Photobucket Photobucket Photobucket
Showing posts with label pakej percutian. Show all posts
Showing posts with label pakej percutian. Show all posts

Thursday, September 22, 2016

PAKEJ BANDUNG MURAH


PROMOSI PAKEJ BANDUNG 2016
bersama Efa Nur Travel & Tours Sdn Bhd
berikut merupakan details pakej ke BANDUNG
sah sehingga 31 Dec 2016:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PAKEJ BANDUNG 2016 


PAKEJ A:3 HARI 2 MALAM
RM 260 / PAX  *minimum 6 pax
RM 290 / PAX  * minimum 5 pax
RM 320 / PAX  *minimum 4 pax
RM 350 / PAX  *minimum 3 pax
RM 420 / PAX  *minimum 2 pax

**kanak-kanak 4 tahun kebawah pecuma. (tidak dikira)
**harga kanak-kanak 5 tahun dan ke atas sama seperti harga dewasa


BANDUNG 3H2M                   
ITINERARY:
DAY 1
*Wakil kami jemput anda di airport Bandung
*Check in, shopping di factory outlet Jalan Riau, Dago dan Setiabudhi
*shopping di Jalan Cihampelas & Ciwalk Mall
DAY 2
*Melawat Tangkuban Perahu & ladang strawberry
*shopping di Pasar Baru dan Toko Tiga
*Lawatan/bergambar kenangan di Trans Studio
*sight seeing Masjid Agung dan gedung sate
DAY 3
*Check out
*Beli ole-ole Bandung di Kartika Sari, shopping di Jalan Cibaduyut
*2 jam sebelum berlepas pulang sudah berada di airport
*******************************************************************************
PAKEJ B:4 HARI 3 MALAM
RM 380 / PAX  *minimum 6 pax
RM 410 / PAX  * minimum 5 pax
RM 440 / PAX  *minimum 4 pax
 RM 510 / PAX  *minimum 3 pax
RM 580 / PAX  *minimum 2 pax

**kanak-kanak 4 tahun kebawah pecuma. (tidak dikira)
**harga kanak-kanak 5 tahun dan ke atas sama seperti harga dewasa


 BANDUNG 4H3M:
ITINERARY :
DAY 1 :
>> Setibanya di airport Hussein Sastranegara Bandung, wakil kami akan
menyambut anda dengan “ Welcome Note ” atau sepanduk nama atas nama ketua
kumpulan. Taklimat ringkas.
>> Check in hotel
>> Factory Outlet
DAY 2 :
>> Lawatan ke Tangkuban Parahu – Puncak gunung berapi & tempat wajib lawati jika ke Bandung ; 
nikmati pemandangan indah gunung berapi dari puncak gunung. Melawat  Ciater Hot Spring ; 
rasai kesegaran air panas sambil merendam kaki dan boleh rasai sendiri jika ingin mandi.
>> Ke Ladang Strawbery merasai jus segar langsung dari ladang ( petik sendiri ) 
>> Shopping di Toko Tiga ( Pusat Jeans & Denims Branded )
>> Shopping di Factory Outlet Jln Setiabudhi ( Rumah Mode Etc )
>> Shopping di Ciwalks Street / Jln Cihampelas & Ciwalks Mall. 
DAY 3 :
>> Bandung sight seeing di Gedung Sate , Masjid Agung etc.
>> Shopping di Pasar Baru ( tempat wajib shopping jika ke Bandung – pelbagai barangan murah A-Z di sini )
>> Shopping di Jln Cibaduyut ( Pusat barangan kulit berkualiti ) 
>>Lawatan/bergambar kenangan di Trans Studio
>> Bersantai di hotel
DAY 4 :
>> Check out hotel
>> Membeli Ole-Ole Bandung Di Kartika Sari.
>> Last round shopping di Bandung Trade Centre / Bali Heaven etc
>> 2/3 jam sebelum penerbangan pulang , sudah berada di airport untuk urusan penerbangan pulang.

**Perubahan jadual program boleh dilakukan semasa proses perundingan mengikut keperluan anda**
****************************************
PAKEJ TERMASUK:
-hotel penginapan   
(3*-Twin sharing-Hotel Zodiak Sutami/Hotel Zodiak Paskal/Hotel Victoria/setaraf)
-Sarapan pagi 
-Pengangkutan sepanjang hari lawatan
-Pemandu merangkap pemandu pelancong
-Tip, tol & bayaran parking

****************************************
Tidak termasuk:
-Tiket Penerbangan
-Airport Tax [IDR75000 seorang]
-perbelanjaan peribadi
-passport
-Tiket lawatan:
-Tangkuban Parahu IDR200,000 seorang
-Kawah Putih IDR75,000 seorang
-Floating Market IDR 10,000 seorang
-Ciater Hot Spring IDR22000 seorang
-Ladang Strawberry IDR10000 seorang
-Trans Studio Bandung
- IDR170,000 seorang (hari berkerja) &
 IDR 270,000 seorang (hari minggu)


**Harga tiket dewasa & kanak-kanak adalah sama 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
jika confirm booking,boleh beri details seperti berikut:

Nama            :
No IC           :
no hp             :
Tarikh pergi :
jenis pakej   :
jumlah pax    :
Email            : 


untuk tempahan atau sebarang pertanyaan,
sila hubungi pihak kami segera!! :) 



Thanks and Best Regards,

Mrs Efa
Efa Nur Travel & Tours Sdn Bhd
​Call /SMS       :​ 019-9767971
​WhatsApp only  : 017-6843821​

Monday, October 13, 2014

PAKEJ LAWATAN KE PETROSAINS, KILANG COKLAT BERYL'S, & MUZIUM NEGARA [SMK BANDAR SUNGAI BUAYA,RAWANG]


Assalamualaikum  :)

Alhamdulillah..  
11 Oktober 2014 (sabtu) yang lepas, pihak syarikat Efa Nur Enterprise telah berjaya menguruskan lawatan pelajar dari SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BUAYA, RAWANG.
Terima kasih kepada semua 58 pelajar dan guru-guru yang terlibat.Salam kemaafan dari pihak kami andai ada kekurangan sepanjang hari lawatan :)

Berikut disediakan sedikit coretan sepanjang hari lawatan ke Kilang Coklat Beryl's, Muzium Negara & Petrosains.

 Perjalanan di mulakan dari pukul 8.00pagi pelajar bertolak dari SMK Bandar Sungai Buaya ke Kilang Coklat Beryls yang terletak di Serdang. 





 Selepas lawatan ke Kilang Coklat Beryls, perjalanan di teruskan ke Muzium Negara,



Seterusnya lawatan di teruskan ke Masjid Negara untuk Makan Tengahari & solat Zohor.


Selepas selesai solat, lawatan di teruskan ke tempat terakhir lawatan iaitu ke Petrosains.






Lawatan tamat lebih kurang dalam pukul 5 petang.
Terima kasih kepada semua peserta yang terlibat, terutama nya pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Bandar Sungai Buaya yang semua nya best-best :)

Tidak di lupakan juga, TEAM ENE, Cik Nurul Atiqah Roslan & Cik Kartikha di atas kerjasama sepanjang hari lawatan.  

untuk maklumat lanjut berkenaan pakej lawatan seperti ini & untuk melihat keseluruhan gambar sepanjang lawatan ini, boleh lihat di Facebook page syarikat EFA NUR ENTERPRISE di sini (klik)---> FACEBOOK EFA NUR ENTERPRISE
 

untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
EFA NUR ENTERPRISE
                         Call/SMS              : 019-9767971 (miss efa)
WhatsApp only     : 017-6843821
                                  Email                    : efanurjannah@gmail.com
               Website                 : http://efagurlz.blogspot.com/
                   Instagram             : @efanur_enterprise

Friday, October 18, 2013

PERCUTIAN CAMERON HIGHLAND 2D1N [COMPANY TRIP - JORDONE CORPORATION SDN BHD]


Alhamdulillah.. masih diberi peluang dan kepercayaan untuk membawa group trip.
kali ini efa bawa group untuk company trip syarikat Jordone Corporation Sdn Bhd yang beroperasi di Seri Kembangan, Selangor.

Percutian 2 hari 1 malam ke Caremon Highland ini pada 11-12 Oct yang lepas. 
Paling best berkerja sambil bercuti macam nie. memang menjadi kesukaan & kecintaan hati..
kerja 20%, bercuti 80%..hehe



Hari Pertama, seawal jam 7.30pagi kami bertolak dari Seri Kembangan terus ke Cameron Highland.
Berhenti rehat di R&R Tapah, tiba di Cameron lebih kurang pukul 12tengahari. terus makan tengahari di Restoran Ferm Nyonya di Tanah Rata.


aktiviti selepas makan, tour ke Lavender & Rose Garden.


Next, aktiviti lawatan di teruskan ke Butterfly Garden.  


Selepas tu, lawatan diteruskan ke Cactus Valley dan sebelum check in di Apartment Desa Anthurium, kami singgah shopping di Nite Market Brinchang. Malam nya ada BBQ Dinner.

Hari Kedua pula,
Bermula sarapan pagi di SmokeHouse Hotel. Special breakfast kat sini, harga kemain mahal..hehe tapi memang puas hati, decoration dalam hotel nie cantik sangat. English style.


Aktiviti tour diteruskan ke BOH Tea Plantation, Strawberry farm dan Kea Farm Market.

nak pergi ladang Teh BOH nie kena tukar naik bas sekolah. 
scary gila jalan  nak naik atas ladang nie..hehe

seterusnya sebelum pulang, shopping time. masa untuk memborong.

apa yang paling best kat Cameron Highland?

semestinya strawberry coklat... :)
*thanks boss sebab belanja strawberry coklat & homemade ice-cream*

owhh ya, bunga ros biru ini untuk bff efa, Faradila Nur :)
*saya harap awak baca nie*

akhir kata, efa ingin mengucapkan jutaan terima kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat.
semua warga kerja Jordone Corporation terutamanya manager Mr. Alex Yong,
Boss Mr. Ghani & partner Mr Zul. serta Cik Deyla, adik kesayangan efa :) 

*from Cameron with love*






Thanks and Best Regards,
Efa Nur Enterprise

019-9767971
http://efagurlz.blogspot.com

https://www.facebook.com/PakejPercutianmalaysia






^^ thanks sudi baca ^^

Friday, April 19, 2013

percutian keluarga di KM CHALET Kuala Linggi, Melaka




minggu lepas efa sekeluarga ber-'cuti-cuti Malaysia' 
2 Hari 1 malam di Melaka..
kami menginap di KM Chalet yang terletak betul-betul tepi Laut Selat Melaka ..
 buka je pintu chalet boleh terjunnn laut terus..
senang juga nak bunuh diri kalau putus cinta..ok..over...=_=
yeaayyy!!! 

-peta ke KM Chalet-

hari pertama-13 April 2013
hari pertama sampai di Melaka, terus check in di KM Chalet.. 

hari tu homestay penuh,so kami duduk di chalet hawa dingin. satu malam RM100 untuk 1 bilik.
aktiviti wajib lepas masuk bilik,tukar baju dan berlari ke pantai..yeeayy!! **happy**

 
hana main pasir..yeaayy!!

bergosip sambil berpayung di tepi pantai..haha
aktiviti kecintaannn..tanam adik dalam pasir..hehehe
hasilnyaaa
tadaaaa

duyung jantan bertangan terdampar di persisiran pantai..
agak terseksa ye gaya nya...hahaha
 *sekadar hiburan*

lepas puas bermandi manda, malamnya kami makan ikan bakar 

di Kompleks Ikan Bakar Terapung.

hari kedua-14 April 2013
hari kedua lepas check out, kami jalan-jalan di Bandar Hilir..

benda wajib beli bila singgah melaka :)
melawat A Famosa & Istana Kesultanan Melaka

hasil tangkapan yang berjaya di bawa pulang :)

sekian,percutian bersama keluarga..
walaupun sekadar pergi Melaka,kami sekeluarga tetap seronok & bahagia..hehe
pergi lah melancong bersama keluarga tersayang jika mempunyai masa terluang..
 cuti-cuti Malaysia (n_n)
jika nak bercuti di KM Chalet boleh kunjungi:
http://www.kmchalet.com
No. Telefon/fax : 06-3878033
No. HP : 012-6544639
Email : kmchalets@yahoo.com/ 
lyngarlz@yahoo.com


tq :)

Monday, March 4, 2013

terima kasih Hidayah



hari ini hari sedih.
entri ini khas untuk Nur Hidayah Bt Ismail.
ikhlas dari kak efa.

**sila baca dengan penuh perasaan okey**


 "Hai kawan-kawan! comel tak saya?" Hihi


Oct 2012.
hari pertama dayah start practical di Al-nile travel untuk 5 bulan. awal-awal dulu rasa lama nya budak nie practical. tapi hari nie 4 Mac 2013 merupakan hari terakhir dayah di sini.  sekejap nya rasa.

banyak kenangan kita bersama kan dayah kan..macam-macam ada (*_^)
akak nak ucapkan banyak-banyak terima kasih sayang yang tak terhingga buat dayah atas bantuan, kerajinan dan kesopanan yang dayah tunjukkan selama practical di Al-nile travel selama nie :)

akak minta maaf dari hati andai ada terkasar bahasa, termarah, tersalah kata atau terlebih terkurang.
maaf andai akak tak cukup ajar dayah. akak harap dayah dapat ilmu yang berguna sepanjang bersama akak di Al-nile nie ye.. practice make perfect! dayah dah terer buat booking..mahir guna abacus dah kan :)

Selamat maju jaya untuk dayah. akak doakan dayah berjaya dunia akhirat. semoga tercapai segala impian. semoga cepat kaya. eh? (^_^)  selamat bertungkus lumus, mengerah tenaga,memerah otak untuk menyiapkan report practical ok..akak dah lalui itu semua..*berlagak* haha


Budak rajin.. 

terima kasih tolong buat hamper nie..akak tengok je,dayah yg buat..hehehe :D
 dan terima kasih juga sebab selalu ingatkan akak tentang solat.
benda yg paling akak suka..bila dayah selalu tegur:
"akak,pergi solat dulu"
terima kasih adik ku :)



hasil air tangan hidayah :))

ingat tak?
minggu lepas dayah ada cakap kat akak, "syarikat kawan dayah practical buat majlis untuk raikan kawan dayah habis practical..bestnya" akak senyum je..akak tau,dayah pun nak kan :)

kalau dayah nak tau, dari awal tahun hari tu lagi akak dah plan macam-macam untuk dayah tau. memang akak dah niat dari awal nak buat majlis meraikan dayah,tanda terima kasih dan ingatan dari akak. kalau tak percaya, tanya en.yus.. dia pun siap nak join akak punya plan tu tau. tapi sekarang dia busy pulak kan..huhu
FAREWELL FOR HIDAYAH! ^^
&
BIRTHDAY PARTY FOR ANUAR! ^^






walaupun tak seberapa, akak harap dayah happy.. sebab akak happy kenal dayah :)
terima kasih juga buat kak Hasanah yg sama-sama membantu bagi menjayakan majlis ini..hehehe

dan terima lah perberian ikhlas dari akak nie sebagai tanda ingatan dan kenang-kenangan. 
kalau rindu akak, peluk laa teddy bear nie ye..hehehe 


selamat maju jaya Hidayah sayang ^^
semoga berjaya di dunia & akhirat
(^__^)
 


p/s: Jika ada sesiapa yang berminat nak praktikal di travel agensi sekitar putrajaya, pengkhususan dalam bidang ticketing, boleh hantar email permohonan ke alnile_putrajaya@yahoo.com :)




sekian, terima kasih :)
 

TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog