Photobucket Photobucket Photobucket

Wednesday, November 3, 2010

Part-time

♥ ♥ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ♥ ♥

Assalamualaikum...
kat sini ak nk share cerita tentang kerja2 part-time yg ak penah wat...
dari thn 2008 sampai skrg..setiap cuti sem,mesti ak kerja...
xde istilah cuti laa dlm kamus idup ak..(konon) hehe
ade lg keje2 lain yg ak penah wat..tp xde gmbr nk tayang..huhu

gambar bawah nie time ak keje Cashier kt Carrefour East Coast Mall, Kuantan
0ct-Dec 2008...
ak keje lepas abes practical sem5...waktu cuti sem..
best jgk jadi cashier..n best jgk melayan karenah customer setiap hari...hehe
baru ak tau mcm mane rase jd cashier kt Malaysia nie..
"pengalaman mengajar ku erti hidup"
waaahh...p0yooss....haha

(sila klik untuk gambar besar)

di samping menanbah pendapatan+mengisi masa lapang,
dapat jgk tambah kwn2 baru...;)
mmg best jadi cashier..hari2 pegang duit..hihihi
tapi gaji yg ak dpt xde laa masyuuk sgt time 2..huhukhuk

gambar yg bawah nie plak time ak jadi Product Consultant, Demo Power..
untuk Fernleaf Event...June-July 2009
keje nie paling best yg penah ak buat setakat nie..serius..!!! ;))
keje cume sabtu ahad..(jumaat sabtu @ Kelantan & Terengganu)
keje kt byk tempat..best nye sbb ak dpt jejln..hehe
tempat yg ktorg g wat event kt pasaraya2 area pahang,kelantan n terengganu...
byk sgt g..lupe name2 tmptnye..hehe 
 paling2 Best....gaji die maSssyuukk....;))
dalam sebulan 2 boleh dpt dlm RM1K...+elaun..
bayangkan keje 2 hari je dlm seminggu..if g luar dari pahang ++elaun mkn..
siap pengangkutan&penginapan di tanggung..best kn..hehe
keje pun xdelaa berat sgt..pr0mote Fernleaf product+melayan customer..i like..;))
mmg pengalaman keje yg plg best laa bg ak..hihi

(sila klik untuk gambar besar)
yg kt bwh nie pulak time ak wat partime cuti semester yg lepas...
2 kali ak keje kt genting...
1st mase cuti mid-semester break seminggu (chinese new year) Feb2010
ak keje kt CSPA department..
tugas ak juz tgk2 org lalu lalang n pasangkan wristlet kt pelancong..hehe
keje mmg sy0okk..rilex je..siap boleh usha2 pakwe lg..hikhik (ak yg kne usha) ;p
tp seminggu je ak keje..gaji boleh tahan jgk..n plg sy0ok..
dpt maen theme park game free..!!hehe ;))
mule2 sampai sane best..suke g genting..tp bile lame2 dh kt sane jd bosan plak..huhukhuk

2nd time cuti semester break sebulan lebih....
lepas je ak konvo diploma, 1 june ak start keje kt genting..sebulan kt sane..
kali nie ak keje kt Cinema & Retail department..
paling menarik keje bahagian nie sbb ak keje jge panggung wayang....
coz ak dpt tgk wayang free sebulan 2..walaupun cite yg same je ak tgk tiap2 hari..hehe
curik2 tgk sebenarnye..hehe
oohh ye..kali nie ak keje ngn adek ak skali..die baru abes matrix time 2..
best+sy0ok+menarik+okeylaa..huhu

(sila klik untuk gambar besar)
oohh yee...sekadar berk0ngsi...
befday ak 13June...
dh 2 tahun dari 2009 ngn bulan 6 aritu ak keje time befday..;(
yelaaa..tiap cuti sem jew befday ak..tiap befday ak jew cuti sem..
saadisSsss..hukhuk
xde yg menarik pun time befday ak..kena keje...;((
-sume cerita di atas hanya berkaitan dgn ak..tiada kena mengena dgn yg hidup ataupun yg sudah tiada-
~okey sekian~

~SHARING is CARING~

Tuesday, November 2, 2010

Petua Hilangkan Batuk & sakit tekak


Alhamdulillah...
lepas seminggu sy demam+batuk2..akhirnya baik jgk..:)
sy ade petua nk kongsi...untuk hilang kan batuk2...
petua nie sy dpt dr seorang sahabat..
sy xpenah dengar pun petua nie sebelum nie..hukhuk

PETUA HILANGKAN BATUK & SAKIT TEKAK

bahan-bahan yg di perlukan:
1. Jarum menjahit
2. mangkuk/bekas
3. Air masak

cara-caranya:
1. mula-mula rendam 1 jarum di dalam mangkuk yg berisi air masak,rendam semalaman atau 4 ke 5 jam..
biarkan terbuka..jgn tutup..
2. selepas itu selawat 3 kali dan minum air tersebut...
InsyaAllah..batuk akan segera hilang...

p/s:lepas minum air tersebut, tekak akan rase gatal2 & sakit perit kt tekak sekejap, n muntah2..
selepas 2, InsyaAllah batuk2+saket tekak akan terus hilang...

pengalaman sy..
seminggu sy batuk2+saket tekak..minum mcm2 ubat batuk pun masih x hilang2..
lagi perit sy batuk time exm..kesian kt kwn2 yg amek exm same..terganggu ngn batukan sy,..hukhk :(
Alhamdulillah..syukur kpd Allah..
lepas cuba je petua di atas..terus hilang...;)


SELAMAT MENCUBA...;)


Saturday, October 23, 2010

~jagalah hati pasangan anda~



PASANGAN adalah ‘sahabat’ kita yang paling rapat dan setia. Tak kira waktu suka, duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi.
Tapi seringkali kita menganggap pasangan sebagai orang terakhir yang perlu dijaga hatinya kerana mereka pasti akan menerima kita seadanya.
Ada yang mengambil mudah dari segi percakapan dan tidak menghormati pasangan sebagai mana mereka menghormati orang lain.
Dari segi penampilan pula, ramai yang mengambil kesempatan dengan tidak menjaga diri atau paras rupa kerana mereka tahu hakikatnya mereka sudah mempunyai pasangan yang akan menerima mereka walau apa pun yang terjadi.
Kalau ada yang beranggapan begitu pastikan anda ubah tanggapan tersebut kerana pasangan kitalah orang yang paling perlu dijaga dan hormati. Kita juga perlu tampil menarik untuk pasangan dan bukan untuk orang lain.
Penulis berminat untuk berkongsi satu ungkapan daripada tokoh motivasi tersohor negara, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, ujarnya; “Jika mahu diri disayangi, beri kasih sayang kepada orang dahulu”. Maksud lain yang dapat penulis simpulkan di sini ialah, jika kita mahu dihargai pasangan, maka kita harus memberikan yang terbaik kepada mereka barulah kita akan mendapat kebaikan yang sama juga.
Sesuai dengan topik kita cantik luaran dan dalaman, antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah berhemah apabila berbicara, tampil dengan rupa yang menarik dan bersih serta menjaga hati pasangan dengan baik.
Bagi yang mahu berubah namun tidak tahu caranya, panduan di bawah mungkin boleh membantu.

Pertama: Paling penting dalam perhubungan ialah komunikasi yang baik.
Seringkali kita mengabaikan komunikasi yang baik dengan pasangan. Kata ganti nama diri seperti aku dan kau digunakan dalam perbualan harian, padahal lebih molek jika panggilan seperti ‘sayang’ atau ‘abang’ digunakan kerana itu boleh memupuk kemesraan.
Seperti persahabatan, pasangan yang baik perlu komunikasi yang jujur. Perlu bersedia untuk memberi pandangan, nasihat menasihati bila keadaan memerlukan. Jika salah seorang ingin meluahkan masalah, seorang lain perlu mendengar dengan baik.
Jangan pula cuba masuk campur dalam urusan pekerjaan dan keluarga jika tidak diminta. Jika ada yang berkecil hati, pastikan disuarakan dengan baik untuk mengelakkan salah faham yang lebih buruk.

Kedua: Anda dikehendaki menjadi pendengar yang setia. Bila pasangan anda dilanda masalah sebagai contoh di tempat kerja, bersedialah untuk menjadi pendengar dan jangan sesekali mengadili pasangan anda itu walaupun sebenarnya anda tahu bahawa dia yang punca masalah itu.
Apa yang perlu ialah dengar dan beri nasihat secara umum sahaja.

Ketiga: Memastikan bahawa anda tidak bertepuk sebelah tangan. Maknanya bukan anda sahaja yang menganggap pasangan anda itu perlu dihormati, malah dia juga perlu menghormati anda.
Jika ada sahabat lain yang mengutuk pasangan anda di belakangnya, andalah orangnya yang penuh yakin untuk menjadi pembela pasangan anda itu.
Tetapi jika memang pasangan anda melakukan kesalahan, terus-teranglah bahawa anda tidak selesa dia melakukan begitu, pilih perkataan yang sesuai untuk menegur dan tegurlah dengan berhati-hati agar tidak mengecilkan hatinya.
Seringkali kita mendengar rakan kita mengomel tentang bentuk tubuhnya yang semakin berisi dari hari ke hari.
Perkara yang amat lazim terjadi kepada wanita itu seperti lumrah terutama selepas melahirkan anak.
Memang ia amat merisaukan namun apa yang penting selain kerisauan itu ialah tindakan segera yang perlu diambil bagi menangani masalah tersebut.

Keempat: Laburlah sedikit wang untuk penampilan anda, tak kira sama ada untuk menguruskan badan, mencantikkan kulit, berbaju baru dan sebagainya semuanya ada harga yang perlu dibayar.
Namun percayalah ia adalah satu pelaburan yang baik demi perhubungan anda. Tapi tidak kira sama ada anda lelaki atau perempuan perlulah sama-sama mengambil berat tentang penampilan anda.
Kebersihan harus dijaga dan perlu amalkan disiplin diri. Pilihlah pakaian yang kemas dan pastikan anda melakukannya ikhlas untuk pasangan anda.
Jangan bila hendak ke kenduri atau berhari raya baru hendak bergaya. Sepatutnya bergayalah di rumah kerana ada mata dan perasaan yang lebih penting untuk dijaga.

Source: Utusan Malaysia Online


Thursday, October 7, 2010

~RiNdu~

salam...lame nye x update blog nie..huhu bz sgt sampai xsempat nk update..rinduu rinduu...hehe arinie 7oct2010...lg 2minggu nk final exam....byk sgt assg..test..quiz..presentation..lepak2..fb..hehe... untuk melepaskan rindu..ku tatapkan beberape potret2 ku yg indah2...waahhh...gile ape...hehe sesaje jew...laayaaannnn.....!! ;)
















 okey, cukup laaa dulu ye..hehe nanti if ade bykkkkk mase sy update lg k..byk sgt cerita nk share..hihi ade ke yg sudi nk kongsi nie??haiiyaa....huhuhu
k..tata titi tutu....;)

-love-

TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog