benda yang perlu di bawa untuk bercuti ke Singapore!
Passport, Singapore dollar, dan voucher pakej.
9-10 mac yang lalu,efa bercuti bersama BFF seramai 6 orang. kami naik 2 kereta, gerak dari Bangi.
so,ada 2 envelope untuk duit minyak dan tol setiap kereta.
di sini ada sedikit tips dan bajet untuk anda jadikan rujukan jika nak bercuti ke Singapore! :)
untuk mereka yang bertolak dari luar JB, seperti kami,
bajet dari Bangi untuk minyak pergi balik lebih kurang RM100 untuk 1 kereta.
Tol pergi balik RM82.40 satu kereta.
kami ambil Pakej 2D1N JB-USS RM308 seorang
untuk hotel,tiket USS, dan return transfer.
untuk detail pakej USS tahun 2015, boleh refer di bawah ya :)
HARI PERTAMA di JB
9 Mac 2013
kami betolak dari Bangi lebih kurang pukul 8.45pagi . sampai JB dalam pukul 12.00 tengahari.
kami singgah di Johor Premium Outlet (JPO) dulu untuk shopping,cuci mata dan makan.
lepas tu, bergerak ke hotel untuk check-in.
kami menginap 1 malam di Hotel Grand Sentosa yang terletak di Plaza Sentosa,jalan sutera,
hotel nie dalam mall, so kalau nak beli barang atau makan boleh jalan dalam mall tu je :)
dan paling penting, ada parking free khas untuk guest hotel..
tak perlu risau untuk parking kereta anda :)

*my BFF*
ika, teha, meem, zul dan hajar
kami 6 orang, 2 lelaki 4 perempuan. so,ambil 3 superior room. 1 bilik 2 orang.
lepas check in kami lepak-lepak rehat rehat dulu dalam bilik.
bilik sangat selesa dan puas hati ^^
petang, kami keluar jalan-jalan ke Danga Bay pulak..
makan di restoran singgah selalu...
harga okey laa..kami makan Siakap Bakar (medium), sotong goreng tepung (medium), Ayam lemon west (medium), nasi putih, air sky juice special 1 jug..hehe
dan 1 benda tersembunyi yang kami tak tau,air mineral yang diletakkan atas meja adalah berbayar.
masing-masing ingat free..hahaha
1 botol kecik mineral tu dia caj RM1.50, gov tax & service charge RM9.85
so, jumlah untuk 6 orang makan adalah RM 99.35
seorang RM16.50..not bad laa..huhu
lepas makan, malam tu kami exercise kat pasar karat pulak.. :)
pastu,balik hotel..zzZzzzz
HARI KEDUA di USS
10 Mac 2013
pukul 7.00pagi kami siap-siap breakfast,dan terus check out.
van ambil kami di hotel pukul 7.30pagi. Bawa pergi danga bay dan terus ke USS.
masa di Danga Bay,agent akan beri 'white form' untuk di isi
dan beri voucher untuk dapatkan tiket USS
perkara paling penting sebelum masuk singapore,
jangan lupa bawa passport dan TIKET USS ye..
masa kat imigresen, bas akan turunkan penumpang untuk urusan cop passport,
pastikan anda ingat no plat bas.. lepas dah siap urusan imigresen semua,
sila naik bas yang sama ye :)
untuk balik pun sama, akan naik bas yang sama..pukul 7pm dari uss di tempat yang sama..
so,sila cam muka driver bas dan no plat bas ye untuk kesenangan masa depan..hehe
kalau takut lupa, tangkap gambar bas tuu ye.. n_n
kita enjoyy..!!
far far away ^^
transformers!! antara ride yang wajib anda naik.
super best gila kentang..kami bagi 5 bintang..hehe
yeaahh..berjaya naik roller coaster lane merah tuu :D
baju hujan nie kami bawa sendiri..beli kat mydin je yg murah-murah..
jimat kos tak payah beli kat USS..hehe thanks meem belanja baju hujan tu! :D
lunch makan set burger.. untuk 6 orang makan, 72SGD
Alhamdulillah kenyang..yeng penting halal :)
sebelum balik,beli sedikit buah tangan untuk di bawa pulang..
shopping berplastik-plastik..sorang 1 je souvenir..kesian..
masing-masing miskin dalam uss tuu..
semua nye salah i kan..huhu T_T
*tourist*
sangat indah bercuti bersama teman rapat..
buat hajar,ika,teha,meem dan zul.. terima kasih atas sokongan korang!
thanks for wonderful holiday!
❤ best friend forever! ❤
efa~zul~meem~ika~hajar
xoxo
❤
thankss sudi baca ^^
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PAKEJ USS
PROMOSI SAH SEHINGGA DECEMBER 2015
BOLEH PERGI PADA BILA-BILA MASA :)
**PROMOSI
PERCUMA 5$ meal voucher & 5$ retail voucher
**terhad, selagi stok masih ada, sah untuk dewasa sahaja.
Pakej Sehari di USS
Dewasa RM208 (13-59 tahun)
Kanak-Kanak RM168 (4-12 tahun)
Pakej Termasuk:
Tiket masuk ke Universal Studios Singapore
pengangkutan dua hala:
Danga Bay-USS
(Seat in Coach return transfer)
*Departure time
from Danga Bay:
From JB : 7.20 am
From USS : 6.30 pm
****************************************
Pakej 2D1N JB-USS
Dewasa RM308 (13-59 tahun)
Kanak-Kanak RM258 (4-12 tahun)
*min 2 orang per trip
Pakej Termasuk:
Penginapan 1 malam di Hotel Grand Sentosa,JB
Sarapan Pagi di hotel
Tiket masuk ke Universal Studios Singapore
pengangkutan dua hala:
hotel-USS-hotel
****************************************
Pakej 3D2N JB-USS
Dewasa RM368 (13-59 tahun)
Kanak-Kanak RM298 (4-12 tahun)
*min 2 orang per trip
Pakej Termasuk:
Penginapan 2 malam di Hotel Grand Sentosa,JB
Sarapan Pagi di hotel
Tiket masuk ke Universal Studios Singapore
pengangkutan dua hala:
hotel-USS-hotel
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk booking,boleh email details berikut ke:
efanurjannah@gmail.com
Nama :____________________
No IC : _____________________
No hp :____________________
tarikh pergi :____________________
jenis pakej :____________________
jumlah pax :______________
E-Mail :______________
untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
Call/SMS : 019-9767971 (miss efa)
WhatsApp only : 017-6843821
Email : efanurjannah@gmail.com
terima kasih ^^