Photobucket Photobucket Photobucket
Showing posts with label PETUA. Show all posts
Showing posts with label PETUA. Show all posts

Saturday, November 19, 2011

Buah-buahan berkhasiat yang di sebut di dalam Al-Qur'an





Kita semua tahu bahawa buah-buahan mempunyai banyak khasiat dan Allah menciptakan pelbagai jenis buah, setiap jenis memiliki rasa dan harum tersendiri meskipun semuanya tumbuh di tanah dan air yang sama. buah-buahan dan sayur-sayuran juga merupakan  sumber-sumber vitamin dan nutrisi  yang banyak.  Allah menciptakan tanaman ini dan memperlihatkannya kepada manusia agar mereka mengambil hikmah dan mensyukuri-Nya. Al-Qur`an menyebutkan begitu banyak jenis buah-buahan, yang akan tersedia bagi orang-orang beriman di dalam surga.

berikut adalah jenis buah-buahan berserta hikmah dan manfaat yang disebutkan di dalam Al-Qur`an


1. PISANG
"Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon-pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya." (al-Waaqi'ah [56]: 28-33)

Pisang, yang kaya dengan vitamin B6, juga buah yang sangat bergizi, terdiri dari air (75%), protein (1.3%) dan lemak (0.6%). setiap buah pisang juga mengandungi karbohidrat dan potassium dalam jumlah yang mencukupi. selain dapat menolong menyembuhkan banyak penyakit, pisang sangat di galakkan untuk menyembuhkan demam, gangguan sistem pencernaan dan kejang-kejang. selain itu, pisang juga menurunkan tekanan darah dan digunakan untuk penyembuhan pelbagai alergi. 

2. ANGGUR
"Lalu dengan air itu, Kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur; di dalam kebun-kebun itu kamu memperoleh buah-buahan yang banyak dan sebagian dari buah-buahan itu kamu makan." (al-Mu`minuun [23]: 19)

anggur boleh menghilangkan rasa penat untuk mereka yang banyak menggunakan kegiatan fizikal dan mental. kandungan besi dan gula di dalam buah anggur yang juga mempergiat produksi darah dan menjadi ubat untuk untuk penderita-penderita liver, ginjal, dan sistem pencernaan. Anggur merangsang berfungsinya ginjal dan membantu mengeluarkan hampas-hampas tubuh seperti urea. Dengan mengeluarkan air yang berlebihan dari tubuh, anggur menurunkan tekanan darah. Anggur juga menguatkan organ jantung, befaedah dalam menyembuhkan bronchitis dan batuk, serta meningkatkan kecantikan kulit kerana anggur membersihkan darah.

3. DELIMA
"Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma. Tanaman-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya yang bermacam-macam itu bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya);dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (al-An'aam [6]: 141)

Delima, seperti yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandungi potassium yang besar nilainya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Delima dapat memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur, mencegah edema, dan mengurangkan kadar gula yang beredar di dalam darah. selain itu, Delima juga boleh menghilangkan rasa letih otot dan membolehkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

4. ZAITUN
"Dialah, Yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebagiannya menjadi minuman dan sebagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembalakan ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanaman-tanaman; zaitun, kurma, anggur, dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan." (an-Nahl [16]: 10-11)

Kandungan asam linoleik yang terdapat dalam buah Zaitun  sangat bermanfaat bagi ibu-ibu yang menyusui anak. Kekurangan asam linoleik boleh mengurangkan pertumbuhan bayi dan memperbesarkan potensi pada timbulnya beberapa penyakit kulit. Organisasi-organisasi kesihatan, termasuk WHO, menganjurkan orang yang menpunyai penyakit diabetes dan arterioclerosis (penebalan saluran urat darah) tinggi supaya mengambil minyak zaitun yang mengandungi paling kurang 30% asam linoleik. Minyak zaitun juga sangat bagus dan berkhasiat untuk di gunakan dalam masakan. 

5. KURMA
"Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebagian tanaman-tanaman itu atas sebagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berpikir." (ar-Ra'd [13]: 4)

buah kurma mengandungi fruktosa dan glukosa yang keduanya berkalori tinggi, dan mudah serta cepat dicerna. Kandungan gulanya menenangkan saraf yang gelisah serta memberikan rasa aman pada jiwa. Selain itu, kurma juga sangat bermanfaat bagi wanita hamil dan ibu-ibu yang menyusui anak untuk meningkatkan kesihatan janin di dalam perut ibu, mencegah ibu dari rasa lemah, dan membanyakkan air susu.  kurma segar juga memberikan manfaat besar kepada otak, dengan kandungan 2.2% protein, juga berisi banyak jenis vitamin A, B1, dan B2.

                             



*sumber dari: 
Buku Keindahan Dalam Kehidupan 
(Harun Yahya)


Tuesday, October 18, 2011

adab menyikat rambut







  1. Rasulullah S.A.W. melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana boleh melemahkan umbi rambut
  2. Hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan menguatkan otot jantung
  3. Elakkan menyikat rambut secara berdiri karana ia akan melemahkan jantung
  4. Orang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang
  5. Makruh menggunakan sikat yang di perbuat daripada perak atau bersadur perak



thanks sudi baca ^^


Monday, August 15, 2011

PETUA NABI



Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh
mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat
badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan
seperti:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari
naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak
mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan
badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi.
Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud
sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari
sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat
kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah
menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg
tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang
berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur
dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu.
di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang
menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam
ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan
maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan
usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime
banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam
air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak
hadam)

Wassalam...


Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikkan insyaallah tuhan akan mengandakan 10 kali kepadanya.


Friday, June 10, 2011

Pengkritik terhebat


 Assalamualaikum
tahukah anda siapa pengkritik terhebat di abad ini?
pengkritik apa?
pengkritik setiap hasil penulisan para blogger
sama ada baik atau buruk kritikan beliau
tapi beliau memang hebat..
nak tau siapa?? 
tengok gambar kat bawah tuu..





klik gambar untuk lihat dengan jelas.

errkk...hehehehe...
sebenarnya efa baru je letak
Top Commentator Cloud Widget
kat bawah blog nie..hehe
dan terlupa nak exclude nama sendiri..
sebab tu jadi pengkritik paling hebat! haha

kepada mereka yg belum ada widget nie kat blog,
jom belajar Cara Pasang Widget nie!

terima kasih banyak-banyak
kepada  MENTOR  Efa Nur!

Tuesday, June 7, 2011

lebih hangat daripada biasa

Assalamualaikum..
selamat pagi... Alhamdulillah, syukur kita masih lagi bernafas dan masih di beri peluang dan ruang untuk menikmati nikmat hidup di dunia ini.. gunakanlah ia dengan sebaik mungkin ya..
"semoga hari ini lebih baik dari semalam dan besok lebih baik dari hari ini"
aminnn...


okey,bye-bye..
efa nak bersiap-siap pergi berperang..
ehh..nak pergi kelas laaa...hehe

Friday, March 18, 2011

mencari kebahagiaan





Teman,
Yakinlah akan pertolongan Allah
bahawa semua cubaan,
ujian & derita di dalam hidup selalu ada kebahagiaan.


                   Dulu dihina >< skrg saat dimuliakan,
dulu dipinggirkan >< skrg dihormati,
 dulu menderita >< skrg bahagia.


 
'Karena sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
bersama kesulitan benar-benar selalu ada kemudahan.'

(QS. al- Insyirah : 5-6)


Thursday, March 3, 2011

Nilai Kesenian



dalam diri manusia itu terdapat perasaan suka pada keindahan.
keindahan itu adalah seni.
Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa
 tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata atau bahasa.

Tujuan Seni: 
i. Seni untuk seni : bertujuan untuk seni sahaja dan orang mencipta seni ini dibebaskan untuk apa-apa tujuan sama ada mengandungi unsur baik atau jahat.
ii. Seni untuk masyarakat : Seni dicipta utnu sesuatu tujuan maka ianya mestilah difahami oleh masyarakat yang digunakan untuk kemasyarakatan, politik dan akhlak.

Seni terbahagi kepada 4 bahagian :
i. Seni melalui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, seni suara dan sebagainya.
ii. Seni yg diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, seni bina, seni pakaian dan sebagainnya.
iii. Seni yg diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama, tablo, teater, filem dan sebagainya.
iv. Seni yg dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yg berbentuk puisi dan prosa.

suka pada keindahan dan seni lukis adalah kesukaan saya !! :)
sekadar berkongsi..kagum dengan bakat dan nilai kesenian yg terdapat pada insan seni ini



lokasi: First World Plaza Genting Highland
artis: tak sempat berkenalan..hehe
model: Pelancong asing...tidak di kenali...haha

bang, lepas nie lukis gambar saya pulak ok! hehe



Presentation Skills


okay, today I would like to present about Training Myths..
the example of myths include....bla bla bla...
hehe..saya nie tak lah hebat sangat dalam presentation..
darah gemuruh beb..walaupun..hahaha
Tips: Presentation Skill (boleh klik kalau nak)
terimakasehhh....

Alhamdulillah..
minggu ke-stress-an dah reda sikit..huhu
dengan assignment, test dan presentation yg melambak..
membuat kan jiwa raga ku bergelora siang dan malam..
 so,minggu nie boleh berhibur sikit..hahaha
oppsst,jangan buat-buat lupa, research saya tak siap lagi..aduuuhhh....
(tekan-an)

gambar nie time group presentation..1st group wehh..
semalam 2.March.2011
For subject Human Resource Management (HTH662)
title: Planning Training Program

Group Members
"WANiTA PERKASA"
dari kiri si tiqah, kimi, maz, fie, saye, dan Fid


semart tak?? hahahaa

"selamat berjuang buat rakan-rakan seperjuangan
semoga berjaya buat kalian semua"

-sekian-

komen tau..!! hahaha
 (mood: gila)

Wednesday, March 2, 2011

Pada Mu ku memohon...



Ya Allah,
berikanlah kesejukan di hati kami,
 menyembuhkan setiap hati yg terluka.
Ubahlah kesedihan menjadi kebahagiaan,
...ubahlah setiap air mata yang
mengalir menjadi karuniaMu dlm hidup kami.

Ya Allah,
limpahkanlah kasih sayangMu
untuk semua orang yg mencintai
kami mahupun yg membenci kami.
 
aminnn

Monday, February 28, 2011

Bila hidup di landa masalah....



Assalamualaikum..
entri ini khas untuk luahan hati ku..
ikhlas dari hati yg ting tong..huhu
dah lama rasa tak update blog..jarang-jarang..
entah di mana hilang nya semangat ku untuk blogging..huhu
semua orang ada masalah sendiri kan?
masalah tu ape ye? makanan ke?hehe
masalah adalah problem..problem adalah masalah..
hah, kan masalah nama nya tu..hehe
yang penting, jangan cari masalah ye...

aku juga insan biasa
 yg bisa di sakiti dan menyakiti
yg bisa di lindungi dan melindungi
yg bisa di cintai dan mencintai

sejujurnya hati ku tak tenang ketika ini
tapi ku yakin, setiap yg berlaku pasti ada hikmah
YA ALLAH hanya pada Mu ku berserah
ku bersyukur di atas segala Nikmat kurniaan Mu

walaupun kita ada masalah
jangan tunjuk kat orang
tak perlu kata apa-apa
SENYUM


Tuesday, February 22, 2011

adat berkasih....





"berkawan biar seRibu
berkasih biar empat
setia pada yang satu
yang lain jadi kan spare-part"




keh keh keh keh....
jangan maraaa yeee...
sekadar hiburan jew...hihihi

-bye-bye-

:)


Sunday, February 13, 2011

Kekasih Vs Sahabat


 
" Sesekali jadilah KAWAN yg mendengar dari yg hanya bercerita, ambil lah masa untuk memahami hati & Perasaan KAWAN. Kerana DiA Juga RaSA Takut , bimbang, SediH & KeCewa. KiTA Selalu Melihat DiA ketawa, tapi mungKin Sebenarnya dia tak SetabaH Yg Kita SangKA, DiSebaliK Senyuman itU, mungkin Banyak Cerita SEdih yg Ingin DiluAhkan, Disebalik Ketenangannya, mungkin Tersimpan seRibu kekalutan....."

 

“"U will never know TRUE HAPPINESS until u have TRULY LOVE and u will never understand what pain really is until u have LOST it~"”


Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita KETAWA.
Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita mengalirkn AIR MATA.
Sesungguhnya mengenali seseorang itu memberi kita sejuta rasa
 MARAH, SEDIH, GEMBIRA, SAYANG DAN RINDU.
 mengenali seseorang itu sebenarnya adalah 1 ANUGERAH.
 biarpun hadirnya hanya seketika n sekadar teman sementara. Bersyukurlah dgn kehadirannya barangkali melaluinya kita mengerti apa itu erti
 PERSAHABATAN
 
 
 
*ikhlas dari ku buat mu sahabat*
 

Sunday, December 19, 2010

Mari Berdoa...

Ya Allah, limpahkan kebahagiaan bagi saudara kami yang membaca doa ini. Wujudkanlah impiannya. Jadikanlah keluarganya tenteram dan penuh kasih sayang. anugerahkanlah rezeki yang penuh berkah sehingga mampu menolong sesama. Hindarkanlah dari segala bahaya dan bencana sentiasa dapat berkumpul bersama keluarga dengan kebahagiaan.
Amin ya robbal alamin.

Apa yang kita kejar?


jom kita hayati kisah ini...

Seorang raja berhajat menghadiahkan sesuatu kepada salah seorang pengawalnya. Lalu dia dipanggil menghadap ke istana. “paculah kuda kamu sejauh mana yg mampu. Sejauh mana kamu pergi, selebar itulah tanah yg akan kamu miliki” titah raja.


Pengawal tersenyum girang mendengar tawarn itu. Hatinya mula berbisik, “lagi jauh perjalananku,lebih luaslah tanah yg akan aku peroleh”


Tanpa berfikir panjang, pengawal itu pun melompat ke belakang kudanya. Dia memecut laju.. dan laju bagaikan derasnya tiupan angin. Hajatnya mahu sampai sejauh mungkin agar keluasan tanah yg diperoleh lebih banyak. Apabila kudanya penat, di belasahnya binatang itu agar terus memecut.


Lapar, dahaga dan letih langsung tidak di hiraukan. Dia tidak mahu berhenti rehat walau sesaat kerana perasaan tamaknya berkata. “kalau berhenti bererti rugi”


Bagaimanapun kerana terlalu penat, kuda kesayangannya terjelepok jatuh lalu pengsan. Pengawal itu jatuh tersepuk ke bumi. Badannya terlalu lemah dan langsung tidak berdaya untuk bangun. Digagahi juga, kerana keinginan untuk menambah keluasan tanah mengatasi segalanya.


Akhirnya di situ juga dia jatuh sakit dan terlantar keseorangan. Tanah luas yg beratus-ratus hektar yg menjadi miliknya tidak membawa apa-apa erti.


“kenapa aku terlalu tamak?” tanyanya yg ketika itu tersandar pada pangkal sebatang pokok. “sekarang ajal aku semakin hamper. Apakah aku masih perlukan tanah seluas ini? Padahal yg aku perlukan Cuma sedikit untuk mengambus jenazahku" rungut pengawal itu kesal. kekesalannya bagaimanapun sudah terlambat.

apa yg dialami pengawal itu adalah sama dengan perjalanan hidup kita. setiap hari kita paksa diri mencari duit sebanyak mungkin. kita berusaha mendapatkan kuasa dan meraih pengiktirafan. kita abaikan kesihatan, abaikan masa bersama keluarga. kita langsung tidak menghargai keindahan alam ciptaan Yang Maha Agung dan sering lupa pada tanggungjawab sebagai hamba Allah.
percayalah...suatu hari nanti, kita akan tersedar daripada lena. ketika itu barulah kita tahu bahawa perjalanan kita sudah terlalu jauh tersasar daripada landasannya.

sayangnya, ketika kita sedar ia sudah terlalu lambat. kita tidak mampu memutar jarum jam ke belakang. kita juga tidak punya kekuatan untuk mengutip semula apa yg tercicir. ingatlah, kehidupan ini bukan untuk  mengejar kekayaan semata-mata ataupun bermati-matian mendapatkan kuasa ataupun bertungkus lumus mendapatkan pengiktirafan.

kehidupan ini juga tentu sekali bukan untuk kita menempa kekayaan sahaja. seharusnya kita bekerja agar kita terus hidup untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan ini. A;langkah baiknya jika kehidupan ini di seimbangkan antara bekerja dan bergembira. Barulah kita dapat membahagikan masa antara keluarga dan diri sendiri. orang lain tidak boleh membuat pilihan atau menentukan kehidupan kita. Hanya kita yg mampu mengenal pasti apa yg utama. Gembira adalah makna sebenar sebuah kehidupan. Bukankah itu impian semua manusia? :)

Jadi, rancang lah apa yg hendak kita buat dan nikmatilah keindahan alam semesta. Kehidupan ini terlalu rapuh dan singkat. Kesederhanaan itulah kehidupan yg menyeronokkan..


Tuesday, December 14, 2010

0oowhh..owhhh...


andai dapat ku undurkan putaran dunia,
ingin ku ubah semula kata-kata dan tingkah laku ku,
agar segalanya menjadi sempurna..
tapi ku sedar, semua itu tidak akan berlaku,
walau apa pun yg terjadi, aku tetap aku,
eehh..apa yg aku mengarut nie...
maaf, walau apa pun yg terjadi, berjalan  lah tanpa henti..
okay, mood malam nie nak berjalan di blog rakan-rakan..hehe



N0TA HATi : terima kasih kepada semua yg dah vote blog efa untuk Blog Baru Pilihan, dan kepada yg belum undi, j0m undi Blog Efa Nur untuk BBPM  Pilihan 1-NO.8 kat link sini ye...mekaSssiihh..!! :)

Sunday, December 12, 2010

Senyum seindah suria...




Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

 
 

Wednesday, December 1, 2010

Teddy Bear+Perempuan=???

*sekadar gambar hiasan,
kalau nak tau tentang Mr bebey efa tu,boleh tgk kat SINI..hehe

Teddy Bear Vs Perempuan

kalau cakap tentang teddy bear,yg nenek efa panggil anak patung, mesti korang akan cakap comel, best..kan..kan..bagi peminat teddy bear laa..hehe (macam saye..heee) 
Teddy bear juga sinonim atau sebati dengan budak perempuan..ehh..budak??
orang dewasa pun suke laaa....heeee
kalau efa tanya kat semua,
Teddy Bear+Perempuan=???
jawapannya mesti COMEL kan..kan..hehe
siapa setuju, sila angkat tangan cepat..hihi

kenapa teddy bear sesuai dan serasi bersama wanita2 comel?
pada pendapat efa, yg nie jujur dari hati ok..:)

1) sebagai peneman tidur, sangat best tidur sambil peluk teddy bear..(comel kan??)hehe bg yg belum berkahwin ye..kalau dah kahwin,lagi best peluk cik abang..hehe
2) naluri wanita yg sememangnya lembut, so mereka akan suka pada benda-benda comel. termasuk la teddy bear untuk menambahkan kelembutan yg dimiliki..(yg nie pun comel)haha
3) teman di kala kesepian..macam efa selalu buat, luahkan segala perasaan kat Mr. Bebey, walaupun dia tak dengar tapi puas dapat luah kan..yg penting,dia pandai simpan rahsia..hehe
4) dan kalau sakit hati, boleh tumbuk-tumbuk atau belasah teddy bear anda, sebab dia tahan sakit..hihi yg nie pun efa selalu buat. tapi Mr.Bebey efa selalu jadi mangsa buli adik-adik..hukhuk :(
5)jika anda memiliki teddy bear, anda sememangnya tergolong dalam insan-insan yg comel...best kan..hehe

trivia:
masa kecil dulu efa takde teddy bear pun, mak ayah tak kasi sebab kata mereka,
"Malaikat tak masuk rumah nanti" takut tak??takut tak??huhu
tapi bila dah besar, teddy bear efa dah ada lebih dari 10ekor..hukhuk
kebanyakan nya hadiah dari kawan-kawan..huhu

kisah ini untuk org yg sayang kat teddy bear jew taw..
jgn marah aaa

siapa yg ada teddy bear??meh kawan dengan efa...hihi
ada tak lelaki yang suka teddy bear??hehe

Thursday, November 25, 2010

"The customer is always right" BENARKAH??

Assalamualaikum..
selamat pagi kepada kawan-kawan,semoga hari-hari anda di sinari kebahagian di dunia hingga akhirat kelak..aminn... okay,berkenaan dengan tajuk kita pada hari ini, "The customer is always right" atau dalam bahasa melayu, "Pelanggan selalu betul", hehe..benarkah slogan ini boleh di pakai? ye,saya akui memang benar hak sebagai seorang pelanggan adalah sangat istimewa..hehe kerana pelanggan sentiasa merasakan diri mereka betul..hah,betul tak? betul kan..sebab saya pun pelanggan, anda pun pelanggan kan..kan..??hehe

tapi pada pandangan saya,ayat tu tak boleh di pakai untuk semua keadaan. sebab apa? meh kita kupas isu ini..jommm....!!! :)

sebenarnya ada sebab kenapa saya nak bangkit kan isu nie, kerana tak puas hati dengan layanan seorang penjual wafer di kedai sebuah pasaraya. kisah nya macam nie, malam tadi saya bawa mak dan adik saya ke sebuah pasaraya yang terletak di bandar baru bangi, sebelum balik si adik minta wafer dan kami pun singgah la ke kedai wafer. sebaik saja sampai, kami terus membuat pesanan 1wafer satu je cukup.

sementara menunggu wafer tu siap, datang lagi dua tiga orang nak beli wafer juga. sepatutnya siapa yang datang dulu, dia la di layan dulu kan. tapi penjual tu bagi wafer yang dh siap tu pada pelanggan yang baru datang. hangin aku..!! tapi tak apa, saya tunggu lagi. tunggu punya tunggu si penjual tu lagi sekali bagi wafer yg sudah siap pada pelanggan yang lain.saya dah buat muka dah..panas beb...sapa tak marah kan. dia ingat kita ni apa? dah la lama menunggu, nak kata tak nampak, saya berdiri terpacak kot depan dia..nak kata tak ingat, banyak makan semut ke apa..??huhu

kalau ikutkan hati nak saja saya 'sound' si penjual tu. tapi tak sampai hati pulak nak jatuh kan air muka beliau. MAAF laa..saya memang panas baran,lebih-lebih lagi isu macam ni. terus saya cakap dekat mak, "jom laa balik.." tapi mak cakap, "kesian pulak dekat adik, beriya nak makan wafer.."huhu terpaksa la tunggu...

so, di sini kat mana hak sebagai seorang pelanggan?
dimana pelanggan yang selalu betul tu?huhu
mungkin penjual tu tak belajar subjek customer service..hukhuk

Betul ke??
nampak remeh ke isu ni? bila anda merasa baru anda tahu.
anda bagaimana? ada pengalaman macam ni? best tak?hehe


kisah ini akan bersambung....

TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog