RASULULLAH S.A.W BERSABDA :
Barang siapa yang mengerat kukunya pada;
Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan ...
Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit..
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
hadis kelebihan memotong kuku seperti diatas datangnya dari Iman Ghazali yang di mana ianya adalah hadis dhaif. Tiada hadith-hadith yg sahih mengenainya.. walaupun tiada bukti kesahihannya, namun ianya tidaklah memudaratkan
Jari yang perlu didahulukan ketika memotong kuku,
al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:
Maksudnya:
"Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadith pun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata:
"Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan sama ada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."
Memotong kuku ini termasuk didalam sunan al-fitrah,atau pun perkara biasa yang mesti dilakukan oleh seseorang muslim.Dari Anas meriwayatkan bahawanya:
"Dia (Nabi saw) telah memberikan waktu kepada kami agar 'trim' misai kami, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan; kita tidak dibenarkan meninggalkannya lebih dari 40 hari" [Hadith Riwayat Muslim 258].
Hadith sahih ini menjelaskan tempoh maxima seseorang untuk memotong kuku adalah tidak lebih dari 40 hari.
Tahukah anda? Dosa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang sama seperti memelihara SEKANDANG KHINZIR!! walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah TIDAK SESUAI berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan tangan juga digunakan untuk beristinjak.
sharing is caring!
renung-renungkan dan selamat beramal ^__^
6 comments:
arini jangan potong kuku .. XD
Heran jugak bila org suka bela kuku panjang,macammana la diorang buat kerja,masuk segala benda2 kotor..kalau makan,lagi la..huhuhu
Info yg bagus dikongsi..sekurang2nya dpt tau benda yg selama ni kita pandang rendah..
thanks for sharing... ;)
new entry: Serius! Ni Lebih Masyuk Dari Nuffnang, Google Adsense, Innity..
baiklah..
ramai tau tp wat jugak
follower ke seribu..yesss
salam,
saya kurang yakin dengan hadis berkenaan kuku itu,
ini saya copy paste dr http://www.lailahaillallah.com/awangmohammedfahd/ harap boleh penjelasan ini memadai.
ini hadith maudhu, lebih baik nasihatkan pembaca supaya jgn percaya hadith ini. Tidak boleh meriwayatkan hadith maudhu kecuali sebagai pemberitahuan ianya adalah maudhu
Dari al-mubarak bin ali ash-shairafi dari Abu Hurairah r.a bahawa rasulullah s.a.w bersabda:
“Barangsiapa memotong kuku pada hari sabtu nescaya keluarlah darinya penyakit dan masuklah padanya kesembuhan. Barangsiapa memotong kukunya pada hari ahad, nescaya keluarlah darinya kemiskinan dan masuklah padanya kekayaan. Barangsiapa memotong kukunya pada hari isnin, nescaya keluarlah penyakit dan masuklah padanya kesihatan. Barangsiapa memotong kukunya pada hari selasa nescaya keluarlah darinya penyakit sopak dan masuklah padanya ‘afiat. Barangsiapa memotong kukunya pada hari rabu, nescaya keluarlah darinya was-was dan ketakutan dan masuklah padanya keselamatan dan kesihatan. Barangsiapa memotong kukunya pada hari khamis nescaya keluarlah darinya penyakit kusta dan masuklah padanya afiat. Dan barangsiapa memotong kukunya pada hari jumaat nescaya keluarlah darinya dosa-dosa dan masuklah rahmat padanya.” (hadith riwayat ad-dailami dlm sunannya)
Kata ibnul jauzi dlm Al-Maudhu’aat: hadith ini adalah maudhu’. Ia adalah di antara hadith maudhu’ yg paling jelek. Dlm sanadnya terdapat orang yg majhul dan orang yg dhaif. Pada awal sanad terdapat Hannad An-Nasafi seorang yg tidak tsiqah dan di akhir sanadnya ialah Abu Ishmah Nuh bin Abu Maryam. Nuh bin Abu Maryam ialah Nuh bin Yazid. Abu Ishmah seorang pembohong dan pembuat hadith. Hannad pula meriwayatkan hadith-hadith maudhu’ dan cerita2 bohong.
Demikian juga Kata Ibnu Iraq.
Kata Az-Zahabi dlm Mizan Al-I’tidal Fi Naqd Al-Rijal: Hannad bin Ibrahim ialah Abu Muzaffar An-Nasafi. Dia meriwayatkan banyak hadith selepas tahun 450-an ttp ia meriwayatkan hadith2 maudhu’ dan cerita2 bohong.
Al-Hafiz As-Sakhawi dlm Al-Maqashidul Hasanati berkata: Tidak ada sebuah hadith pun yg sabit dari rasulullah s.a.w mengenai cara memotong kuku dan mengenai penentuan hari2 memotongnya.
Post a Comment