Wednesday, April 15, 2015

RAWATAN LASIK DI PUSAT PAKAR MATA ADVANCEVISION, DAMANSARA

ADVANCE VISION 
Eye Specialist Center

-LASIK-
bagi yang tak tau Lasik tu apa,
LASIK ialah pembedahan pembetulan penglihatan 
untuk ralat pembiasan (rabun jauh dan dekat) 
yang popular dan berjaya di seluruh dunia. 
LASIK dilakukan oleh ophthalmologist yang menggunakan laser.
-SUMBER- WikiPedia

"Rabun ialah salah satu nikmat yang Allah tarik"

dah lama sebenarnya berhajat nak buat rawatan hilangkan rabun nie.
Alhamdulillah Syukur..pada 3 April 2015  tercapai impian :)
sekarang dapat melihat dengan jelas tanpa menggunakan kacamata :)


Sedikit perkongsian pengalaman melakukan rawatan lasik :) 
-Rawatan Lasik-
Advance Vision nie antara pusat pakar mata yg menawarkan harga Lasik termurah.
sebelum tu dah survey feedback customer yg dah buat rawatan di Advance Vision nie,
banyak feedback yang positive :) 

untuk rawatan Lasik nie ada 3 step:

STEP PERTAMA
Untuk lawatan pertama nie, macam sesi kaunseling..
Free of charge.. tiada bayaran di kenakan..
boleh terus datang ke Advance Vision, Damansara.
untuk sesi nie mereka akan check mata kita & akan terangkan segala prosedur tentang Lasik, kos rawatan, kesan sampingan & segala nya tentang lasik. 
pada sesi nie dikendalikan oleh customer care consultant: En Amirul.. 
jika setuju untuk buat rawatan, boleh set appointment untuk step kedua.

untuk lawatan pertama nie, efa di temani oleh my girlfriend: Nurul Atiqah
selepas selesai , kena bawa girlfriend makan sebagai tanda terima kasihh :)

 -makan sorang-


STEP KEDUA
sesi ke-2 nie, 
perlu berjumpa doktor yg akan buat pembedahan Lasik nanti iaitu Dr Yeoh.
Doktor akan buat pemeriksaan lebih mendalam pada mata & jika semua okay, 
boleh set appointment untuk pembedahan Lasik.
Lasik di advance vision hanya di lakukan pada hari jumaat sahaja.

untuk sesi rawatan ke-2 nie bayaran akan dikenakan sebanyak RM80.
dan kos rawatan Lasik untuk yg basic macam efa buat: RM2888.
Jumlah = RM2968 

power rabun mata efa : 
mata kanan 500++ & mata kiri 400++
semasa rawatan nie, 
mereka akan titiskan ubat pada mata,
dan kesannya penglihatan akan jadi kabur dalam masa beberapa jam..
tak boleh nampak dengan jelas.
di nasihatkan untuk membawa teman kerana anda tidak boleh memandu selepas itu..
lepas tidur beberapa jam peglihatan akan kembali pulih semula..


STEP KETIGA

pinjam gambar lasik Hanis Zalikha yg buat pembedahan pada hari yg sama..
sumber dari instagram tunang Keknis: Hairul Azreen
3 APRIL 2015
Pembedahan Lasik di lakukan dalam tempoh tak sampai 3 minit..
rasanya sekejap je dalam 1-2 minit..dah siap :)
rawatan menggunakan laser
Dr Yeoh seorang doktor pakar yg sangat peramah & pantas ^^

Alhamdulillah 
lepas pembedahan vision 50% 
boleh terus balik rumah.. kena tidur dalam 3-4 jam..
selepas bangun vision dah 70-80% 
time tu teruja sikit dah boleh lihat dengan jelas tanpa pakai spec hehe
selepas pembedahan, nanti kena datang checkup sebanyak 5 kali.

selepas pembedahan lasik, 
kena jaga pantang:
mata tak boleh kena air, tak boleh buat aktiviti lasak yg mengeluarkan peluh, tak boleh make up pada mata dalam tempoh 3 minggu untuk elak mata terkena bakteria..
kena elakkan mata dari terkena cahaya & kena rajin titis ubat mata
InsyaAllah selepas tu mata akan pulih sepenuhnya :) 
-bekalan ubat selepas rawatan-

ramai yang tanya: sakit tak?
bagi efa, tak sakit sangat :) 
buat mereka yg nak buat rawatan nie, jangan takut k hehe

Alhamdulillah segalanya dipermudahkan ^^

pemandangan yg paling indah sekali selepas rawatan ialah waktu: 
SOLAT
sebelum nie masa rabun, bila solat tak pakai spec, memang tak nampak jelas.
ketika solat pertama selepas rawatan,  Ya Allah..nak mengalir air mata waktu tu.. dapat lihat tempat sujud dengan jelas.. Bersyukur sangat Allah kurniakan kembali nikmat penglihatan..
hanya yg alami dapat merasainya :') 

"Ya Allah, berikanlah nikmat kebaikan 
di dunia & akhirat buat kami semua" 
Amiiinn ^^


ADVANCE VISION 
Eye Specialist Center
Alamat: 
54, Jalan SS21/35, Damansara Utama,
47400 Petang Jaya, Selangor
(landmark: Uptown Damansara) 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sekian,
Terima kasih ^^ 

44 comments:

  1. alhamdulillah dh ok.. teringin gak nk buat.. kena simpan duit dl.. hehehe

    ReplyDelete
  2. dear Mizz Tina,
    insyaAllah nanti ada rezeki awk pulak buat lasik ya :)

    terima kasih ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm..kalau untuk rabun silauboleh rawat jgk ke?skrg dh tahun 2017, mcm mna dgn mata awk? Ok x? Ke ad mslh rabun blk.

      Delete
  3. teringin juga nak buat dh lama dh...best jgk tempat ni tq dear..sharing.

    ReplyDelete
  4. terima kasih cik efa berkongsi.... nak cadangkan pada isteri saya...

    ReplyDelete
  5. haa nak bawak husband akak buat la!!

    ReplyDelete
  6. Lama tk singgah sini. Tahniah kak efa! Tringin jugak nk buat lasik. :3

    ReplyDelete
  7. salam. nak tanye, lame x kene tggu turn utk buat operation tu? awak punye brape lame kne buat apoinmen?

    ReplyDelete
  8. Thanks utk info ni..mmg lama dah tringin nak buat...tp takut..dan sesetengah tu tgk hrga yg sgt mahal..ni mcm best lak price dia...tq cik effa atas info ni...looking fwd to do this too...in shaa Allah...

    ReplyDelete
  9. Tq atas perkongsian.tengah berhajat nak buat tapi takot. Masa prosedur dilakukan tu ada rasa sakit tak?hanis zalikha buat kat vision ni jg ke??

    ReplyDelete
  10. kalau nak buat ni kene buat appointment dulu ker @ datang terus ke kedai ni cik efa? saya teringin nak buat insyaallah jika diizinkan oleh Allah :)

    ReplyDelete
  11. nak buat laser ni kene buat appointment dulu @ datang kedai ni terus cik efa? saya berminat nak buat insyaallah jika Allah izinkan :)

    ReplyDelete
  12. Mamamia: masa operation tu tak sakit.. sekejap je.. dalam seminit dua je dah siap :)


    Razie: tak perlu appointment, boleh dtg klinik terus.. untuk permulaan nanti mereka akan terangkan detail untuk proses rawatan dulu.. jika bersetuju nak buat rawatan, baru buat appointment untuk step seterusnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Efa...
      Awk punya rabun lebih kurg saya jer...
      Boleh awak wsp saya..??
      0134809240...
      A bit question nk tny awk

      #sharing

      Delete
  13. tq sis atas info berguna. InsyaAllah saye pn teringin utk buat lasik jika dimurahkan rezeki. amin

    ReplyDelete
  14. setakat ni ada side effect tak? teringin juga nak buat..

    ReplyDelete
  15. As salam dik, selain dari lasik ada tak rawatan lain, ibumertua akak double vision sebelah mata boleh ke dapat rawatan kat situ?

    ReplyDelete
  16. Kos yg di tunjuk 2 utk both eye ke??

    ReplyDelete
  17. maaf nak tanya.. lps lasik ada rasa side efeck tak? terutama waktu malam

    ReplyDelete
  18. Ada side effect x puan empunya mata..

    ReplyDelete
  19. Terima kasih atas perkongsian ni. Mudah-mudahan satu hari nanti saya juga dapat rasa nikmat melihat tempat sujud dengan jelas. Dari umur 11 tahun lagi dah tak dapat rasa nikmat ni

    ReplyDelete
  20. nak tanya...brapa kali ea untuk follow up treatment?

    ReplyDelete
  21. Kos yg tunjuk tu utk kedua dua mata ke atau sebiji saja?

    ReplyDelete
  22. Boleh wasup sy x? 0145199535.. Ad a little bit question nak tanya.. Tq

    ReplyDelete
  23. Good sharing,,, nak buat jugak nanti ,, tunggu lpas habis bfeed,,, x sabarnyeee

    ReplyDelete
  24. Nk tanye sis...ade rasa sakit x masa buat pembedahan tu?

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah..sya semangat nk truskn lasik after bca beberapa blog tmasuk blog sis..
    Sya dh buat lasik semalam..26.02.16.. now bru siap check up 1 day after lasik..syukur.. sya buat custom lasik..power 900..huhu
    Bdebar sgt..tapi trully.. time operation..xrasa ape.. just pandg cahaya merah.. tu je.. my advice..plis..tdo after lasik..mkn ubt doc bg tu..ubt thn sakit n ubt tdo.sebb after ilang ubt kebas..mmg pedih mata..sampaikn air mata turun dgn byk..custom lasik ni.. mmg pedih skit dr standard..sebb kmi share pengalaman ..jumpa kenalan kat advace vision ni..dia standard..sya custom.. lain sgrt experience lepas lasik.. now..ayukur alhamdulillah.. syukur ..26thn rabun..now dh terang penglihatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam..ida ahmad..kalo x keberatan..bleh watsap saya x? (0192161760)..

      Delete
    2. Assalam..ida ahmad..kalo x keberatan..bleh watsap saya x?..0192161760

      Delete
  26. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمُةُ اللهِ وََبَرَكاَتُهُ ...
    Sis ida.. Blh sya tau.. Sis rabun jauh @ rabun silau?

    ReplyDelete
  27. kawan saya putus urat saraf mata.kat sini blh buat x

    ReplyDelete
  28. Sis ida bleh whattapps sy tak? nk tnya ckit..0123516470

    ReplyDelete
  29. sis ida..boleh whattapps sy tak..sy nk tnya ckit..0123516740

    ReplyDelete
  30. Cik ida..berapa lama masa diambil untul recover mata cik ida tu..utk dpt 100% vision...

    ReplyDelete
  31. Klu 3minggu xleh kena air kat mata..mcm mana nak solat?

    ReplyDelete
  32. Aduhhh 3k,mang murah dr yg lain.tp nk cari 3k tu la..������

    ReplyDelete
  33. Salam..berapa lama masa pulih ye?

    ReplyDelete
  34. Nak tnya basic lasik utk those yg power dari brp ke berapa ye?

    ReplyDelete
  35. Berapa lama nak recover from surgery ye? Sebab saya ingat nak balik malaysia next year dalam 3 bulan je so agak agak sempat tk nak buat surgery ni?

    ReplyDelete
  36. saya ada masalah glaukoma tetapi masih diperingkat awal. Boleh saya membuat pembedahan lasik?

    ReplyDelete
  37. Sia efa , cmne skrg ok lagi pandangan mata, masih mencari lokasi dan ongkos.. hihihi.. moga dimakbulkn hasrat sy

    ReplyDelete
  38. Assalammualaikum Cik Efa,

    Saya ingin bawa anak untuk consultant di pusat ini. Nak tanya, cost tu untuk kedua belah mata ke? dan hari apa dan pukul pusat beroperasi?

    Terima kasih

    ReplyDelete
  39. Salam sis. Nak tanya utk follow up harga lain ke inc pakej dh?

    ReplyDelete

mekasihhh sudi baca dan komen :)