Wednesday, January 11, 2012

senarai kedai buku yang terima baucar buku RM200









Syukur Alhamdulillah..masih lagi bernafas..semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Pasti semua pelajar sudah tahu tentang Baucar Buku 1Malaysia sebanyak RM200 untuk semua pelajar IPT kan, kepada anda yang masih belum mengambilnya sila lah tuntut dengan kadar segera kerana Efa telah mengambilnya seawal pagi tadi...hehehe *pengsan =_=

Bagi pelajar UiTM Puncak Alam, anda boleh mengambil baucar tersebut pada:

Tarikh : 11 Januari hingga 20 Januari 2012 (Isnin hingga Jumaat)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat: Dewan Serbaguna Kompleks Angsana (bersebelahan Pejabat Bendahari)

Tarikh : 25 Januari hingga 15 Mac 2012 (Isnin hingga Jumaat)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat: Pejabat Bendahari Kampus Puncak Alam

*Semua pelajar yang layak menerima baucar berkenaan hendaklah hadir sendiri dengan membawa bersama kad pelajar dan kad pengenalan masing-masing semasa membuat tuntutan.



Bagi pelajar tahun akhir seperti efa, baucar tersebut boleh di gunakan untuk membeli buku-buku dan majalah ilmiah serta barangan alat tulis. errkk...baucar tu nak tebus buat beli novel banyak-banyak boleh tak??hehehe


Menurut penjaga kauter baucar tadi, antara kedai buku yang menerima baucar RM200 ini adalah kedai buku POPULAR, MPH, dan semua kedai yang mengambil bahagian.. Bagi pelajar di kawasan Puncak Alam, anda juga boleh menebus baucar tersebut di kedai Arked Buku {Keliki} di Econsave, Alam Jaya (Puncak Alam), semua jenis buku boleh di tebus di kedai tersebut. ^^


Semoga kita semua dapat menggunakan sebaik mungkin baucar tersebut.. Untung kan jadi pelajar...hehehe Terima Kasih 1Malaysia...hihihi ^^





14 comments:

Diana @ bilakukatacinta said...

baucer tu akak nak beli ink printer boleh tak? buku dah manyak...ink dah takde ni..hehe


salam kenal

efa nur said...

Diana: betul jgk tuu..same laa ngn efa..ink printer dah takde.. nti kite try laa tanye kedai yg terlibat tuu ye..hehe :D

Spongebob Tercekik said...

Semua kedai yang mengambil bahagian tu takde list ke..

efa nur said...

Spongebob tercekik, setakat ini belum ada lagi rasanya..tadi pihak pengurusan cuma bagi tau,
pergi je kat mana2 kedai buku dan tanya..or cari kedai buku yang ada letak tanda terima baucar di luar kedai..huhu

setakat ini..itu je efa tau..huhu

thanks ya :)

Sue Niera said...

epah angsana yg nun d hujung sana tu ka???

efa nur said...

sue niera:iyaaaa baah..yg ujung tuu:D

kt atas..sebelah pejabat bendahari..level 1 :)

Sue Niera said...

owh okay2.. td epah ambik ngan sape?? kimey dah ambik ke??

efa nur said...

sue, amik sorg2 jew..punya laa semangat jam8.30 dah terpacak kat depan kaunter tuu td..huahuahua

kebetulan g anta adik exam pg td..hehe smlm ade ajak tp kimi kata mau FOKUS exam!! :D

Anonymous said...

suma cawangan ppular ngan mph trima eh baucer 2?

hana said...

lom sempat agi nak tuntut baucer..

efa nur said...

yup..semua cawangan popular dan MPH terima baucar tersebut.terima kasih :)

HeNRieTTa JoSe said...

Wah....siap nari joget2.....hehehe....

Miss Riena said...

nak tnye nie, sy slh seorg plajar ipts .. sy bru dpt baucer 2 hari nie, tp pihak kolej ckp kt sy baucer buku 2 boleh tebus kt koperasi kolej sy jerk .. btul ke ?? sy hrp sgt baucer 2 boleh dpt tebus kt kedai popular, sbb kt koperasi kolej sy brng x seberape. tq ..

efa nur said...

Miss Riena: selain di koperasi kolej, baucar itu jugak boleh di tebus di semua cawangan MPH dan Popular serta kedai2 yang mengambil bahagian oleh semua pelajar yang memiliki baucar tersebut.. :)

saya di fahamkan semasa membuat penebusan, pelajar di minta mempamerkan kad pelajar..terpulang pada kedai terlibat..sama ada mahu ataupun tidak :)


terima kasih ya :)

TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog