Photobucket Photobucket Photobucket

Tuesday, January 17, 2012

Istimewa Bersama Dato' Siti Nurhaliza ^^ [Air AsiaX Promotion]




-17 Januari 2012-

Baru-baru nie efa ada buat entri khas ucapan birthday untuk Dato' Siti Nurhaliza..siap cakap masa jumpa dulu tak dapat bergambar dengan DCT lagi.. tapi hari ini ada rezeki efa untuk bergambar dengan DCT..."ber-munge-munge" rasa hati ini...hikhikhik ^^

Perancangan di saat akhir...Maaf kepada peminat tegar DCT iaitu Eyma sebab tak sempat nak ajak pergi sekali...lain kali kita pergi lagi okey...hehe ^^ 

Balik dari exam pagi tadi pukul 12pm..efa lepak kat bilik, makan sambil layan running man... pukul 4.30pm tergerak nak online sekejap..buka twitter, terbaca tweet DCT..beliau ada kat 1 Utama pukul 5pm...setengah jam lagi...sepantas kilat bersiap dan terus pergi..sempat ajak Kimmey je..hehe gerak dari Puncak Alam sampai One Utama pukul 6pm.. ingatkan event dah habis..rupanya masih sempat..dapatlah bergambar kenang-kenangan dengan DCT ^^


Dato' Siti Nurhaliza berada di One Utama tadi untuk mempromosikan Air AsiaX... ^^




Yeaahhh...akhirnya dapat juga bergambar dengan Dato' Siti ^^


 kereta Dato' Siti Nurhaliza 



yang paling istimewa.......

^^
khasss untuk Blog Efa Nur...hehe ^^
Terima kasih
 Dato' Siti Nurhaliza ^^




'last but not least'
a big thanks to my dear Kimmey
sebab sudi teman dan 
tolong tangkapkan gambar sayeee!!hehe


Kimmey ^^



thankss ^^



Saturday, January 14, 2012

Zoo Negara 2012


Assalamualaikum..
Syukur Alhamdulillah kita semua masih lagi bernafas... semoga hari ini lebih baik dari semalam..dan hari esok lebih baik dari hari ini.. aminn...

13 Januari 2012. (Jumaat)
  • Rombongan mencuci mata dan minda ke Zoo Negara secara berkumpulan..ehh??
  • Seawal jam 10 pagi kami berjaya tiba di Zoo Negara.
  • Kali terakhir kami datang Zoo Negara pada tahun 2010.
  • Misi utama berkunjung ke Zoo kali ini adalah untuk membuat research Independent Study (IS).
  • Ini merupakan research terakhir sepanjang bergelar siswazah
  • Sebelum menjalankan sesi soal jawab bersama pihak terlibat, kami terlebih dahulu di minta berjalan-jalan bersiar-siar di seluruh kawasan Zoo Negara. ape lagi, jom jalan...... ^^  


Jom jalan-jalan!! hahaa.. seronok naik tram nie.. warna PiNK you! mampu??haha
bayaran yang di kenakan untuk menaiki tram ini hanya RM3 untuk dewasa.
kalau anda malas jalan macam kami, anda boleh naik tram ini.
gerenti puas kaki ^^

adakah anda pernah melalui jalan ini??

antara yang berjaya di kesan! pak rimau hensem..

errkk...cuba teka siapa aku??


antara yang menarik



jangan risau, binatang ini sangat jinak. duduk diam-diam je di situ
 comel pulak tuu!


bermula lah sesi temubual
Terima Kasih tak terhingga kepada
 Dr. Muhammad Danial Felix (Deputy Director)
kerana memberikan kerjasama yang sangat baik kepada kami.
jasamu akan kami kenang! ^^

bayaran masuk Zoo Negara



thanks sudi baca ^^

Wednesday, January 11, 2012

Happy Birthday Dato' Siti Nurhaliza ^^


Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Dato' Siti Nurhaliza yang ke-33tahun.. 11 Januari 2012. walaupun efa tau Siti tak akan baca entri ini, efa tetap nak tulis juga khas buat Dato' Siti Nurhaliza...lantak lah kan..hehehe ^^

baru sekali je efa berpeluang jumpa Siti pada April 2010 kat Plaza Alam Sentral untuk rakaman TV9 "Konsert di Hati Siti Nurhaliza". masa tu tak dapat bergambar dengan Siti.. kecewa sikit laa...hahahaa tapi dapat bergambar dengan kak Saida dan Dato' K..bolehh laa jugak kann...huahuahua  

Sempena ulangtahun Dato' Siti hari ini, efa doakan:

"semoga Dato' Siti di panjangkan usia, di murahkan lagi rezeki, diberikan kesihatan yang baik,
 berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat.
 Semoga Allah permudahkan segala urusan dan di kurniakan anak secepat mungkin" 
aminnnn  






ohh ye, jangan lupa undi Dato' Siti Nurhaliza untuk
Intuned Music Awards 2011.. ^^




thanks ^^

TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog