Photobucket Photobucket Photobucket

Monday, December 31, 2012

Senarai smartphone dan cara untuk rebat RM200


 bermula 1 Januari 2013, para belia boleh bergumbira ber-riang ria bersama telefon baru..hikhik
ingatkah anda pada janji PM nak bagi RM200 kepada para belia untuk membeli smartphone! dan ianya haruss laa mempunyai syarat.. dan syarat-syarat nya:

  1. anda mestilah warganegara Malaysia berumur dari 21 hingga 30 tahun.
  2. berpendapatan kasar bulanan RM3000 dan ke bawah
  3. Model telefon pintar 3G yang di tawarkan dengan harga maksimum RM500
  4. hanya satu telefon pintar untuk seorang

cara untuk mendapatkan nya,  boleh dibuat dengan mendaftar secara dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/ bermula dari 1 Januari 2013. Skim ini dibuka kepada 1.5 juta belia yang layak atas dasar ‘siapa cepat dia dapat’ sementara stok masih ada.
so, semoga kita menjadi antara belia yang bertuah itu..hihihi



sekian, terima kasih ^^

Tuesday, November 20, 2012

[PAKEJ] TRIP KE PETROSAINS, MUZIUM DAN KILANG COKLAT BERYL'S

 
Syukur Alhamdulillah..pada 8 Nov yang lepas, 
telah selamat dengan jayanya Trip lawatan sehari ke 
Petrosains, Muzium Negara dan Kilang Coklat Beryl's.
bilangan rombongan seramai 120 murid dan 10 guru dari
Sekolah Kebangsaan Presint 11 (1) Putrajaya.
ini adalah trip kedua dari sekolah yang sama selepas Trip ke Melaka  pada 30 Oct lalu.
selaku Tour Leader untuk rombongan ini ^^


rombongan 3 bas :)
 

tempat lawatan pertama adalah ke Muzium Negara...
di sebabkan agak lewat mulakan perjalanan hari tu,
 so segala perangcangan masa terpaksa di percepatkan..huhu
agak berkejar-kejar juga..
tapi Alhamdulillah segala yang di rancang berjalan dengan lancar.. :)

  
klik gambar untuk lihat lebih jelas ^^

bersama pelajar di muzium.. sejujurnya group kali ini paling best..hehe
cikgu dan murid-murid semua sangat sporting ^_^
seterusnya lawatan ke Petrosains, KLCC.

klik gambar untuk lihat lebih jelas ^^  

tempat lawatan terakhir adalah ke
Kilang Coklat Beryl's yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.
ini adalah tempat paling best bagi orang yang gila coklat macam efa..hihihi
memang borong habisss... ^^
selain membuat lawatan tentang cara membuat coklat,
 di kilang tersebut juga kita boleh beli coklat dengan harga kilang..murah-murah ^^

 klik gambar untuk lihat lebih jelas ^^ 


antara coklat yang sempat di borong..hehe

 
hadiah Lucky Draw untuk murid-murid dan guru-guru ^^

di kesempatan ini, efa ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan trip kali ini.
tanpa sokongan anda, siapa lah saya..cewahh...hihihi
millions thanks to En. Ghani, En. Wan, Cik Hidayah (pelajar praktikal) kerana sama-sama membantu dalam trip ini. semoga kita dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang..hehe
tak lupa juga buat Kak Yam dari sekolah presint 11 (1)
 yang sangat baik hati kerana memilih kami :)


segala yang baik itu datang dari Allah,
dan yang kurang dari diri saya sendiri..
maaf andai ada yang terkurang sepanjang trip tersebut..
^^


akhir kata, rindu pulak kat budak nie..hihi
adik yg tunjuk peace tu ntah ape name die..lupa..hehe
sangat keletah, selalu inter frame dalam gambar..banyak betul gambar dia..
banyak tanya..suka gelak-gelak..dan sebelum balik tu dia masih tanya..
"nama akak ape ye?lupa laa.. Timah ke?"
erkk...rasa nak gigit je budak nie..hahaha


^^ TERIMA KASIH ^^
dari:

^^


Wednesday, November 7, 2012

[PROMOSI] PAKEJ UMRAH 2013

 
promosi pakej umrah 2013


 klik gambar untuk lihat lebih jelas =)


untuk maklumat lanjut berkenaan pakej umrah,
boleh hubungi:
AL-NILE TOUR & TRAVEL
No. 15, Tingkat 1, Jalan Shahab 3,
Shahab Perdana, Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05350 Alor Setar, Kedah

Tel: 04-7334023 / 4024
Faks: 04-7327528

atau cawangan Putrajaya:

No. 55 C, Jalan Diplomatik Enclave, 
Precint 15, 62050 Putrajaya

Tel: 03-8890 5368
Faks: 03-8890 5318

untuk maklumat lanjut, boleh lihat di:

 http://alniletourtravel.blogspot.com/


terima kasih 
^_^






Thursday, November 1, 2012

Malacca Day Trip



Di mulakan dengan Bismillah....
semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini..aminnn :)

Syukur Alhamdulillah, semalam 30 Oct 2012 telah selamat dengan jayanya trip sehari ke Melaka yang efa uruskan dari A sampai Z..hehe persediaan tak sampai sebulan.. akhirnya first trip, first group yang efa uruskan ini telah selamat dengan jayanya..nama pun first, baru nak belajar.. overall tak berapa puas hati~ banyak lagi yang perlu di tingkatkan dari segi mutu gaya dan keunggulan, ehh? bila dah habis mula lah fikir kenapa masa trip tu tak buat macam nie, macam tu..menyesal tiada guna =_= it's okay dear. forget it. belajar dari pengalaman.

Malacca Day Trip~ 
Jutaan, ribuan, dan ratusan terima kasih kepada guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Presint 11 (1) Putrajaya kerana menggunakan perkhidmatan kami untuk trip ini..terima kasih daun keladi, tahun depan join lagi ye :)


3 bas untuk 120 pelajar dan 10 guru bagi perjalanan sehari ke Melaka, termasuk 1 van escort trip nie..hehe seronok bawa budak-budak sekolah walaupunnn kadang-kadang pening kepala nak handle ramai-ramai..hehe tapi adik-adik sek keb presint 11 semua baik, aktif, rockss, dan comel :)

seawal jam 8 pagi kami bergerak dari putrajaya dan berhenti di R&R Ayer Keroh untuk sarapan pagi.. air dan mee hoon di sediakan. Makan tengahari pula nasi ayam dan air, petang roti dan air.
 adik-adik beratur untuk dapatkan makanan :)

selepas breakfast, kami terus kan perjalanan ke bandar melaka, tempat wajib pergi adalah A'Famosa... :)


bersama pelajar darjah 6..nampak macam sebaya kannn..hihi ^_^

dan antara aktiviti dan tempat-tempat menarik yang di lawati sepanjang trip ini...





terima kasih cikgu! ^__^

Saya dengan rasa rendah diri, menyusun 10 jari mohon maaf andainya ada yg terkurang atau tersalah laku sepanjang trip nie.. (harap2 cikgu baca ayat nie) =_=

Last but not least, millions thanks to En. Abd Ghani  dan juga en. wan atas kerjasama baik yg diberikan :)
seronok sebenarnya handle group! first time bawak group ramai macam nie..banyak benda baru dan pengalaman berharga yang efa dapat sepanjang trip nie. Especially nasihat2 dan ilmu berharga yg dicurahkan oleh En. Abd Ghani..tqq :)   

next  trip ke Kilang Coklat & Petrosains pulak..
welcome November!!  please be nice to me ya! ^_^

oh ye, jika nak pakej-pakej yang murah dan terbaik, boleh lah hubungi efa ye... :)




thanks sudi baca ^^

Thursday, October 11, 2012

Promosi Pad Herba: FC Bio Sanitary Pad ♥



Salam sejahtera, salam 1 Malaysia..
hai hai..wanita cantik gadis gadis jelita seluruh dunia...hehe
ini ada berita baik buat anda semua yang mementingkan kesihatan diri :)

efa nak berkongsi tentang kebaikan dari product Avail Beauty iaitu 
Pad Herba: FC Bio Sanitary Pad.
penjagaan semasa menggunakan pad adalah sangat penting bagi setiap wanita. 


Pad ini di perbuat daripada ramuan herba semulajadi. Kualiti FC Bio Sanitary Pad memang terjamin! Ia diperbuat daripada bahan mentah yang berkualiti dan selamat, tidak mengandungi agen fluoresen, agen peluntur berklorin, Dioksin atau bahan-bahan lain yang merbahaya. Ia adalah rakan sebaya para wanita yang meneman anda melalui sepanjang masa keemasan anda. FC Bio Sanitary Pad pastinya pilihan utama para wanita yang mengejar kesihatan dan kesejahteraan!

Fungsi dan Kelebihannya

Mencegah senggugut Mengawalatur kitaran haid

Mencegah buasir Membuangkan angin perut

Menghilangkan bau Membuang darah beku di rahim

Mencegah keradangan dan membasmi kuman Mencegah keradangan dan membasmi kuman

Menghilangkan kepanasan dan menguatkan rahim


untuk maklumat lanjut boleh kunjungi facebook: 

atau boleh hubung:
Mr Syadid 013-9381006.
 sekian, terima kasih
^^

Tuesday, September 25, 2012

Austin Steak House, Bandar Baru Bangi

 


hye..hye..hello hello....selamat menjamu selera :)
anda akan di jamu dengan hidangan gambar makanan yang menarik lagi lazat dalam entry nie..
untuk cuci mata anda semua... mempersembahhhh kannnn....hehehe

17 sep 2012. 8.30 pm
kami sekeluarga dinner di 
Austin Steak House yang terletak di seksyen 7 Bandar Baru Bangi.
hari tu merupakan my mom's birthday... so, kira meraikan laa..hehe lagi best dinner nie di sponsor oleh seorang jutawan...hihihi thanksss Kak Aisha sebab belanja kitorang semua :) *hug*

minggu lepas busy giler sampai tak sempat nak update cerita nie..harap masih belum terlambat..hehehe

Kitorang 1st time makan kat Austin Steak nie.. not bad laa.. deco dalam tu cantik.. motif pekan koboi sgt.. sampai kat lampu pun ada topi koboi..sweet je..hihi  
restaurant nie pernah masuk rancangan Jalan Jalan Cari Makan TV3..

malam tu masa tengah tunggu order, tiba-tiba je blackout... owwhhh...potong stimmm betul...
dalam masa 30 saat tiba-tiba ada sorang staff datang bawak kek bernyala lilin... owwhh...rupanya ada surprise untuk group chinese meja sebelah kitorang.. celebrate birthday... ingatkan nak bawak untuk my mom..hehehe kebetulan sama pulak..tapi kitorang awal-awal dah potong kek kat rumah...hihihi *__*


antara makanan yang di oder..




 Chicken Golden Blue RM 10.90..
rasanya ini yang paling best sebab dalam ayam tuu ada cheese :)


MENU & HARGA






sekian, terima kasih.. 
^__^


TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog