Photobucket Photobucket Photobucket

Friday, May 16, 2014

HOTEL MIHRAB -hotel Budget pertama di Putrajaya


 
Bagi anda yang datang bercuti 
ke Putrajaya dan 
mencari tempat penginapan berbajet rendah, 
boleh pilih Hotel Mihrab  yang terletak 
di Presint 15 Putrajaya
lokasi yang strategik, terdapat pelbagai kemudahan 
di kawasan sekitar, banyak pilihan tempat makan, 
dan yang paling best ada Mydin :D
Hotel Mihrab ini beroperasi secara rasminya pada  
15 May 2014.
 Hotel ini adalah hotel budget pertama yang di tubuhkan di Putrajaya, 

keistimewaan hotel nie, 
sudah tentu lah dari segi harganya
 (: nama pun hotel budget, harga istimewa mampu milik
untuk pembukaan ini, mereka ada buat harga promosi
 :)  selain itu, hotel ini juga berkonsep Islamik




untuk tempahan atau maklumat lanjut, boleh hubungi::
Hotel Mihrab Putrajaya 
Jalan Diplomatik 67, 
Presint Diplomatik
Presint 15, 62050 Putrajaya
Tel- 03-8893 5500
email : mihrabhotel@gmail.com
Facebook :  https://www.facebook.com/mihrabhotel
   (Landmark : Hadapan Mydin)





Pic bawah nie di ambil semasa hotel masih di dalam proses pengubahsuaian :) 
hotel ini juga berdekatan dengan office efa berkerja..jiran sebelah..hehe
^^


^^
terima kasih



Tuesday, December 31, 2013

TRIP USS 3HARI 2MALAM BERSAMA EFA NUR ENTERPRISE


31 Dec 2013.. 
Alhamdulillah...
ini merupakan entri terakhir untuk tahun 2013. 
bila di kenang kembali perjalanan sepanjang tahun ini, bermacam-macam dugaan yang telah di lalui tetapi yang paling banyak adalah kenangan manis, kegembiraan, kesenangan, dan perkara yang paling menbahagiakan adalah kejayaan Efa Nur Enterprise (ENE). Alhamdulillah..syukur sangat di atas Kurniaan rezeki dari Allah. Apa pun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti :)

Bermula dari bawah, from zero to hero, berusaha seorang diri, akhirnya boleh tersenyum sendiri :)
Bersyukur juga kerana efa sentiasa di kelilingi oleh insan-insan baik yang sentiasa membantu dalam setiap perjalanan. Bersyukur lagi sekali kerana sentiasa terima pelanggan yang baik-baik, terima kasih atas sokongan dan kepercayaan kalian pada ENE :)

27-29 Dec 2013 [TRIP USS 3D2N]
Untuk trip USS yang lepas, efa bawa adik-adik bercuti dengan 11 orang lagi pelanggan yang pergi pada tarikh yang sama untuk 3 hari 2 malam. Hujung tahun, bawa adik-adik bercuti ke luar negara sebelum sekolah buka.. harap semua enjoy ya..hehe

 terima kasih kepada pihak Hotel Grand Sentosa atas kerjasama yang baik,
terutamanya kepada En.Kamarul, Sales Manager hotel. 
*En.Kamarul, empat dari kiri* 
(tqqq atas sokongan dan sudi pegangkan banner ENE..hehe)
juga buat semua peserta untuk trip yang lepas,
kalian semua memang best dan sporting..terharu atas kerjasama ^^
maaf andai ada yang terkurang dari segi layanan atau perkhidmatan.

hari ke-dua kami berhibur di USS..
Afiq, Deyla, Efa & Hafiz
kami ber-empat

bersama kak Nasmizana dan suami, abg Razak serta anak-anak ♥ 
terima kasih ^^

bersama Amirul dan pasangan tercinta, happy belated birthday dear Aina ♥ 
terima kasih ^^


bersama en.Aminuddin, dan isteri puan Acu serta si comel minion junior hehe ♥ 
terima kasih ^^

♥  aidid Marcello pun pergi sekali ^^ ♥ 




 lepas puas bermain, kami makan tengahari di Madagascar food court. 
halal dan harga boleh tahan.. 
akibat jurang perbezaan yang tinggi antara dolar dan ringgit malaysia, sampai licin pinggan tuu...kihkih
1 set nasi tu harga 15$ dan air 4.90$ jika converted duit Malaysia lebih kurang RM51 seorang..
sekali makan kali dengan 4 orang, kakak dia pengsaann..hahaha
tapi nasib baik ada meal voucher 10$ seorang, jimat sikit..hehe

berkara paling utama pergi ke uss adalah untuk
memberi kegembiraan dan kebahagiaan buat adk-adik efa.. 
yang penting,kita enjoyy!!

berminat nak bercuti ke Singapore dan bergembira di USS?
boleh terjah entri ini ---> PAKEJ USS ^^

untuk lihat update dan gambar selebihnya, boleh kunjungi Facebook ENE :) 
click
EFA NUR ENTERPRISE  (002203213-T)
 
kepada semua, selamat tahun baruuu
HAPPY  NEW YEAR!! ^^ 
 
semoga tahun 2014 membawa lebih kejayaan kebahagian dan kegembiraan kepada semua :) 
 
 
terima kasih sudi baca 
^^ 
 

Tuesday, October 29, 2013

Pakej Lawatan ke KidZania & Planetarium

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah atas segala rezeki yang telah di berikan..:)

Lawatan sambil belajar ke KidZania & Planetarium 23 Oct 2013
Trip kali ini adalah kerjasama untuk kali yang ke-tiga selepas Lawatan ke Melaka dan Lawatan ke Petrosains & Kilang Coklat Beryls pada tahun lepas bersama Sekolah Rendah Kebangsaan Presint 11(1) Putrajaya untuk lawatan pelajar tahun 5 & 6.

Terima kasih tak terhingga kepada semua guru-guru terutamanya Cikgu Kamisah dan semua cikgu-cikgu dan pelajar yang terlibat dalam trip sehari ini yang telah selamat berlangsung pada 
23 Oktober yang lalu. 


Rombongan kali ini sebanyak 4 buah bas dengan jumlah pelajar seramai 153 orang dan guru pengiring seramai 10 orang, jumlah semua 163 orang.

Objektif lawatan sambil belajar ke KidZania ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang alam kerjaya dan memberi persediaan kepada pelajar untuk memilih aliran yang bersesuaian dengan bidang tugasan dan kerjaya. 


Macam-macam ada, bukan pelajar je seronok, malah orang dewasa terutamanya efa sendiri pun seronok... first time sebenarnya efa masuk KidZania nie..memang best..hehehe 
KidZania memang tempat yang sangat bagus untuk pelajar, 
dapat bermain sambil meningkatkan pengetahuan dalam bidang pekerjaan yang akan mereka ceburi apabila meningkat dewasa kelak :) 

selepas solat Zohor dan makan tengah hari di Masjid Negara,
lawatan di teruskan ke Planetarium Negara..
 rancangan awal nak saksikan tayangan tapi tak sempat sebab sampai lewat.
takda rezeki jadi hanya boleh tengok pameran sahaja


kak efa harap adik-adik semua dapat kebaikan dari lawatan ini ya :)


Trip ini diuruskan sepenuhnya oleh syarikat Efa Nur Enterprise.. 
proses dari A sampai Z efa buat sendiri.. satu pencapaian yang boleh di banggakan oleh diri sendiri setelah penat lelah berhasil...hehe *nangissssssss*
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar dan jayanya :)

maaf kepada semua ahli rombongan andai ada yang terkurang sepanjang trip ini berlangsung
dan
terima kasih juga kepada adik efa, Deyla dan adik sedara efa, Elin yang sudi membantu penguruskan trip ini. banyak cabaran sebenarnya untuk uruskan trip macam nie :) 
yang penting adalah pengalaman, 
sangat berharga tak dapat di beli di mana-mana :)

*lots of love*
untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
EFA NUR ENTERPRISE
019-9767971 (miss efa)
efanurjannah@gmail.com
click
EFA NUR ENTERPRISE  (002203213-T)

Friday, October 18, 2013

PERCUTIAN CAMERON HIGHLAND 2D1N [COMPANY TRIP - JORDONE CORPORATION SDN BHD]


Alhamdulillah.. masih diberi peluang dan kepercayaan untuk membawa group trip.
kali ini efa bawa group untuk company trip syarikat Jordone Corporation Sdn Bhd yang beroperasi di Seri Kembangan, Selangor.

Percutian 2 hari 1 malam ke Caremon Highland ini pada 11-12 Oct yang lepas. 
Paling best berkerja sambil bercuti macam nie. memang menjadi kesukaan & kecintaan hati..
kerja 20%, bercuti 80%..hehe



Hari Pertama, seawal jam 7.30pagi kami bertolak dari Seri Kembangan terus ke Cameron Highland.
Berhenti rehat di R&R Tapah, tiba di Cameron lebih kurang pukul 12tengahari. terus makan tengahari di Restoran Ferm Nyonya di Tanah Rata.


aktiviti selepas makan, tour ke Lavender & Rose Garden.


Next, aktiviti lawatan di teruskan ke Butterfly Garden.  


Selepas tu, lawatan diteruskan ke Cactus Valley dan sebelum check in di Apartment Desa Anthurium, kami singgah shopping di Nite Market Brinchang. Malam nya ada BBQ Dinner.

Hari Kedua pula,
Bermula sarapan pagi di SmokeHouse Hotel. Special breakfast kat sini, harga kemain mahal..hehe tapi memang puas hati, decoration dalam hotel nie cantik sangat. English style.


Aktiviti tour diteruskan ke BOH Tea Plantation, Strawberry farm dan Kea Farm Market.

nak pergi ladang Teh BOH nie kena tukar naik bas sekolah. 
scary gila jalan  nak naik atas ladang nie..hehe

seterusnya sebelum pulang, shopping time. masa untuk memborong.

apa yang paling best kat Cameron Highland?

semestinya strawberry coklat... :)
*thanks boss sebab belanja strawberry coklat & homemade ice-cream*

owhh ya, bunga ros biru ini untuk bff efa, Faradila Nur :)
*saya harap awak baca nie*

akhir kata, efa ingin mengucapkan jutaan terima kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat.
semua warga kerja Jordone Corporation terutamanya manager Mr. Alex Yong,
Boss Mr. Ghani & partner Mr Zul. serta Cik Deyla, adik kesayangan efa :) 

*from Cameron with love*






Thanks and Best Regards,
Efa Nur Enterprise

019-9767971
http://efagurlz.blogspot.com

https://www.facebook.com/PakejPercutianmalaysia






^^ thanks sudi baca ^^

TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog