Photobucket Photobucket Photobucket
Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Saturday, November 19, 2011

Buah-buahan berkhasiat yang di sebut di dalam Al-Qur'an





Kita semua tahu bahawa buah-buahan mempunyai banyak khasiat dan Allah menciptakan pelbagai jenis buah, setiap jenis memiliki rasa dan harum tersendiri meskipun semuanya tumbuh di tanah dan air yang sama. buah-buahan dan sayur-sayuran juga merupakan  sumber-sumber vitamin dan nutrisi  yang banyak.  Allah menciptakan tanaman ini dan memperlihatkannya kepada manusia agar mereka mengambil hikmah dan mensyukuri-Nya. Al-Qur`an menyebutkan begitu banyak jenis buah-buahan, yang akan tersedia bagi orang-orang beriman di dalam surga.

berikut adalah jenis buah-buahan berserta hikmah dan manfaat yang disebutkan di dalam Al-Qur`an


1. PISANG
"Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon-pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya." (al-Waaqi'ah [56]: 28-33)

Pisang, yang kaya dengan vitamin B6, juga buah yang sangat bergizi, terdiri dari air (75%), protein (1.3%) dan lemak (0.6%). setiap buah pisang juga mengandungi karbohidrat dan potassium dalam jumlah yang mencukupi. selain dapat menolong menyembuhkan banyak penyakit, pisang sangat di galakkan untuk menyembuhkan demam, gangguan sistem pencernaan dan kejang-kejang. selain itu, pisang juga menurunkan tekanan darah dan digunakan untuk penyembuhan pelbagai alergi. 

2. ANGGUR
"Lalu dengan air itu, Kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur; di dalam kebun-kebun itu kamu memperoleh buah-buahan yang banyak dan sebagian dari buah-buahan itu kamu makan." (al-Mu`minuun [23]: 19)

anggur boleh menghilangkan rasa penat untuk mereka yang banyak menggunakan kegiatan fizikal dan mental. kandungan besi dan gula di dalam buah anggur yang juga mempergiat produksi darah dan menjadi ubat untuk untuk penderita-penderita liver, ginjal, dan sistem pencernaan. Anggur merangsang berfungsinya ginjal dan membantu mengeluarkan hampas-hampas tubuh seperti urea. Dengan mengeluarkan air yang berlebihan dari tubuh, anggur menurunkan tekanan darah. Anggur juga menguatkan organ jantung, befaedah dalam menyembuhkan bronchitis dan batuk, serta meningkatkan kecantikan kulit kerana anggur membersihkan darah.

3. DELIMA
"Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma. Tanaman-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya yang bermacam-macam itu bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya);dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (al-An'aam [6]: 141)

Delima, seperti yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandungi potassium yang besar nilainya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Delima dapat memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur, mencegah edema, dan mengurangkan kadar gula yang beredar di dalam darah. selain itu, Delima juga boleh menghilangkan rasa letih otot dan membolehkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

4. ZAITUN
"Dialah, Yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebagiannya menjadi minuman dan sebagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembalakan ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanaman-tanaman; zaitun, kurma, anggur, dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan." (an-Nahl [16]: 10-11)

Kandungan asam linoleik yang terdapat dalam buah Zaitun  sangat bermanfaat bagi ibu-ibu yang menyusui anak. Kekurangan asam linoleik boleh mengurangkan pertumbuhan bayi dan memperbesarkan potensi pada timbulnya beberapa penyakit kulit. Organisasi-organisasi kesihatan, termasuk WHO, menganjurkan orang yang menpunyai penyakit diabetes dan arterioclerosis (penebalan saluran urat darah) tinggi supaya mengambil minyak zaitun yang mengandungi paling kurang 30% asam linoleik. Minyak zaitun juga sangat bagus dan berkhasiat untuk di gunakan dalam masakan. 

5. KURMA
"Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebagian tanaman-tanaman itu atas sebagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berpikir." (ar-Ra'd [13]: 4)

buah kurma mengandungi fruktosa dan glukosa yang keduanya berkalori tinggi, dan mudah serta cepat dicerna. Kandungan gulanya menenangkan saraf yang gelisah serta memberikan rasa aman pada jiwa. Selain itu, kurma juga sangat bermanfaat bagi wanita hamil dan ibu-ibu yang menyusui anak untuk meningkatkan kesihatan janin di dalam perut ibu, mencegah ibu dari rasa lemah, dan membanyakkan air susu.  kurma segar juga memberikan manfaat besar kepada otak, dengan kandungan 2.2% protein, juga berisi banyak jenis vitamin A, B1, dan B2.

                             



*sumber dari: 
Buku Keindahan Dalam Kehidupan 
(Harun Yahya)


Sunday, September 25, 2011

Kata Mutiara



Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat
kita menangis mencari di mana  
hilangnya matahari,
rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita
pelangi.


Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. 
Lalu, kita menyalahkan  takdir kerana terlalu kecewa.  
Sedangkan, kita tidak sedar, 
apa yang kita perolehi adalah 
 lebih baik dari apa yang kita harapkan.



 bersabar lah sayang...
jika apa yang kamu impikan tidak dapat,
yakin lah apa yang di perolehi itu adalah yang terbaik.
bersyukur dengan segala galanya yang kamu ada..
itu lah yang TERBAIK ^^

bersabar ye duhai hati ^^




thanks sudi baca ^^


Friday, September 9, 2011

Kenaikan harga Topup [Cukai perkhidmatan 6% bermula 15 Sept 2011]

 
hello..hello..hellooooo00oo...!!! ^^
jangan nak gembira sangat laa sebab disini ada berita tak gembira..hehe
sebelum tuu..mari kita sama- sama berdoa

"semoga hari ini lebih baik dari semalam 
dan hari esok lebih baik dari hari ini" 
aminnnnn ^^


berita yang ingin di sampaikan,
bermula 15 Sept 2011, 
Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar atau pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan  
cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus (6%)


harga kenaikan topup


huurrmm...lepas nie tunggu panggilan orang jelaa..
malas dah nak topup..boleh??muahaha ^__^
moral of the story,
jimat jimat laa menggunakan topup anda ye...


Monday, September 5, 2011

Khasiat pokok nam nam [Boleh kuruskan badan]




  pokok nam nam

buah nam nam



Pokok Nam-nam atau nama saintifiknya Cynometra Cauliflora  juga di kenali sebagai buah katak puru. Efa baru sahaja berkenalan dengan pokok nie =_=.  baru-baru nie masa beraya rumah kawan ayah di Muar Johor, ada sepohon pokok nam nam di kawasan laman rumah beliau (suasana kampung yg tenang) ^^ kebetulan, isteri kawan ayah merupakan seorang pengamal perubatan tradisional. Beliau pakar dan menyediakan perkhidmatan perubatan tradisional di rumah. macam skema sangat je ayat nie..huhu  =_=
 
di pendekkan cerita~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
sebelum berangkat pulang, Mak cik tersebut sempat memperkenalkan kami kepada pokok kesayangan beliau itu. iaitu Pokok Nam Nam...
Beliau siap bagi satu plastik beg anak pokok nam nam untuk ayah tanam yang mungkin membesar dan berhasil lagi 10 tahun akan datang =_= (kempunan nak kurus cepat) tapi dengan berbesar hati, beliau bekalkan efa beberapa ratus helai daun pokok nam nam dan beberapa biji buah nam nam..hehehe ^^
 
Khasiatnya:
boleh di gunakan untuk penyakit darah tinggi dan boleh kuruskan badan.    
cara-caranya: 
minum air rebusan daun pokok nam nam
(bilangan daun dalam kuantiti ganjil. 5/7/9)
jadi air herba warnanya seperti air teh..tidak pekat dan rasanya seperti air masak biasa.
 
Buah nya boleh di makan begitu saja tanpa di buang kulit.
rasa buah nya kelat masam masam manis
tetapi kesahihan khasiatnya nya tidak dapat di pastikan lagi. rasanya tidak salah mencuba.^^


 
p/s:Efa sekarang tengah mengamalkan minum air herba daun nam nam..
dengan harapan bertambah kurus lepas raya nie..hehehehe ^^





sumber info dan gambar dari Segalanya tentang tumbuhan ^^


Edit blog hanya RM10 :)

 
Haluuuuu....selamat hari raya..
lama dah tak update blog..masih lagi dalam mood raya..hehe
fuuhh..fuuhh..bersarang labah labah sudah ini blog..sesedap kuih sarang semut  ^^
ehh..tiba.tiba =_=

kali ini bukan nak kongsi kisah raya tapi tentang kisah edit blog :)
beberapa hari nak raya, sebelum balik kampung, 
Efa sempat buat tempahan baju raya edit blog sepenuhnya..
blog Efa pun semangat nak raya ^^
dan hasilnya sangat memuaskan..comel je tengok..
sejuk perut ibu milah mengandung..kihkihkih ^^

*header Blog Efa Nur*
COMEL ke tak?? sape cakap tak comel, siap..!! 
(letak parang kat leher)hehehe.. 

sesiapa yang berminat nak edit blog, boleh hubungi Cik Aisyah..
di talian 2344tekan.tekan takdapat =_=
orang sekarang main FB jelaa...

tq sayangggg ^^


Friday, June 10, 2011

Pengkritik terhebat


 Assalamualaikum
tahukah anda siapa pengkritik terhebat di abad ini?
pengkritik apa?
pengkritik setiap hasil penulisan para blogger
sama ada baik atau buruk kritikan beliau
tapi beliau memang hebat..
nak tau siapa?? 
tengok gambar kat bawah tuu..





klik gambar untuk lihat dengan jelas.

errkk...hehehehe...
sebenarnya efa baru je letak
Top Commentator Cloud Widget
kat bawah blog nie..hehe
dan terlupa nak exclude nama sendiri..
sebab tu jadi pengkritik paling hebat! haha

kepada mereka yg belum ada widget nie kat blog,
jom belajar Cara Pasang Widget nie!

terima kasih banyak-banyak
kepada  MENTOR  Efa Nur!

TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog