Photobucket Photobucket Photobucket

Tuesday, June 7, 2011

Sinopsis Filem 3, 2, 1 Cinta

 3, 2, 1 CINTA 
filem terbaru terbitan Metrowealth yang akan di tayangkan pada
16 Jun 2011
Filem ini bergenre Cinta Komedi
Arahan Azhari Mohd Zain
yang membariskan
Farid Kamil (Nazril), Diana Amir (Sam) dan Pierre Andre  (Fariz)
sebagai pelakon Utama

dan turut di bantu oleh
Mustapha Kamal (Pakcik Azmi), Sheila Mambo (Kak Zah) 
dan Zila Bakarin (Ibu Sam)

 SINOPSIS:

Mengisahkan Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.

Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya. Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.

Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.

 Jangan Lupa ya untuk saksikan Filem ini di pawagam berhampiran anda pada 16June2011..
(macam aku pulak yang berlakon filem nie...haha)


P/S: tak sabar nak tengok filem nie sebab ada lokasi pengambaran di   
UiTM PUNCAK ALAM..
kalau tak silap, diorang buat pengambaran masa efa sem 4 (sekaarang efa sem5)... dalam hujung tahun 2010...tak ingat bulan berapa..hehe :) 
 motif: saja nak promote uitm puncak alam..hikhik



 




banyak anak

meeoowww..meeooww..
comel nye kucing nie..
geram makkkk...
tak tau laa anak sapa..
cedok kat umah incik google..hehe


yang kat bawah nie lagi best..













..........
......
...
..
.





Banyyyyak kannn...!! hehehe



lebih hangat daripada biasa

Assalamualaikum..
selamat pagi... Alhamdulillah, syukur kita masih lagi bernafas dan masih di beri peluang dan ruang untuk menikmati nikmat hidup di dunia ini.. gunakanlah ia dengan sebaik mungkin ya..
"semoga hari ini lebih baik dari semalam dan besok lebih baik dari hari ini"
aminnn...


okey,bye-bye..
efa nak bersiap-siap pergi berperang..
ehh..nak pergi kelas laaa...hehe

Monday, June 6, 2011

JOM TUKAR SUKA SAMA SUKA LINK BLOG

 
JOM KITA TUKAR LINK..!!
 
 
bagi sesiapa yang berminat,
efa akan listkan dalam widget
٠·˙♥●•suka sama suka٠·˙♥●•
 
jika berminat, sila komen
SAYA BERMINAT MENUKAR LINK BERSAMA ANDA 
kat entri ini ye..
terima kasih..


 


TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog