Bagi penggemar keropok lekor di sekitar Putrajaya dan kawasan yang sama waktu mahupun berlainan waktu dengannya boleh tersenyum riang kerana Leko-Leko keropok Lekor Terengganu baru sahaja membuka outlet mereka yang ke-10 dua minggu lepas di Putrajaya.
walaupun sekarang di mana-mana gerai tepi jalan senang nak dapat kopok lekor, anda di paksa disarankan mencuba keropok leko-leko ini..
"Tera sekali Nok Lagi..!! "
Walaupun dah 2 minggu Leko-Leko berada di Putrajaya nie, lokasi di Jalan Diplomatik, presint 15, sederet dengan Mydin, bertentangan dengan tempat efa kerja, tapi baru tadi perasan...waktu nak balik lunch kat rumah. sekilas pandang, hati berkata "macam sedap je'' tapi buat tak tahu... waktu nak datang balik lepas rehat, terus pergi beli.. "saje nak try" hehehe.... memang sedap..
Jujur cakap, sebelum nie tak pernah tahu pun tentang kewujudan jenama Leko-Leko nie.. kata orang tak kenal maka tak cinta..so, sudi-sudi lah berkenalan dengan beliau ye..hehe
Selain daripada keropok lekor, mereka juga ada jual ice blended, air tin, air botol serta buah-buahan..
untuk maklumat lanjut boleh singgah sini..
mekasihhh
^__^