Photobucket Photobucket Photobucket

Tuesday, October 29, 2013

Pakej Lawatan ke KidZania & Planetarium

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah atas segala rezeki yang telah di berikan..:)

Lawatan sambil belajar ke KidZania & Planetarium 23 Oct 2013
Trip kali ini adalah kerjasama untuk kali yang ke-tiga selepas Lawatan ke Melaka dan Lawatan ke Petrosains & Kilang Coklat Beryls pada tahun lepas bersama Sekolah Rendah Kebangsaan Presint 11(1) Putrajaya untuk lawatan pelajar tahun 5 & 6.

Terima kasih tak terhingga kepada semua guru-guru terutamanya Cikgu Kamisah dan semua cikgu-cikgu dan pelajar yang terlibat dalam trip sehari ini yang telah selamat berlangsung pada 
23 Oktober yang lalu. 


Rombongan kali ini sebanyak 4 buah bas dengan jumlah pelajar seramai 153 orang dan guru pengiring seramai 10 orang, jumlah semua 163 orang.

Objektif lawatan sambil belajar ke KidZania ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang alam kerjaya dan memberi persediaan kepada pelajar untuk memilih aliran yang bersesuaian dengan bidang tugasan dan kerjaya. 


Macam-macam ada, bukan pelajar je seronok, malah orang dewasa terutamanya efa sendiri pun seronok... first time sebenarnya efa masuk KidZania nie..memang best..hehehe 
KidZania memang tempat yang sangat bagus untuk pelajar, 
dapat bermain sambil meningkatkan pengetahuan dalam bidang pekerjaan yang akan mereka ceburi apabila meningkat dewasa kelak :) 

selepas solat Zohor dan makan tengah hari di Masjid Negara,
lawatan di teruskan ke Planetarium Negara..
 rancangan awal nak saksikan tayangan tapi tak sempat sebab sampai lewat.
takda rezeki jadi hanya boleh tengok pameran sahaja


kak efa harap adik-adik semua dapat kebaikan dari lawatan ini ya :)


Trip ini diuruskan sepenuhnya oleh syarikat Efa Nur Enterprise.. 
proses dari A sampai Z efa buat sendiri.. satu pencapaian yang boleh di banggakan oleh diri sendiri setelah penat lelah berhasil...hehe *nangissssssss*
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar dan jayanya :)

maaf kepada semua ahli rombongan andai ada yang terkurang sepanjang trip ini berlangsung
dan
terima kasih juga kepada adik efa, Deyla dan adik sedara efa, Elin yang sudi membantu penguruskan trip ini. banyak cabaran sebenarnya untuk uruskan trip macam nie :) 
yang penting adalah pengalaman, 
sangat berharga tak dapat di beli di mana-mana :)

*lots of love*
untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
EFA NUR ENTERPRISE
019-9767971 (miss efa)
efanurjannah@gmail.com
click
EFA NUR ENTERPRISE  (002203213-T)

Friday, October 18, 2013

PERCUTIAN CAMERON HIGHLAND 2D1N [COMPANY TRIP - JORDONE CORPORATION SDN BHD]


Alhamdulillah.. masih diberi peluang dan kepercayaan untuk membawa group trip.
kali ini efa bawa group untuk company trip syarikat Jordone Corporation Sdn Bhd yang beroperasi di Seri Kembangan, Selangor.

Percutian 2 hari 1 malam ke Caremon Highland ini pada 11-12 Oct yang lepas. 
Paling best berkerja sambil bercuti macam nie. memang menjadi kesukaan & kecintaan hati..
kerja 20%, bercuti 80%..hehe



Hari Pertama, seawal jam 7.30pagi kami bertolak dari Seri Kembangan terus ke Cameron Highland.
Berhenti rehat di R&R Tapah, tiba di Cameron lebih kurang pukul 12tengahari. terus makan tengahari di Restoran Ferm Nyonya di Tanah Rata.


aktiviti selepas makan, tour ke Lavender & Rose Garden.


Next, aktiviti lawatan di teruskan ke Butterfly Garden.  


Selepas tu, lawatan diteruskan ke Cactus Valley dan sebelum check in di Apartment Desa Anthurium, kami singgah shopping di Nite Market Brinchang. Malam nya ada BBQ Dinner.

Hari Kedua pula,
Bermula sarapan pagi di SmokeHouse Hotel. Special breakfast kat sini, harga kemain mahal..hehe tapi memang puas hati, decoration dalam hotel nie cantik sangat. English style.


Aktiviti tour diteruskan ke BOH Tea Plantation, Strawberry farm dan Kea Farm Market.

nak pergi ladang Teh BOH nie kena tukar naik bas sekolah. 
scary gila jalan  nak naik atas ladang nie..hehe

seterusnya sebelum pulang, shopping time. masa untuk memborong.

apa yang paling best kat Cameron Highland?

semestinya strawberry coklat... :)
*thanks boss sebab belanja strawberry coklat & homemade ice-cream*

owhh ya, bunga ros biru ini untuk bff efa, Faradila Nur :)
*saya harap awak baca nie*

akhir kata, efa ingin mengucapkan jutaan terima kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat.
semua warga kerja Jordone Corporation terutamanya manager Mr. Alex Yong,
Boss Mr. Ghani & partner Mr Zul. serta Cik Deyla, adik kesayangan efa :) 

*from Cameron with love*






Thanks and Best Regards,
Efa Nur Enterprise

019-9767971
http://efagurlz.blogspot.com

https://www.facebook.com/PakejPercutianmalaysia






^^ thanks sudi baca ^^

TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog