara benda kat atas nie...
dengan penuh semangat saya nak menyelitkan diri ke sh0oting VC beliau
dah siap call bagi nama dan booking nak bawak 6 orang
sepatutnya kejadian itu berlaku hari ini..
sekarang sedang berlaku..
tapi..tapi... =_=
saya tak dapat pergi..sedihhhh nya T_T
ingat kan nak ponteng kelass sebab nak jumpa siti
tapi dua dua pun tak dapat..huhu
 jawabnya...
tido jelaaaaa..zZzzzzz....
sob..sobb..sobb..
T_T


sekian.
"
"
-tutup diary-

 
 
Shooting video klip Dato' Siti Nurhaliza  lagu Falling In Love. 

Thursday, May 26, 2011

SIti Nurhaliza sertai Askar Wataniah



Datuk Siti Nurhaliza dan beberapa lagi selebriti terkenal akan menyertai Askar Wataniah.  mereka akan menjalani latihan yang di adakan dalam tempoh 39 jam. Datuk Siti Nurhaliza dan beberapa lagi selebriti lain akan menjadi ikon untuk menarik lebih ramai menyertai Askar Wataniah. selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi motivasi kepada tentera kita yang berkhidmat di luar dan sempadan negara. 

efa amat menyokong Datuk Siti sertai Askar Wataniah kerana efa juga merupakan Askar Wataniah ketika pengajian diploma dulu...hehe :)

efa bersama Askar Wataniah Kolej Shahputra Kuantan 2007

(klik gambar untuk cari Efa Nur)hehe..

gambar di atas ketika Rekrut di Kem Susur Tembeling, Jerantut pada 2007.
walaupun dah dekat 4 tahun kursus nie, kenangan pahit manis suka duka semasa menjalani latihan tetap terpahat di hati..huhu
semangat Cintakan Negara.
Jom Sertai Askar Wataniah..!!

sumber dari: mynewshub.my

Wednesday, April 13, 2011

ZARA AYU pengganti SITI NURHALIZA??


 Zara Ayu adalah anak didik terbaru komposer terkenal Adnan Abu Hassan. 
berbakat besar..baru berusia 18 tahun..
 FACEBOOK ZARA AYU (klik)
 
Ben Ashaari cakap Zara Ayu nie bakal pengganti Siti Nurhaliza..
tekan SINI

efa akui suara beliau sedap tapi beliau still tak boleh lawan
Siti Nurhaliza...
Siti tiada galang gantinya...sebab gua nie peminat no.1 
Siti Nurhaliza..huahuahua
kepada yg tak suka, tolong jangan marah ye...

I LOVE U Siti....hehehe
 

Tuesday, March 29, 2011

Siti Nurhaliza mengandung?






“Assalamualaikum & morning!wah! Kecoh semalaman ttg ct mengandung ye.sebenarnya ct blm mengandung.mengandungi lemak ye..tu kena diet nih!haha”
-twitter Datuk Siti Nurhaliza-



laaaa.... rupanya perut Datuk Siti cuma mengandungi lemak..
memang kena berdiet laa Datuk Siti nie.... hehehe
tapi kalau Datuk Siti betul-betul mengandung, mesti best kn.. :)
mungkin masih belum ada rezeki.. efa mendoakan semoga Datuk Siti
dipermudahkan untuk mendapat cahaya mata..aminn :)



nak tau punca Datuk Siti Nurhaliza tidak mengandung sampai sekarang?
jom baca kat sini... segalanya akan terjawab.. :)



Monday, March 14, 2011

Kakak Siti Nurhaliza, Saida Tetap Mahu Bercerai...



kakak Siti Nurhaliza, Saida (AF6), tetap dengan pendiriannya ingin bercerai walaupun suaminya masih berhasrat mempertahankan rumahtangga yang mereka bina 15 tahun lalu. Perkara itu diakui oleh beliau selepas Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi bertanyakan perkembangan status perbincangannya dengan suami Mohd Ghazali Yahya Zikri  40.

Menurut Saida atau nama penuhnya Siti Nursaida Tarudin, 35, permohonan cerai secara baik yang dibuat pada 6 Oktober 2010 berikutan antara mereka sudah tiada persefahaman selain gagal didamaikan.
"Saya akui kami masih tinggal bersama dan memang kami ada berbincang. Bagaimanapun dia masih tidak bersetuju bercerai secara baik,”
kata bekas peserta program realiti Akademi Fantasia 6 itu.




*macam-macam la ragam artis nie..huhu tapi efa doa kan yg terbaik buat mereka..semoga masih ada jalan penyelesaian yg terbaik...

sumber dari: MyMetro

Tuesday, March 8, 2011

Terkini- Siti Nurhaliza mengandung




Datuk Siti dah mencuba pelbagai perubatan moden dan tradisional untuk menggapai impiannya bergelar seorang ibu. setiap wanita yg bergelar isteri pasti mengimpikan saat di anugerahkan cahayamata. Usaha dah ada cuma mungkin belum ditunaikan permintaan dari-Nya. buat Datuk Siti, anggaplah ini satu ujian dariNya. Yang terbaik buat masa ini ialah berdoa agar semuanya dipermudahkan.
 

Dan buat semua peminat Datuk Siti, korang pun mesti teringin sangat nak tengok penyanyi kesayangan korang menimang cahaya mata kn?  jadi, mari lah kita bersama-sama mendoakan agar Datuk Siti di anugerah kan zuriat secepat mungkin. Buat Datuk Siti, harap dapat bersabar ye. kami mendoakan agar Datuk Siti cepat-cepat menimang cahayamata :)


Krisdayanti akan berkahwin 24 Mac 2011



24 Mac 2011
Sempena hari ulang tahun kelahiran penyanyi diva Indonesia,
 Krisdayanti (KD)
akan melangsungkan pernikahannya dengan usahawan Timor Leste,
Raul Lemos
sumber di ketahui dari jiran tetangganya di Pondok Pinang, Jakarta Selatan
majlis pernikahan bakal dilangsungkan di
 Hotel Mulia, Senayan, Jakarta Selatan.
 Dalam majlis itu, KD bakal mengenakan pakaian pengantin
 rekaan Anne Avantie .

-selamat berbahagia buat KD & RL-

saja letak gambar nie..sebab ada DCT...hihi
i likeeee :)



Wednesday, February 16, 2011

Rahsia Siti Nurhaliza...


comel kan gambar nie..bila laa siti akan menimang cahayamata kn..huhu


saje nak letak gambar nie..tumpang populariti Datuk k jap..haha
(saya yg pakai baju pink tu laa..hehe)
masa tengok rakaman


*klik gambar untuk tumbesaran*

okey, ini lah rahsia Siti Nurhaliza....hehehe
nak tahu rahsia selebih nya?? jom tengok sini...



eehhh..dah habis laah..mekassiihh..datang lagi..hihi


TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog