Photobucket Photobucket Photobucket

Tuesday, December 7, 2010

Maksud dan kegunaan SEO

Maksud SEO (Search engine optimization)
Menurut Wikipedia, SEO atau Search Engine Optimization merupakan serangkaian proses yang dilakukan secara sistematis yang bertujuan untuk meningkatkan volume dan kualitas trafik kunjungan melalui mesin pencari menuju situs web tertentu dengan memanfaatkan mekanisme kerja atau algoritma mesin pencari tersebut.  Kalau di artikan secara bebas, SEO adalah suatu cara yang dilakukan oleh para blogger, agar blog mereka selalu menduduki peringkat sepuluh besar di mesin pencari, atau selalu terindeks di halaman pertama mesin pencari.

urmm..sebenarnya saya masih tak faham tentang cara dan kegunaan SEO nie. yang pasti nya SEO ini penting pada blogger.betul ke? masih mencari dan cuba fahami tentang SEO nie. kadang-kadang bila banyak baca, makin banyak tak faham, sampai pening kepala menelaah tentang SEO nie..hehe pada yg sudah berjaya dan mahir tentang SEO..yang sudi berkongsi ilmu tentang SEO nie, boleh lah kongsi-kongsi ye..hehe :)

~terima kasih~

Monday, December 6, 2010

Sejauh mana kebenaran mesej berantai..??

(untuk lebih jelas,sila klik pada gambar)

okay,msg kat atas nie efa dapat dari rakan kelas..
bukan sorang tapi 3 orang yg hantar msg yang sama..
kat msg tu tulis kena sebarkan pada 10 orang untuk lulus dengan baik,
jadinya adakah perlu untuk efa hantar msg yg sama
 pada 30 orang? sebab 1 msg sebarkan 10 orang..hehe
untuk jimat kredit dan mendapat lebih kejayaan,
efa buat entri ni khas untuk msg berantai nie..
nak tengok,betul2 berkesan tak..hehe
harap-harap post msg nie kat sini akan lebih ramai orang yg baca..
kalau 300 orang yg baca..alhamdulillah..
makbul doa kalian..hehe

efa tabik spring laaa pada orang yg cipta msg nie..hee
sapa yg cipta nie..tau tak??hehe
sebab rasanya msg nie dah merebak dan berjangkit-jangkit..
especially untuk student UiTM laa..hehe
ada tak yg dapat msg mcm nie??dah foward kat 10 orang?hehe
sejauh mana kebenaran mesej berantai macam nie??
ada kesan buruk ke kalau kita tak sebarkan?huhu
tepuk dada tanya selera..:)

buat semua pelajar UiTM,
sabar ya tunggu result keluar 10hb nie..hehe
SEMOGA BERJAYA MENDAPAT KEPUTUSAN YG
TERBAIK
 BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN



KELEBIHAN 1 MUHARRAM


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah saw berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah saw memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah saw, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan

Doa akhir tahun:
: dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."
Berikut adalah Doa Akhir Tahun:
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dari Mu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...



Doa awal tahun:
dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...


Salam Ukhuwah..~

JOM Blogwalking dengan Bloglarian

pengumumam pengumuman..
siapa bilang gadis melayu tak menawan..??
ehh..xde kena mengena dengan tajuk pun..hehe
masa blogwalking, efa nampak ramai blogger join blogwalking dengan bloglarian.
ramai dah join, efa pun tak mau ketinggalan lepas baca detail tentang bloglarian nie
cara mudah untuk blogwalking..lagi cepat dan  jimat masa.
Efa suka berblogwalking
kerana dapat tambah kenalan disamping itu boleh promote blog sendiri..
if kita buat baik,akan di balas baik kan..hehe (tiba-tiba)
melalui blogwalking juga efa dapat tambah ilmu pengetahuan
sebab banyak jalan-jalan dari satu blog ke blog yg lain..
boleh kongsi ilmu dari blog kawa-kawan..
dan cara mudah untuk berblogwalking dengan bloglarian sebab kita boleh blogwalking dengan lima blog dalam satu masa..memang jimat masa. so, efa nak ajak atok, Peni, cik gebu dan kawan-kawan semua join bloglarian...nak tau lebih lanjut,meh tekan kat SINI ye.. :) 


JOM BERLARI....

TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog