Photobucket Photobucket Photobucket

Thursday, December 9, 2010

Jangan.....


 
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini Allah tidak suka.Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nantirezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumahtanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuatdosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf padaibu bapa dan sesama manusiakalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakantaulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAHdalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.Sedekah itu memanjangkan umurdan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa.Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalahciri-ciri munafik danmenghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniayacepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaikuntuk hamba ciptaanNya.


10 comments:

eelobor said...

setiap apa yang di larang itu ada hikmahnya yang tersendiri. seperti juga isu menutup aurat, ada yang berpendapat ianya bersifat peribadi. betulkah tanggapan sedemikian?

chittysarah said...

memang banyak kebenaran nye..
owh ye,jangan xbace ni..
n jangan lupe tuk amalkan..

heheheh~~

Efa Nur said...

eelobor: urm...setiap org ada tanggapan dan pendapat masing-masing. yg penting hati seseorang tu, dalam islam pun tiada istilah paksaan.
tapi pada pandangan efa, isu macam tu jika pemimpin (wanita) pun 2x5, mcm mana rakyat nak tingkat kan kesedaran kn, maaf. ini sekadar pandangan. takut pulak nk cakap lebih2..hehe

Efa Nur said...

chittysarah: betul tu...jangan lupe ye amalkan..hehehe
buat diri efa sendiri dan untuk renungan dan peringatan pada semua umat islam juga..:)

Fariq Jalil said...

insaf2..

tapi yg bab jgn ketawa mati jiwa tu xphm la..

Pehal Asek Mimpi Je Ni

eelobor said...

rasanya salah ayat "tidak ada paksaan". jangan kita mengambil sekerat ayat dan meninggalkan ayat yang lain. tafsiran yang di kemukan efa tuh salah & tak niat untuk berdebat cuma untuk mencari ilmu. boleh merujuk kepada pakar

Efa Nur said...

fariq:sebenarnya tak elok ketawa berlebihan.sebab ia boleh mematikan jiwa..

eelobor:hehehe..efa sokong mana yg betul..dan efa rasa tak layak nak berdebat hal macam nie..hihi saya budak masih belajar,jika salah,tolong tunjuk kan ya..:)

apdm said...

salam...

jadikan dunia ini sebagai jambatan untuk menuju ke syurga yang kekal abadi...

Unknown said...

bagus la entry ni

Kak Amy said...

As'salam..

nice entry..amy suka..

TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog