Photobucket Photobucket Photobucket

Thursday, December 30, 2010

Jahatnya Kamu..

entri ini khas untuk seseorang...

Jahatnya kamu..

Aku sudah serik bercinta
Kerna asyik berakhir dengan kecewa
Tapi sejak hadirnya dia
Semua sistem kawalan kini terdedah

Kepala kata jangan gelojoh (no)
Hati pula kata pergi (go baby go)
Benarkah cinta itu buta
Kerna tak nampak apa selain dia

Aku aku
Bagaikan sudah terkena mantera cinta
Dari manakah kau datang menyerang
Diriku diriku
Yang disangka kebal
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Engkau engkau
Penyebab diriku terigau-igau
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu
Ku mahu ku mahu denganmu selalu

Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Apa agaknya sudah jadi
Pada ingkar untuk tak bercinta lagi
Walaupun belum bersedia
Tapi hatiku mendesak dan menggesa

Jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Tuesday, December 28, 2010

kenangan pertama bercinta seminggu..!!


kisah nie dah lama efa simpan sendiri..hehehe tiba-tiba rasa nak luahkan kat sini..buat pengajaran la pada
siapa-siapa yg rasa berguna tu ye..hehehe kejadian berlaku sekitar tahun 2006..efa baru habis SPM...masa kat sekolah dulu efa tak pernah bercinta taw..sebab ayah marah+takde orang nak kot..hahaha lagi satu sebab yg paling kukuh adalah dulu masa kat sekolah menengah,efa ada minat gila-gila kat sorang mamat nie..sampai tak pandang lelaki lain..memang gila laa..mamat tu memang handsome gila..dulu laa..sekarang dah tak..haha malu nye.dah besar nie,bila ingat balik, rasa nak tampar je muka sendiri..hehe
korang ada??hihihi 

okay,lepas SPM..efa ada kerja sekejap..kat hospital Serdang...ada laa sorang mamat nie nak berkenalan dengan efa..efa tak pernah bercinta pun sebelum tu..so,memang excited gila laa bila ada orang ajak couple..haha efa tak berminat pun kat lelaki tu sebenarnya..efa baru 17thn dan dia 26thn masa tu..tapi bila dia asyik bagi ayat-ayat sedih..dia cakap takda orang nak kat dia laa..bla..bla..bla.. dan dia sungguh-sungguh tunjuk yg dia berminat kt efa..lama-lama terbukak pulak hati nie..hehe muka dia selebet je..tapi tak kisah,asal hati baik.. okay,bila efa dah terima dia dan dalam seminggu kitorang couple,pada satu malam tu,dia call efa dan pesan "kalau ada orang tanya efa ada apa-apa hubungan dengan dia,jawab kawan je."lepas tu dia terus letak telefon..pelik juga..seminit lepas tu ada sorang wanita call efa.."awak ada apa-apa hubungan dengan **** ke?" efa pun dengan lurusnya jawab "takda..kami kawan  je.awak siapa?" wanita tu jawab. "saya kawan dia..kalau awak ada hubungan dengan dia,cakap je..kita perempuan sama perempuan..awak cerita je semua nya" lagi bertambah pelik..efa tak tahu cerita pun..dan dengan senang hati efa pun jawab "ya,kami bercinta" lepas tu perbualan kami pun tamat..hehehe

efa cuba hubungi lelaki tu tapi tak dapat..keesokan harinya efa dapat tahu dari kawan lelaki tu yg wanita tersebut adalah TUNANG beliau...dan mereka dah nak kahwin rupanya..mekasih laa buat saya macam nie..huahahahaa.... gud bye laaa..!! baru pertama kali bercinta dah kena tipu..dengan tunang orang pulak tu... isshh..isshh..isshh...nasib badan...aku benci kau!! urmm...yg paling kesian,mereka putus tunang dan lelaki tu betul-betul kecewa..bawak kereta laju-laju sampai excident..beberapa bulan lepas tu abang lelaki tersebut hubungi efa dan suruh efa terima balik cinta palsu si lelaki itu...oohh NO..walau seminggu je, terima kasih sebab tipu saya..dan nasib baik seminggu..kalau setahun??haha jaga-jaga aaa...

sekian,

Apalaa nak jadi....


Zaman dah berubah...Dunia dah maju..
tahun 2010 pun dah nak habis..tapi...
ish3..apaa nak jadi laaa ngn aku nie..huahaha..
tak tau nak nangis ke nak gelak nie...hehehuhuwuwuwu
tahun nie banyak betul perkara pahit manis yg berlaku dalam hidup ku..
urmm...setiap yg berlaku pasti ada hikmah nya..
aku redha dengan semua ketentuan-Nya..
walaupun tak semua impian dan kemahuan jadi kenyataan,
hidup harus di teruskan..
pengalaman pahit di jadikan iktibar
dan biar lah segala kenangan manis terus terpahat
dan kekal abadi selamanya..
"YA ALLAH, kuatkan lah hatiku dalam menempuh
segala dugaan-Mu dan jauhilah aku dari perkara yg tidak baik"
aminnn...

boleh tak kalau saya nak hidup bahagia je selamanya??
bestnya kalau boleh...hehehehe..
apa pun yg terjadi, berjalan lah tanpa henti..


*MOTIF: penguat semangat diriku dan dirimu...lalalala~

Sunday, December 26, 2010

500 BLOG!


Pencarian 500 blog ini bermula jam 2 petang pada 26/12/2010 sehingga 2 petang 27/10/2010.
ini adalah segmen terbaru dari en.Ben.
Tujuan pengumpulan blog ini adalah untuk membuat satu pertandingan ringkas mencari harta karun di dalam blog blog yang berminat ..
okay,untuk menyenaraikan dalam 500 blog,
 kena buat entri serba sedikit mengenai diri dan tujuan jadi blogger..

"my name is Khan...ehh silap...nama saya EFA NUR...hehe masih lagi menuntut di IPTA.. mengambil jurusan pengurusan pelancongan.. saya sangat suka melancong..tapi kena habis kan belajar dulu..hehe berumur 22tahun.. dan peminat tegar segala harta benda termasuk harta karun berwarna PINK...!!hehe
tujuan jadi blogger, adalah untuk melakarkan segala memori dan berkongsi maklumat bersama rakan0rakan blogger yang sudi..dan ingin membangunkan blog indah yg berkonsep kan dunia Pelancongan suatu hari nanti..(masih lagi menimba ilmu)-insyaAllah.."

sekian,mekasih...



Wednesday, December 22, 2010

Rumitnya memahami hati nurani seorang wanita...


Lawak untuk hilang kan stress sekejap..... hehehehe
hahahhaha...kelakau....
Sabau ajer la jadik suami yekkk!!

 
> > Laki talipon,
> > Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
> > Bini jawab,
> > Tak mau bang, bini awak diet...
> > Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa...
> > Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot
> > Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....
> > Bila laki query balik,
> > Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....
> > Bini jawab,
> > Memangla orang kata tak mau apa-apa...
> > Tapi belikan jerla apa-apa....
> > Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....
> > Eh, bini aku ni... Yang mana satu nih?
> > -----------------------------------------------------------------
> > Laki talipon bini,
> > Petang ni awak nak masak apa Yang?
> > Bini jawab,
> > Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!
> > Balik keja ni Abang makan siap-siaplah
> > Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak
> > Tibai nasik beriyani kari kambeng baekk punya.
> > Sampai umah, sendawa bau kambeng...
> > Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
> > Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
> > Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!
> > Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
> > Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
> > Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
> > Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?
> > ----------------------------------------------------------------
> > Abang ni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
> > Bini abang penat tau nak kemas umah semedang
> > Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke...
> > Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih
> > Si laki punyala seronok weeiii....
> > Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...
> > Bila dah siap, kuar bilik...
> > Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
> > Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?
> > ----------------------------------------------------------------
> > Bang, ujung minggu ni balik kampung nak?
> > Abang keja lah yang....
> > Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,
> > Pastu abang balik la KL balik
> > Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,
> > Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.
> > Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.
> > Abang bila nak balik ambik kitorang bang?
> > ----------------------------------------------------------------
> > Abang ni asyik tengok tv jer dari semalam tau
> > Abang tak kesian bini abang ker...
> > Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer
> > Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...
> > Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain
> > Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir
plak..
> > Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
> > Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
> > Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
> > kenapa spender ni awak lipat tiga?
> > kenapa? kenapa? kenapa?
> > ---------------------------------------------------------------
> > Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
> > bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....
> > Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya
> > Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu...
> > pakaikan jerlah baju mana-mana pon...
> > bukan ada org nk tengok ponnn...
> > Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....
> > Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
> > Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?
> > kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...
> > ----------------------------------------------------------
> > Kesian lelaki... otak lurus sgt... xleh bengkang bengkok sket.
(sekadar gurauan ye)
HAHAHAHAHA...!!!!

Monday, December 20, 2010

Buat teman...


Teman,
dimanakah sebaik-baik tempat untuk berkeluh kesah ????
Ditengah menangung beban yang begitu berat ????
Disaat Hibanya hati yang begitu mendalam dek penyesalan
Datanglah hanya kepada ALLAH,
 mengadulah, menangislah dan mohonlah kebaikan
 dan kebahagiaan hanya kepada ALLAH
 maka pertolongan, kemenangan dan kebahagiaan
 ALLAH pasti akan berikan kepada kita...
 Kerana Sebaik-baik pengharapan hanyalah pada-NYA...



Sunday, December 19, 2010

Mari Berdoa...

Ya Allah, limpahkan kebahagiaan bagi saudara kami yang membaca doa ini. Wujudkanlah impiannya. Jadikanlah keluarganya tenteram dan penuh kasih sayang. anugerahkanlah rezeki yang penuh berkah sehingga mampu menolong sesama. Hindarkanlah dari segala bahaya dan bencana sentiasa dapat berkumpul bersama keluarga dengan kebahagiaan.
Amin ya robbal alamin.

Apa yang kita kejar?


jom kita hayati kisah ini...

Seorang raja berhajat menghadiahkan sesuatu kepada salah seorang pengawalnya. Lalu dia dipanggil menghadap ke istana. “paculah kuda kamu sejauh mana yg mampu. Sejauh mana kamu pergi, selebar itulah tanah yg akan kamu miliki” titah raja.


Pengawal tersenyum girang mendengar tawarn itu. Hatinya mula berbisik, “lagi jauh perjalananku,lebih luaslah tanah yg akan aku peroleh”


Tanpa berfikir panjang, pengawal itu pun melompat ke belakang kudanya. Dia memecut laju.. dan laju bagaikan derasnya tiupan angin. Hajatnya mahu sampai sejauh mungkin agar keluasan tanah yg diperoleh lebih banyak. Apabila kudanya penat, di belasahnya binatang itu agar terus memecut.


Lapar, dahaga dan letih langsung tidak di hiraukan. Dia tidak mahu berhenti rehat walau sesaat kerana perasaan tamaknya berkata. “kalau berhenti bererti rugi”


Bagaimanapun kerana terlalu penat, kuda kesayangannya terjelepok jatuh lalu pengsan. Pengawal itu jatuh tersepuk ke bumi. Badannya terlalu lemah dan langsung tidak berdaya untuk bangun. Digagahi juga, kerana keinginan untuk menambah keluasan tanah mengatasi segalanya.


Akhirnya di situ juga dia jatuh sakit dan terlantar keseorangan. Tanah luas yg beratus-ratus hektar yg menjadi miliknya tidak membawa apa-apa erti.


“kenapa aku terlalu tamak?” tanyanya yg ketika itu tersandar pada pangkal sebatang pokok. “sekarang ajal aku semakin hamper. Apakah aku masih perlukan tanah seluas ini? Padahal yg aku perlukan Cuma sedikit untuk mengambus jenazahku" rungut pengawal itu kesal. kekesalannya bagaimanapun sudah terlambat.

apa yg dialami pengawal itu adalah sama dengan perjalanan hidup kita. setiap hari kita paksa diri mencari duit sebanyak mungkin. kita berusaha mendapatkan kuasa dan meraih pengiktirafan. kita abaikan kesihatan, abaikan masa bersama keluarga. kita langsung tidak menghargai keindahan alam ciptaan Yang Maha Agung dan sering lupa pada tanggungjawab sebagai hamba Allah.
percayalah...suatu hari nanti, kita akan tersedar daripada lena. ketika itu barulah kita tahu bahawa perjalanan kita sudah terlalu jauh tersasar daripada landasannya.

sayangnya, ketika kita sedar ia sudah terlalu lambat. kita tidak mampu memutar jarum jam ke belakang. kita juga tidak punya kekuatan untuk mengutip semula apa yg tercicir. ingatlah, kehidupan ini bukan untuk  mengejar kekayaan semata-mata ataupun bermati-matian mendapatkan kuasa ataupun bertungkus lumus mendapatkan pengiktirafan.

kehidupan ini juga tentu sekali bukan untuk kita menempa kekayaan sahaja. seharusnya kita bekerja agar kita terus hidup untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan ini. A;langkah baiknya jika kehidupan ini di seimbangkan antara bekerja dan bergembira. Barulah kita dapat membahagikan masa antara keluarga dan diri sendiri. orang lain tidak boleh membuat pilihan atau menentukan kehidupan kita. Hanya kita yg mampu mengenal pasti apa yg utama. Gembira adalah makna sebenar sebuah kehidupan. Bukankah itu impian semua manusia? :)

Jadi, rancang lah apa yg hendak kita buat dan nikmatilah keindahan alam semesta. Kehidupan ini terlalu rapuh dan singkat. Kesederhanaan itulah kehidupan yg menyeronokkan..


Tuesday, December 14, 2010

0oowhh..owhhh...


andai dapat ku undurkan putaran dunia,
ingin ku ubah semula kata-kata dan tingkah laku ku,
agar segalanya menjadi sempurna..
tapi ku sedar, semua itu tidak akan berlaku,
walau apa pun yg terjadi, aku tetap aku,
eehh..apa yg aku mengarut nie...
maaf, walau apa pun yg terjadi, berjalan  lah tanpa henti..
okay, mood malam nie nak berjalan di blog rakan-rakan..hehe



N0TA HATi : terima kasih kepada semua yg dah vote blog efa untuk Blog Baru Pilihan, dan kepada yg belum undi, j0m undi Blog Efa Nur untuk BBPM  Pilihan 1-NO.8 kat link sini ye...mekaSssiihh..!! :)

Monday, December 13, 2010

Jom Undi NO.8 (Blog Baru Pilihan 2010)

(sticky post:entri terbaru di bawah ya.tQ)

efa nak buat jualan langsung nie..
MLM= Meh Lah Mengundi No.8....!!!hehehe
kepada semua rakan-rakan blog efa nur...J0ooomm.....
 Undi NO.8 untuk Blog Baru Pilihan 2010
PILIHAN 1-NO.8

Cara Undian!!

Oppss.. anda belum boleh undi lagi. entri ini akan terangkan bagaimana cara untuk undian kategori blog baru (2010) pilihan.

Cara-cara nya adalah:

  • Undian peringkat pertama - semua kumpulan akan dibuka serentak untuk undian peringkat ini. 5 blog bagi setiap kumpulan yang mendapat undian tertinggi akan layak ke undian peringkat kedua..
  • Undian peringkat kedua - 50 blog (5 blog dari 10 kumpulan = 50) akan dihimpunkan untuk diundi. pemenang gelaran blog baru (2010) pilihan akan diumumkan dalam bentuk top 5. harap anda setuju..
  • update : keputusan undian peringkat kedua akan diumumkan dalam bentuk top 10, sempena tahun 2010..
  • Senarai undian nanti akan dikeluarkan dalam bentuk nombor blog anda seperti dalam senarai, bukannya nama blog anda..
  • update : gadjet poll akan digunakan, anda hanya undi nombor blog pilihan anda.. tidak perlu tulis nombor blog pilihan di ruangan komen nanti..
sumber dari: Blog Pilihan Malaysia

hehehe...undi NO.8 taw bila undian dah bukak nanti...hihihi
terima kasih yaa..kerjasama anda amat di hargai..
(sebutir beras ibarat setitik peluh petani)
sebegitu lah undian anda amat efa hargai..mekassSssiihhh....:))

Sunday, December 12, 2010

Senyum seindah suria...




Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

 
 

Friday, December 10, 2010

AlamAnda AlamKita....:)


mari membaca.."membaca amalan kita"

okay, sebenarnya efa tak tau nak letak tajuk apa..hehehe.. cume nak cerita, petang tadi pergi alamanda kejap..bawak cik adek nak bayar bil brokben beliau..huhu sambil menyelam minum air..
so, layaaann jelaa ye...hehe


*Caakkk...!!hehe...tgk tu, buku pun harussSss piNk..hihi*



lepas tu jalan-jalan, nampak benda nie...mcm best kalau begambar..heee


hahh...kan dah ter'bergambar kat sini..hee kat tengah2 alamanda..teehee

0oopsst.....harussSs ke letak gambar nie..??hehe
PiLihan P0pular....!!ngee....

psst:UNDI NO.8 taw..untuk
Blog Baru Pilihan 2010
(cara undian di SINI ya..tapi minggu depan baru boleh undi k.)
undi no.8..undi no.8..undi no.8...undi no.8 undi no.8..undi no.8..undi no.8...undi no.8

Thursday, December 9, 2010

Tersenarai dalam blog baru (2010) Pilihan


 Alhamdulillah,blog EFA NUR tersenarai dalam
NO-8 EFA NUR

Cara pengundian akan diberitahu kelak,
walaupun baru tersenarai tapi dah rasa excited nie..hahahampeh..!!hehe

sekian untuk waktu ini..
terima kasih..hihihi


6 perkara sentiasa "TIP-TOP"




1) makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran

2) lebihkan  karbohidrat kompleks seperti bijirin

3) kurangkan makanan berlemak, tinggi gula dalam diet

4) kurangkan pengambilan lemak tepu daripada lemak haiwan

5) lakukan aktiviti fizikal atau senaman sekurang-kurangnya 3 hingga 4 kali seminggu, pada kadar 30 hingga 40 minit

6) menjalankan aktiviti yang banyak pergerakan


"TIP-TOP"


PEMENANG contest "sertai&menang"


sebelum tu efa nak ucapkan terima kasih kepada semua yg sudi join contest pertama anjuran blog efa..kepada yg tak menang, jangan bersedih ye..anda semua adalah yg terbaik..
boleh cuba lagi tahun depan..hehe
dengan ini efa ingin mengumum kan 2 orang pemenang yg memenangi
2 ticket themepark Genting Highland untuk seorang


TAHNIAH kpd PEMENANG
+
+
+
+
+

1) Slogan Terbaik (pilihan juri)
(2ticket themepark GH)


2) Undian Tertinggi
(2ticket themepark GH)


*buat Cute Mum & Cik Gebu, sila inbox contact number di
 FB EFA NUR ya.
...terima kasih kepada semua..:)


pesanan penaja: keputusan adalah muktamad..tQ....

Jangan.....


 
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini Allah tidak suka.Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nantirezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumahtanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuatdosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf padaibu bapa dan sesama manusiakalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakantaulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAHdalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.Sedekah itu memanjangkan umurdan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa.Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalahciri-ciri munafik danmenghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniayacepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaikuntuk hamba ciptaanNya.


Wednesday, December 8, 2010

EFA MENCARI PEMENANG...!!

(sticky Mode:entri terbaru di bawah ya) 
MILIK SIAPA..???
2 TICKET
OUTDOOR GAME
THEME PARK GENTING HIGHLAND
(berharga RM88)
 
  firstly,Efa nak ucapkan ribuan terima kasih di atas jasa baik tuan puan, cik adik cik abang..hehe mekasih sudi memeriahkan majlis..sambutan yg amat baik dari kalian..heee :) efa akan umumkan pemenang dalam masa terdekat..harap bersabar ya..untuk pengetahuan, pemenang akan dipilih berdasarkan slogan terbaik, menarik dan tertarik yg akan di pilih oleh juri.

 JURI adalah wakil dari pihak atasan..(terpaksa di rahsiakan demi keselamatan negara..hehe).efa serahkan pada yg pakar ye..bukan efa yg pilih dan memandangkan follower efa tak mencecah 300 ketika contest ini di tutup, sebelum nie efa ada janji nak bagi lagi 2tiket kalau follower efa dapat capai 300 orang..tapi sayang..lagi 5 je nak sampai 300..hehe so hanya seorang pemenang saja yg akan di pilih ye.. 

berikut adalah senarai peserta yg sudi memeriahkan majlis..
sayang kat korang semua..:)
salah seorang dari kalian akan menjadi pemenang...
agak-agak siapa ye??hehe..tungguuu....


1. Atok                          21. Cik Belang                41. AuraJariNora
2. Res                            22. chilloutcontest         42. Nini
3. Enna                           23. Sarah                       43. Dila
4. Peni Anani               24. Najwa Hazwani     44. LyNn'Azlina
5. Kax                            25. Ainaa                      45. Ms & Mr Red Ribbon
6. Cik Gebu                    26. Miera                      46. Adam Hafis
7. Cute Mom                  27. Fara                        47. Ujee
8. MJ-Myra                    28. HananChubby       48. Mamaaerishtwo
9. Shazli & Saadah     29. Nadiyah                    49. Cik Najwa
10.Fakhrur Razi            30. Srikandi Mie          50. Farahfairytale
11.Arnie                          31. Ajie                           51. Iliwoot
12.Syira                          32. Cik Cahya                52Haszuraidah Ishak
13.Mis Twit                    33. MakBed                     
14.Izyan                         34. MamaTisya
15.Kak Ngah                 35. Lulu Caldina
16.Ezzat                         36. Maryam Zainal
17.Nana                         37. Syafiq Rosli
18.BamBam                   38. Shafifi
19.Fariq                         39. Akma Faizal
20.Kehelan                    40. Pelangi


AMARAN PENTING:)

dengan rasa senang hati, efa ingin memberikan 2 lagi tiket kepada seorang pemenang yg mahukan tiket tersebut..tapi kena berusaha sikit la ye..untuk nie pemenang akan di pilih melalui undian..peserta yg mendapat undian tertinggi akan di kira pemenang..kira akan ada 2 orang pemenang la..
1) peserta yg mempunyai slogan terbaik
 (2 tiket sorang) dipilih oleh JURI
2) peserta yg mendapat undian tertinggi
(2 tiket sorang) dipilih melalui UNDIAN

anda boleh meminta jasa baik rakan blogger anda untuk mengundi slogan terbaik anda..anda boleh berkempen..tapi jgn main rasuah tau..tak baik..hehe setiap orang boleh mengundi 2 peserta, contohnya:
--->>saya vote no 1. Atok dan no. 4 Peni Anani

dan undian di kira hanya di ruang komen entri ini sahaja ya..:)
undian bermula sekarang 3/12/2010 dan berakhir pada  malam 6/12/2010
 (waktu undian mungkin akan berubah, sama ada di cepatkan atau di lambatkan)


terima kasih dan semoga berjaya kepada semua peserta dan pengundi :)



update contest (BB buat hal)


PENGUMUMAN..PENGUMUMAN...!!!!
pengundian untuk contest "sertai dan menang" masih lagi di buka dan
akan ditutup tepat jam 12malam ini.
kurang dari 1 jam bermula sekarang..
efa nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada yg sudi sertai
dan tidak lupa juga kepada semua yg mengundi..
dan efa akan umumkan pemenang pada pukul 3petang besok ya..
9Dec2010..harap sabar menunggu..:)

psstt: agaknya kalau efa buat 2nd contest dan hadiah sama (2ticket theme park)
ada lagi tak yg nak join..??hehehe...


okay..line (BB)broadband buat hal..
malam nie paling comel bb nie bejalan..
macam nie...
c0mel kan..kan...???!!!!
-sila baca dengan amarah-
rasa nak tampar laju-laju jew bb nie..huh

sedih aku..huh

aku rasa aku perlu beli UFO macam nie satu laa..hihihi

xpe..xpe..nak tak nak, aku kena terima sebab,,,,
tanpamu bb, siapa lah aku..cewaahhh..hahaha (alasan)
okay...senyum sokmo....
selamat malam

" BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU "


Selamat Datang Tahun Baru 2011
sempena tahun baru nie, en.Ben Ashaari
bubar dan bina bloglist beliau
kira bubar yg lama, ganti yg baru...
nama pun tahun baru, semua nak baru kan..hehe
 dan dengan berbesar hatinya efa ingin
me'join' kan blog efa pada bloglist 2011 BA
sesiapa yg berminat boleh join kat SINI

dengan ucapan,
SELAMAT TAHUN BARU...
terima kasih...hehe


Facebook Fan Page untuk Blog Efa Nur


yeeaaahh...blog efa dah ada facebook fan page..kihkihkih
kecoh betul..orang lain dh berjuta-juta orang like..
tapi kau baru nak buat ye efa..hehe kesiann..huhu
bila tengok ramai orang buat,nak juga...hee
kalau ada yg sudi nak like sila ye..
amat-amat di alu-alukan..hehe
boleh like kat Blog Efa Nur
atau klik je like kat tepi blog efa tu..senang..hee
kalau ada yg nak tau cara-cara buat fan page facebook,
boleh tengok kat TUTORIAL ini ye..heee :)
dan lagi satu..tweett tweeett....hehe
efa pun ada twitter..tapi yg nie serius tak reti guna lagi..haha
nie twitter @efa_nur

.........heheheheheehe......
terima kasih

TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog