dalam diri manusia itu terdapat perasaan suka pada keindahan.
keindahan itu adalah seni.
Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa
tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata atau bahasa.
Tujuan Seni:
i. Seni untuk seni : bertujuan untuk seni sahaja dan orang mencipta seni ini dibebaskan untuk apa-apa tujuan sama ada mengandungi unsur baik atau jahat.
ii. Seni untuk masyarakat : Seni dicipta utnu sesuatu tujuan maka ianya mestilah difahami oleh masyarakat yang digunakan untuk kemasyarakatan, politik dan akhlak.
Seni terbahagi kepada 4 bahagian :
i. Seni melalui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, seni suara dan sebagainya.
ii. Seni yg diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, seni bina, seni pakaian dan sebagainnya.
iii. Seni yg diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama, tablo, teater, filem dan sebagainya.
iv. Seni yg dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yg berbentuk puisi dan prosa.
suka pada keindahan dan seni lukis adalah kesukaan saya !! :)
sekadar berkongsi..kagum dengan bakat dan nilai kesenian yg terdapat pada insan seni ini
lokasi: First World Plaza Genting Highland
artis: tak sempat berkenalan..hehe
model: Pelancong asing...tidak di kenali...haha
bang, lepas nie lukis gambar saya pulak ok! hehe
No comments:
Post a Comment