Photobucket Photobucket Photobucket
Showing posts with label ARTIS. Show all posts
Showing posts with label ARTIS. Show all posts

Sunday, November 20, 2011

Siti Nurhaliza 2012


Hujan rintik-rintik, 
     laut bergelora,
     Siti makin cantik,
              ramai makin suka ^^

Hai semua orang..!!hehehe ^^ cantikkan tarikh hari ini.. 20112011 ^^ untung laa siapa yang bertunang, menikah dan berkahwin pada hari ini..kann..hehe tidak lupa juga buat mereka yang menyambut ulang tahun kelahiran hari ini.. teristimewa buat sahabat-sahabat efa masa diploma kat Kolej Shahputra dulu:

*Nabila Chacha yang menyambut birthday ke23..selamat ulangtahun..semoga berjaya & bahagia dunia akhirat.. dan selamat pengantin baru buat girl Rozana yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini..semoga berbahagia sehingga akhir hayat.. girl,maaf tak dapat datang =_=.


okey, mari kita kembali pada topik asal...hehe
berkenaan tajuk di atas, SITI NURHALIZA 2012,
efa nak kongsi cerita best nie..hehe KEYWORDS yang paling banyak orang cari kat blog efa..hihihi
nampak menarik sebab hampir semua kata kunci adalah Siti Nurhaliza...hehe



Terima kasih Dato' Siti Nurhaliza..
hikhikhikhik :D
sekian



thanks sudi baca ^^

Thursday, November 17, 2011

Boomerang [Lagu Tema Telemovie Tudung Tweet TV9]





Assalamualaikum...

Korang tengok tak telemovie Tudung Tweet di TV9...??
 8.30malam semalam (16.11.2011)
di twitter masih kecoh dan panas lagi tweet pasal #TudungTweet
bukak je twitter sana sini ade #TudungTweet..
ramai cakap best...
errkk...best sangat ke eyk??huhu
sebenarnya efa tak tengok pun...terlepas T__T
isskk..isskk..isskk....
tapi kat sini efa nak kongsi laa sinopsis telemovie Si Tudung Tweet
bagi yang tak tengok macam efa nie, 
boleh laa tau sikit-sikit kan..hehe

Si Tudung Tweet

lakonan Liyana Jasmay, Juliana Evans, Natasha Hudson, Izzue Islam, Afiq Muiz


Telefilem nie mengisahkan tentang kehidupan pelajar di kolej yang inginkan perhatian. Zubaidah merupakanseorang pelajar kolej yang sanggup membuat apa sahaja supaya mendapat perhatian ramai. 
Liyana Jasmay yang memegang watak Zubaidah, berasa iri hati terhadap Marissa, lakonan Juliana Evans, yang dianggap saingannya. Marissa merupakan bukan sahaja bijak dari segi komunikasi dan penampilan, malahan ramai gadis di kolej ingin menjadi sepertinya dan menganggapnya sebagai idola.


Situasi ini membuatkan Zubaidah bertambah iri hati dan bertindak mencetuskan spekulasi di laman sosial terhadap Marissa. Apatah lagi ramai jejaka yang ingin menjadi teman Marissa. Pelbagai perubahan dilakukan oleh Zubaidah untuk menyaingi Marissa sehinggalah suatu hari, Zubaidah melakukan sesuatu yang tidak diduga semasa menghadiri kuliah pengajian Islam dan mendapat perhatian ramai! 

bila ramai cakap cerita nie best,
rasa teringin pulak nak tengok..huhu
nanti boleh tengok kat tonton.com ^^ kot..hehe 

lagi satu, 
efa nak kongsi cerita nie jugak..hehe
sebelum nie efa ada buat entri bertajuk


 dan lagu Boomerang menjadi salah satu lagu tema
Telemovie Si Tudung Tweet ^^

joomm layan~~ 





thanks sudi baca ^^

Monday, October 3, 2011

Lirik Berdua Bersatu [FORTEEN]

 
-Lirik dan official video lagu Berdua bersatu-

BERDUA BERSATU 

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu
 
Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu
 
 
 
 
*ku sudah jatuh cintan dengan lagu ini*
wink wink..!! 
^^


Saturday, September 24, 2011

perkahwinan Memey dan Norman Hakim

 



 Di taja berjuta juta..???
ape kes..?? 
sorry laa..saya tak berapa minat..
cuma pelik..huhu

walau ape pun, saya mendoakan 
semoga perkahwinan mereka berkekalan
hingga akhir hayat.
.aminn

jangan sampai majlis kahwin meletop
gah sana gah sini..
tup tup....

okey, tak baik doakan yg tak baik..
dah rezeki mereka..
sama sama lah kita mendoakan yg terbaik buat mereke mereka ye..
termasuk laah diri kita..hehe ^^


untung tuan punya badan...
hope kekal laa sampai bila bila ye...





psstt: i love u kak Abby..
tiba tiba.. ^^


MAAF kan saya jika entri ini tersinggung hati sesiapa
sekadar suka suka ajer yer... ^^

thanks sudi baca ^^

Kisah Hati Ini ^^

 

*ini bukan Efa Nur*
model: Kimmey Ramie ^^


Meatball IKEA 20 ketul RM16 ^^

Selamat pagi Malaysia..!! ^^ [sebut dengan riang gembira bersama nada hati yg berbunga bunga ^^]
 Syukur Alhamdulillah kita masih lagi bernafas dan di beri peluang dan ruang untuk meng-update blog dan bersuka ria menceriakan hari hari kita. Jangan fikir kan masalah okey! ^^

"semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini" aminnn ^^

Sabtu 24 September 2011
lokasi: Kolej Rafflesia 4, Bilik no.4 [B4], Tingkat 9, UiTM Puncak Alam.

 Tiba tiba perasaan hiba datang ziarah.. tiba tiba saya rasa sedih. tiba tiba saya tinggal sorang dalam bilik nie.. huaaarrgghhhh... T_T roomate housemate semua balik..termasuk laa adik saya yg 1 rumah pun meninggalkan saya sendirian [pergi shopping].... T_T **nangesss laju laju**

Saya ingat saya akan gembira tinggal sorang sorang..kononnya saya boleh study.. siapkan assignment.. boleh buat apa yang patut..tapi..oohhh rupanya tidak..saya rasa sangat sedih nie..bosan pulak tiba tiba.. T__T 

tapi takpe, saya tau saya kuat..hehehe [ayat macam mintak penampar jerrr..kn..kn..] MAAF.


saya memang suka mengarut. banyak keje sebenarnya yg saya kena buat..hehe ^^ [muka tak gembira]
tapi sebenarnya hati saya masih berbunga bunga cinta ^^

sebab

khamis hari tuu.... 22/9/2011 saya sempat berjimba jimbo bersama rakan rakan taulan..hehe kami menghabiskan masa bersama untuk shooting drama terbaru di IKEA..haha ^^
lepas makan meatball, kami bergambar gambar bajet artis..sweet kan??hehehe ^^

dan balik malam tu kami singgah makan kat uptown hawker Damansara... lagi sweet sebab jumpa Fahrin Ahmad.. beliau selalu lepak makan kat situ.. ^^ sempat laa bergambar bersama beliau..kahkahkah ^^

*Fahrin Ahmad*

Sekian, terima kasih..


ehhhh...dah habis ke???




daaahhh laaa labuu...!!
bye bye...
hehehe ^^


terima kasih sudi baca ^^






Friday, August 19, 2011

Rasulullah -Hijjaz


Rasulullah


Artis: Hijjaz

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
 
 
 
 
 
 

Monday, August 8, 2011

Cinta Bersulam Noda




Di malam sepi kusujud menghadap-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Oh Tuhan Yang Esa

Ku cemari hidup dengan kesesatan
Membutakan hati yang sering terleka
Terasa jauh diriku dari Tuhan
Dengan godaan syaitan

Ku tahu Dialah penerima taubat
Walaupun kusering tinggalkan suruhan
Berilah kesempatan ini untuk berubah

Cintaku dambakan hanya pada-Mu oh Tuhan
Terimalah permintaan dariku hamba yang hina
Kusering berjanji namun sering kumungkiri
Janji yang tak pernah lagi kutepati

Kupasrahkan segala pada-Mu oh Tuhan
Jangan kau palingkan hati ini dari kebenaran
Andai esok nafasku terhenti di sini
Kumohon jauhkan diriku dari azab-Mu


Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
 
 

Taubat Seorang Hamba




(Hafiz)
Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa
 
(Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah, terimalah, terimalah taubatku ini
 
(Irsyadee)
Telah aku merasakan
Derita jiwa dan perasaan
Kerna hilang dari jalan
Menuju redha-Mu ya Tuhan
 
(Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah, terimalah, terimalah taubatku ini
 
(Hafiz)
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima
 
(Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah, terimalah, terimalah taubatku ini
 
(Hafiz)
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah, terimalah, terimalah taubatku ini


Tajuk Lagu   : Taubat Seorang Hamba
Penyanyi     : Irsyadee feat. Hafiz Hamidun
 
 

Wednesday, July 13, 2011

Lirik lagu BERIBU SESALAN

Efa Nur suka sangat lagu nie..!! kehkehkehkeh....
setakat nie masih belum jemu dengar lagu nie walau sebanyak
doplohempat juta kali sehari..
gabungan 3 Suara yang memang manto0pp..!!
marilah kita menyanyikan lagu ini bersama-sama..
klik pada VIDEO lagu nie..hehe


BERIBU SESALAN

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku
 
 
 

Sunday, June 19, 2011

Zami Ismail (Pak Uda) Meninggal Dunia


mari lah kita sama-sama hadiahkan
Al-Fatihah kepada arwah Zami Ismail (67 tahun) atau lebih dikenali dengan nama Pak Uda 
yang telah meninggal dunia pada jam 10.30pagi tadi. Punca kematian kerana serangan sakit jantung.
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.



Firman Allah SWT : 
"Setiap yang hidup pasti akan merasai mati"
(Al-Anbiya : 35)




efa dapat tahu berita nie masa tengok rancangan Melodi TV3,
sebelum mula Melodi tu, efa dan adik-adik tengok cerita
Hantu Kak Limah Balik Rumah lakonan beliau..
terkejut bila dengar berita kematian beliau..
Al-fatihah
T__T
  

Tuesday, June 7, 2011

Sinopsis Filem 3, 2, 1 Cinta

 3, 2, 1 CINTA 
filem terbaru terbitan Metrowealth yang akan di tayangkan pada
16 Jun 2011
Filem ini bergenre Cinta Komedi
Arahan Azhari Mohd Zain
yang membariskan
Farid Kamil (Nazril), Diana Amir (Sam) dan Pierre Andre  (Fariz)
sebagai pelakon Utama

dan turut di bantu oleh
Mustapha Kamal (Pakcik Azmi), Sheila Mambo (Kak Zah) 
dan Zila Bakarin (Ibu Sam)

 SINOPSIS:

Mengisahkan Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.

Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya. Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.

Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.

 Jangan Lupa ya untuk saksikan Filem ini di pawagam berhampiran anda pada 16June2011..
(macam aku pulak yang berlakon filem nie...haha)


P/S: tak sabar nak tengok filem nie sebab ada lokasi pengambaran di   
UiTM PUNCAK ALAM..
kalau tak silap, diorang buat pengambaran masa efa sem 4 (sekaarang efa sem5)... dalam hujung tahun 2010...tak ingat bulan berapa..hehe :) 
 motif: saja nak promote uitm puncak alam..hikhik



 




Sunday, May 1, 2011

Artis Paling Seksi



 waaaahhh...buat julung kali nya efa nak tayangggg gambar artis yang paling seksiiiiii...!!!!
mari dekat mari rapat abang abang pakcik pakcik kakak kakak semua....hahahahaa

Makhluk Tuhan paling seksa

aaauuuwwww caaakk...!!!
 Cantik tak?? hihihihi
macam bercahaya je muka efa tu kan..haha
menyelam bersama dolphin....
tapi pemandangan tu tak berapa cantik laa...kan..kan..
maaf efa terpaksa seksi buat sementara waktu..hehe
 Jangan marah ye..


gambar tu sebenarnya untuk nie..







hahaha..main-main je sebenarnya nie...hehe
saja nak try test tengok...
rupanya benda nie untuk di Vote..kihkih
so, tolong jangan vote efa nur!! haha
tak berminat tapi hadiah dia best woooww...
melancong ke New Zealand 
Berminat?? 
boleh join kat SINI :) 






Friday, April 15, 2011

Zara Ayu baik hati... :)

anda kenal siapa ZARA AYU??
penyanyi baru berbakat besar...
belum kenal??
meh tengok SINI

tujuan efa buat entri ini sebagai tanda terima kasih kembali kepada Zara Ayu kerana status beliau di fb.. mula-mula baca terkejut juga sebab ada url blog efa.... macam tak percaya je..huhu pertama kali nie orang hargai dan berterima kasih kat efa sebab buat entri tentang mereka... tiba-tiba rasa bahagia.. yelaa.. kau bayangkan selama nie, dekat 18juta entri kot efa buat pasal Siti Nurhaliza, pernah ke beliau ucapkan terima kasih atau tinggalkan paling kurang 1 komen?? takde kan.... ehh...oiii...kau budget kau tu artis top ke Tipah oiii..?? siapa kau di hati Siti..??? waaahhahahahampeh..!! ok, tak lawak!

sambung balik cerita asal..

urrmm..efa sebenarnya tak tahu dari mana Zara Ayu dapat tahu tentang entri yang efa tulis pasal beliau...
(apasal banyak sangat ayat tahu nie..hehe)
owwhh..pakcik google kot..hihi
serius tak sangka beliau akan datang singgah baca... 
so,efa akan lebih berhati-hati bila menulis tentang seseorang selepas ini.. tak kira laa artis ke peguam ke tuan tanah ke...yang penting orang...hehe motif???
oowwwhh ye..mungkin Siti Nurhaliza selalu baca blog efa.. cuma malu nak komen kot.. 
(think positive ok) hahaha

ok..mengarut 
istimewa buat ZARA AYU :
+semoga impian menjadi kenyataan...
+semoga menjadi artis berjaya suatu hari nanti...
+anda mempunyai bakat besar..jangan sia-siakan ok..
+jangan sombong bila dah berjaya..
ingat lah kat EFA NUR..haha
+kurangkan kontroversi, tingkatkan segala prestasi..
(macam pernah dengar ayat last tu kan..)

okey, sekian, mekasssiiihh....



Wednesday, April 13, 2011

ZARA AYU pengganti SITI NURHALIZA??


 Zara Ayu adalah anak didik terbaru komposer terkenal Adnan Abu Hassan. 
berbakat besar..baru berusia 18 tahun..
 FACEBOOK ZARA AYU (klik)
 
Ben Ashaari cakap Zara Ayu nie bakal pengganti Siti Nurhaliza..
tekan SINI

efa akui suara beliau sedap tapi beliau still tak boleh lawan
Siti Nurhaliza...
Siti tiada galang gantinya...sebab gua nie peminat no.1 
Siti Nurhaliza..huahuahua
kepada yg tak suka, tolong jangan marah ye...

I LOVE U Siti....hehehe
 

Sunday, April 10, 2011

Trilogi Cinta Episod Akhir


nantikan episod terakhir
TRILOGI CINTA
10 malam ini (10 April 2011)
di TV1..

hasil karya Sharifah Abu Salem
memang terbaik sehingga dapat menarik minat ramai rakyat Malaysia..
dan di antara penonton setia drama ini adalah MAK efa...!!haha
efa tak berkesempatan nak menonton kesemua episod...
cuma pernah tengok dua tiga kali je..huhu
tapi cerita nie memang best laa...

disebabkan malam nie adalah episod terakhir,
mak efa dah pesan awal-awal,
beliau akan hantar efa balik kolej petang nie..
tak boleh balik malam, mak nak tengok
episod akhir TRILOGI CINTA..

waaahh...touching I tau..!!
mak, trilogi cinta lagi penting dari kebahagiaan anak sendiri ye??
kehkehkehkeh....
takpelaa....bagi chance kat mak..
nasib baik episod last..kalau tak...hehe

buat mak dan semua penonton setia
TRILOGI CINTA
selamat menonton episod akhir malam nie ye.. :)
hehehe

Thursday, March 31, 2011

khas buat mu sahabat...



 

 teristimewa buat sahabat ku dunia akhirat...:)
ku amat merindui dirimu...
FARADILA NUR

"sayangku, sedih pulak tiba-tiba nie..dah lama kita tak jumpa kan.. :(
rindu sangat..kongsi2 cerita.. gaduh2..macam2 lagi..huhu 
terima lah lagu Sahabat  ini khas untuk mu.."

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu...
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir
 
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

i Love U.. i Miss u so much!
take care ye sayang ku 



p/s: dah ada gambar kamu..jangan merajuk lagi ye...hehehe :D


TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog