Thursday, May 31, 2012

Leko-Leko Keropok Lekor Terengganu di Putrajaya



 Bagi penggemar keropok lekor di sekitar Putrajaya dan kawasan yang sama waktu mahupun berlainan waktu dengannya boleh tersenyum riang kerana Leko-Leko keropok Lekor Terengganu baru sahaja membuka outlet mereka yang ke-10 dua minggu lepas di Putrajaya. 
walaupun sekarang di mana-mana gerai tepi jalan senang nak dapat kopok lekor, anda  di paksa disarankan mencuba keropok leko-leko ini.. 
"Tera sekali Nok Lagi..!! "

 Walaupun dah 2 minggu Leko-Leko berada di Putrajaya nie, lokasi di Jalan Diplomatik, presint 15, sederet dengan Mydin, bertentangan dengan tempat efa kerja, tapi baru tadi perasan...waktu nak balik lunch kat rumah. sekilas pandang, hati berkata "macam sedap je'' tapi buat tak tahu... waktu nak datang balik lepas rehat, terus pergi beli.. "saje nak try" hehehe.... memang sedap..

Jujur cakap, sebelum nie tak pernah tahu pun tentang kewujudan jenama Leko-Leko nie.. kata orang tak kenal maka tak cinta..so, sudi-sudi lah berkenalan dengan beliau ye..hehe 
 Selain daripada keropok lekor, mereka juga ada jual ice blended, air tin, air botol serta buah-buahan.. 
untuk maklumat lanjut boleh singgah sini..







mekasihhh
^__^

14 comments:

Sunah Sakura said...

wah...macam canggih pulak kepok lekor ni..hahaha~ da macam eskrem..

efa nur said...

kak Sunah, tau takpe..comel jew..
try laa try laaa...hahaha

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

kopok leko siap cheesy? woooowwwww.... kreatif!!

efa nur said...

Khumaera: kreatif kan! sedapp...try laaa..hehe :D

Iffah Afeefah said...

bile nk blnje ni?

jom almda nk?

efa nur said...

kembo, tggu bulan dpn laa..gaji bulan nie dh abes...wakakaka :p

JunAina said...

Menu dia tak hengat, kalau jumpa harus ku coba...

Raden said...

mcm mahal je..

Scha Lalala said...

waa, kelass gitu ;)

-gedek! said...

kamu dah macam duta leko-leko la pulak?

Anonymous said...

Tq for the kind promotion di blog chumelll ini ^^
nnt jemput la dtg lagi ^ _~

Belog PenaMaya said...

ohh perasan kiosk ni kat Tesco Melaka.. ada gak.. mesti try satgi..hehe.. http://fazzmiee.blogspot.com

Aiza Aiz said...

salam..
saya pembekal keropok lekor dan keropok keping dr terengganu..
klu ade yg berminat nak order blh bgtau.. sy buat melalui pos..
email sy aizaaiz56@gmail.com
sudi2 la lawat page sy n like sekali
FB Page Keropok ORI Terengganu
add saya kat fb Saya Zya..
tq

Aiza Aiz said...

salam..
saya pembekal keropok lekor dan keropok keping dr terengganu..
klu ade yg berminat nak order blh bgtau.. sy buat melalui pos..
email sy aizaaiz56@gmail.com
sudi2 la lawat page sy n like sekali
FB Page Keropok ORI Terengganu
add saya kat fb Saya Zya..
tq

TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog