Photobucket Photobucket Photobucket

Wednesday, January 11, 2012

senarai kedai buku yang terima baucar buku RM200









Syukur Alhamdulillah..masih lagi bernafas..semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Pasti semua pelajar sudah tahu tentang Baucar Buku 1Malaysia sebanyak RM200 untuk semua pelajar IPT kan, kepada anda yang masih belum mengambilnya sila lah tuntut dengan kadar segera kerana Efa telah mengambilnya seawal pagi tadi...hehehe *pengsan =_=

Bagi pelajar UiTM Puncak Alam, anda boleh mengambil baucar tersebut pada:

Tarikh : 11 Januari hingga 20 Januari 2012 (Isnin hingga Jumaat)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat: Dewan Serbaguna Kompleks Angsana (bersebelahan Pejabat Bendahari)

Tarikh : 25 Januari hingga 15 Mac 2012 (Isnin hingga Jumaat)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat: Pejabat Bendahari Kampus Puncak Alam

*Semua pelajar yang layak menerima baucar berkenaan hendaklah hadir sendiri dengan membawa bersama kad pelajar dan kad pengenalan masing-masing semasa membuat tuntutan.



Bagi pelajar tahun akhir seperti efa, baucar tersebut boleh di gunakan untuk membeli buku-buku dan majalah ilmiah serta barangan alat tulis. errkk...baucar tu nak tebus buat beli novel banyak-banyak boleh tak??hehehe


Menurut penjaga kauter baucar tadi, antara kedai buku yang menerima baucar RM200 ini adalah kedai buku POPULAR, MPH, dan semua kedai yang mengambil bahagian.. Bagi pelajar di kawasan Puncak Alam, anda juga boleh menebus baucar tersebut di kedai Arked Buku {Keliki} di Econsave, Alam Jaya (Puncak Alam), semua jenis buku boleh di tebus di kedai tersebut. ^^


Semoga kita semua dapat menggunakan sebaik mungkin baucar tersebut.. Untung kan jadi pelajar...hehehe Terima Kasih 1Malaysia...hihihi ^^





Friday, January 6, 2012

Aku Tak Sembahyang..Tetapi Aku Berjaya..( Istidraj)







Sekadar berkongsi 
untuk Renungan diri sendiri dan Sahabat-sahabat yang di Kasihi Sekalian..


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

" Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku"

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, " Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?"

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

" Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa"

ALLAH menjawab,

" Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya"

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

" Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…"

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.


Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.



Sayang Isteri di tangan-tangankan












KEJAM kan lelaki itu.. T_T
ceritanya berpunca dari si lelaki (tunang) merasa diri dikhianati oleh wanita itu..
 tapi tak perlulah belasah perempuan sampai mcm tu..kannn.... =_=
kami kan kaum yang lemah..merujuk kepada kaun hawa T_T
Tinggalkan sahaja tunang macam tu. 
Anda berhak mendapat yang lebih baik kerana
 lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.
 Tetapi dengan membelasah perempuan itu anda
  tidaklah sebaik mana pun.....

T__T




*sumber: dari e-mail seorang kawan.

thanks sudi baca ^^


Tuesday, January 3, 2012

selamat tahun baru 2012! ^^



Happy New Year 2012...Selamat Tahun Baru... walaupun dah masuk hari ke-3 tahun baru nie, hampir nak masuk hari ke empat dah pun.. =_= efa tetap nak ucapkan selamat tahun baru...sebab ini adalah entri pertama tahun 2012..hehe *lambat laa minah nie =_=

Sebab baru je dapat on-line kat kolej nie..cuti seminggu bersenang lenang sambil meng-ulangkaji pelajaran di rumahku syurgaku ^^  *study laa sangat =_= untunglah kat rumah tak boleh on-line..ada la juga masa nak pegang-pegang tengok-tengok buku kann..hehe

sebenarnya hari ahad lepas lagi nak balik study kat kolej tapi malas pulak rasa..mula-mula plan nak balik pukul 4ptg...tengok jam hampir pukul empat...cakap kat hati, pukul 5ptg laa balik...dah pukul lima, rasa gerak pukul 6ptg lagi okey...akhirnya pukul enam pergi tanpa meninggalkan pesan..tak balik jugak.. =_= tukar plan balik hari isnin pagi pulak..tapi abang-abang efa ajak mandi bersantai-santai sekeluarga di pantai Port Dickson pulak...rugi laa kalau tak ikut kan!? hehe..

Di pendekkan cerita, isnin tanggal 2 Jan 2012: sempat lah efa merasa mandi air laut dan angin pantai yg sepoi-sepoi bahasa Malaysia tuu ^^ rasa bahagia sangat beriadah bersama keluarga di PD *ayat skema gila =_= sebenarnya dah lama sangat tak pergi laut...lebih 2tahun kot..dulu selalu jugak pergi TC masa belajar kat Kuantan..


Akhirnya hari ini Selasa baru selamat pulang ke Puncak..hehe tetapi masih rasa malas lagi nie.. rasa rindu pulak kat rumah..rindu mak ayah adik-adik..:( *gaya macam jauhhh sangat je rumah tuu =_= rasa tak nak balik Puncak Alam terus dahh T_T tetapi mesti/harus/wajib balik juga...Ooohhhhh ini semua Final exam punya angkara =_=

Cerita tahun baru, bulan pertama 2012 nie, seluruh penuntut UiTM dan kawasan yang sewaktu dengannya bakal menduduki peperiksaan akhir...atau nak lagi best boleh sebut final exam..hehe untuk diriku dan rakan-rakan seangkatan, final exam ini merupakn peperiksaan terakhir pengajian.. sebab dah last semester pun.. *pejam celik pejam celik tak pejam pejam* sekejap je rasa belajar selama 2 tahun nie..nak habis dahh =_=


semoga tahun 2012 ini memberikan lebih 13688601388juta kebaikan, kebahagian dan kejayaan dunia dan akhirat buat efa dan semua yang menonton membaca blog ini ^^
buat semua rakan-rakan yang di kasihi, selamat maju jaya..all the best!
Doakan efa berjaya menjawab final exam dengan tenang, cemerlang lagi gemilang ye!

Terima Kasih sayang! ^^







^^ mekasih sudi baca ^^

TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog