Photobucket Photobucket Photobucket
Showing posts with label CINTA. Show all posts
Showing posts with label CINTA. Show all posts

Sunday, May 12, 2013

[JODOH] Kenapa aku masih solo?




Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat.
 Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.


Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
 Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
 Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.


Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.


 sumber: www.iluvislam.com 

Wednesday, August 8, 2012

Lukisan rindu ♥♥♥

kenapa Allah hadirkan pelangi selepas hujan?
 
 " Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Allah hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. "



 Jika ALLAH sudah takdirkan sesuatu itu untuk Kita..
Walau seluruh isi alam ini MENGHALANG kita dari mendapatkannya, 
Kita Tetap akan mendapatkannya dengan apa cara sekalipun...
TETAPI jika ALLAH sudah takdirkan sesuatu itu Bukan untuk Kita, 
WALAU seluruh isi alam ini membantu kita untuk mendapatkannya,
 Kita TETAP tidak akan mendapatkannya....

Jika sesuatu itu MILIK KITA, 
SESULIT apapun jalannya, 
Apapun RINTANGANNYA, 
PASTI dan PASTI akan JADI MILIK KITA.
 Kerana itu MILIK kita yang ALLAH tetapkan..
Tetapi.. Ingat.. 
Jika sesuatu BUKAN MILIK kita, 
walaupun MUDAH JALANNYA, 
walaupun BERSUSAH PAYAH kita untuk MENDAPATKANNYA,
 ianya TIDAK akan PERNAH dapat 
kerana itu BUKANNYA MILIK kita 
yang DITETAPKAN ILAHI.
;
;
Lukisan Rindu 

 
sedap lagu nie..suke3.. ^_^
;
;
;
 ;
;
Dari Abu Sa'id dan Abu Hurairah r.a dari Nabi saw, beliau bersabda : 
" Seorang muslim tidak ditimpa oleh rasa letih, penyakit, gelisah, sedih, gangguan ataupun keresahan, hingga duri yang tercucuk padanya melainkan Allah menebus dengannya sebahagian dari kesalahan-kesalahannya"
( HR Bukhari-Muslim)
;
;
Allah telah menjanjikan ganjaran bagi hamba-hambaNya yang sabar.
Apabila kita mengalami sesuatu musibah, janganlah mengeluh atau sedih tapi, bertaqwalah pada Allah dan mohon kekuatan dariNya kerana inilah dugaan yang Allah berikan untuk menguji sejauh mana iman kita padaNya.
;
; Mudah-mudahan kita semua tergolong dari kalangan orang-orang yang sabar.
Aamiiin
 
 
 
^^ 

Friday, November 25, 2011

SAYA RINDU MEREKA... T_T


SAYA RINDU SANGAT-SANGAT









SAYA RINDU IBU SAYA


SAYA RINDU AYAH SAYA



SAYA RINDU FAMILY SAYA


SAYA RINDU ADIK LELAKI SAYA


SAYA RINDU KAWAN-KAWAN SAYA



SAYA RINDU ORANG TERSAYANG




SAYA RINDU SAHABAT SAYA





SAYA RINDU AWAK





SAYA RINDU KAMU





SAYA RINDU DIA







SAYA RINDU SEMUA









Thursday, November 17, 2011

Boomerang [Lagu Tema Telemovie Tudung Tweet TV9]





Assalamualaikum...

Korang tengok tak telemovie Tudung Tweet di TV9...??
 8.30malam semalam (16.11.2011)
di twitter masih kecoh dan panas lagi tweet pasal #TudungTweet
bukak je twitter sana sini ade #TudungTweet..
ramai cakap best...
errkk...best sangat ke eyk??huhu
sebenarnya efa tak tengok pun...terlepas T__T
isskk..isskk..isskk....
tapi kat sini efa nak kongsi laa sinopsis telemovie Si Tudung Tweet
bagi yang tak tengok macam efa nie, 
boleh laa tau sikit-sikit kan..hehe

Si Tudung Tweet

lakonan Liyana Jasmay, Juliana Evans, Natasha Hudson, Izzue Islam, Afiq Muiz


Telefilem nie mengisahkan tentang kehidupan pelajar di kolej yang inginkan perhatian. Zubaidah merupakanseorang pelajar kolej yang sanggup membuat apa sahaja supaya mendapat perhatian ramai. 
Liyana Jasmay yang memegang watak Zubaidah, berasa iri hati terhadap Marissa, lakonan Juliana Evans, yang dianggap saingannya. Marissa merupakan bukan sahaja bijak dari segi komunikasi dan penampilan, malahan ramai gadis di kolej ingin menjadi sepertinya dan menganggapnya sebagai idola.


Situasi ini membuatkan Zubaidah bertambah iri hati dan bertindak mencetuskan spekulasi di laman sosial terhadap Marissa. Apatah lagi ramai jejaka yang ingin menjadi teman Marissa. Pelbagai perubahan dilakukan oleh Zubaidah untuk menyaingi Marissa sehinggalah suatu hari, Zubaidah melakukan sesuatu yang tidak diduga semasa menghadiri kuliah pengajian Islam dan mendapat perhatian ramai! 

bila ramai cakap cerita nie best,
rasa teringin pulak nak tengok..huhu
nanti boleh tengok kat tonton.com ^^ kot..hehe 

lagi satu, 
efa nak kongsi cerita nie jugak..hehe
sebelum nie efa ada buat entri bertajuk


 dan lagu Boomerang menjadi salah satu lagu tema
Telemovie Si Tudung Tweet ^^

joomm layan~~ 





thanks sudi baca ^^

Saturday, September 10, 2011

Ayat-ayat cinta ^^

 



Cinta hanya satu perasaan.  Jika diumpan rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar
dan rendanglah ia.  Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan
kekeringan.  Cinta tidak lebih hanya satu perasaan.  Jika kita salah kendalikan,
ia boleh bertukar menjadi penyakit.


Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya.
Mungkin dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan
memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.

tetapi ingat lah...
"Cinta kan bunga, bunga akan layu,
cinta kan harta, harta akan musnah,
cintakan manusia, manusia akan mati,

maka cintailah ALLAH,
kerana ALLAH kekal abadi"


Monday, August 8, 2011

Cinta Bersulam Noda




Di malam sepi kusujud menghadap-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Oh Tuhan Yang Esa

Ku cemari hidup dengan kesesatan
Membutakan hati yang sering terleka
Terasa jauh diriku dari Tuhan
Dengan godaan syaitan

Ku tahu Dialah penerima taubat
Walaupun kusering tinggalkan suruhan
Berilah kesempatan ini untuk berubah

Cintaku dambakan hanya pada-Mu oh Tuhan
Terimalah permintaan dariku hamba yang hina
Kusering berjanji namun sering kumungkiri
Janji yang tak pernah lagi kutepati

Kupasrahkan segala pada-Mu oh Tuhan
Jangan kau palingkan hati ini dari kebenaran
Andai esok nafasku terhenti di sini
Kumohon jauhkan diriku dari azab-Mu


Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
 
 

Thursday, August 4, 2011

Doa Buat Kekasih


 ♥ ♥ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ ♥ ♥

Ya Allah..

Jika Dia Benar Untuk Ku..

Dekatkanlah Hatinya Dengan Hatiku..

Jika Dia Bukan Milikku...

Damaikanlah Hatiku Dengan Ketentuanmu.....


Ya Allah..

Jika Hidupnya Aku Pada Hari Ini

Melalui Sebahagian Tulang Rusuknya..

Maka Engkau Tunjukanlah Padaku

Bahawa Dia Memang Insan Yang Tercatat Buat Diriku..



Namun Ya Allah,

Andainya Dia Bukan Insan

Yang Engkau Berikan Padaku..

Maka Jauhkanlah Diriku

Dari Menyayangi Dengan Sepenuh Perasaan Ku

Tetapi Engkau Tetapkanlah Aku

Pada Yang Satu..



Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Thursday, June 9, 2011

Jalan mencari kebahagiaan

 
kadang-kadang, 
kita tidak dapat apa yang kita impikan. 
Lalu, 
kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa.  
Sedangkan, 
kita tidak sedar, apa yang kita perolehi 
adalah 
lebih baik dari apa yang kita harapkan.
 
 
 
renung-renungkan..
 

Sunday, June 5, 2011

Sentiasa lah bersyukur


Sesiapa yang mengucapkan perasaan syukur ketika mengalami kedukaan,
dia akan dilimpahi berbagai-bagai kebaikan oleh Allah.

Janji ini dinyatakan oleh Allah melalui firman-Nya
dalam surah al-Baqarah ayat 156 hingga ayat 157 bermaksud:
“Orang-orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Mereka itu ialah orang yang dilimpahi berbagai-bagai kebaikan 
daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya: 
dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya.”





Friday, May 6, 2011

Suami orang mahu pinang saya...



SAYA masih bujang dan kerap dilukai lelaki yang lebih kurang seusia dengan saya. Sejak tahun lalu, saya tawar hati untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki bujang. Kalau ada pun, hanya selesa berkawan.

Saya pernah berkawan rapat dengan suami orang kerana lebih selesa dengan mereka tetapi hubungan hanya terbatas sebagai kawan sebab saya tidak suka berkongsi kasih.

Bagaimanapun, masalah mula timbul kebelakangan ini apabila ada kenalan berstatus suami orang meluahkan yang dia menyukai saya. Dia ingin mengambil saya sebagai isteri yang sah.

nak tahu lebih lanjut, jom baca kat SINI. 


T___T

Wednesday, May 4, 2011

TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog