Sunday, June 5, 2011

Sentiasa lah bersyukur


Sesiapa yang mengucapkan perasaan syukur ketika mengalami kedukaan,
dia akan dilimpahi berbagai-bagai kebaikan oleh Allah.

Janji ini dinyatakan oleh Allah melalui firman-Nya
dalam surah al-Baqarah ayat 156 hingga ayat 157 bermaksud:
“Orang-orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Mereka itu ialah orang yang dilimpahi berbagai-bagai kebaikan 
daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya: 
dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya.”





4 comments:

nabil_potter said...

jalan2 ke blog ini pulak...

Kakzakie said...

Kenalah kita sentiasa bersyukur atas limpah kurniaNya yg tidak terbilang banyaknya...

delour said...

Apabila kita ditimpa musibah itu tandanya Allah ingat kat kita...kita bersyukur kerna disebalik musibah tu ade hikmahnya...=)

suha said...

cik suha bersyukur dengan apa yg cik suha ada (^_^)

TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog