Photobucket Photobucket Photobucket

Wednesday, January 23, 2013

Doraemon Pink



hai hai...
entri ini sesuai untuk si comel yg suke warna pink..hikhik *gelak gedik*
okey.ini aktiviti hujung minggu yang lepas. di suatu petang, lokasi di Alamanda Putrajaya,
ahli seramai 2 dewasa dan 4 kurang dewasa. cuaca hujan lebat.
acara utama, nak beli barang..
acara sampingan, makannnnnnn berjemaah........ n__n

okey, berkenaan tajuk kita pada hari ini..
Doraemon Pink~
ini merupakan kali pertama aku makan kfc untuk tahun 2013..hihi
walaupun time tu demam+batuk2, gagah jugak pergi alamanda..huhu

sebenarnya teruja nak kongsi cerita nie...

-iklan tidak berbayar-
 
untuk KFC Holiday Bucket Combo,
setiap set akan dapat 1 doraemon cushion percuma *_*
dekat display tu cuma tayang warna biru dan kuning je..
kalau laa tahu ada warna pink, dah lame aku borong kot..hikhikhik
-Mr.bebear ada teman baru-

masa kat kaunter tu, tengok cashier bagi cushion warna pink,
hati melompat-lompat riang..rasa bahagia sangat..
rasa macam kena pinang dengan Aaron Aziz..wahahaha
 sumpah bahagia kot..sebab memang gila warna pink..
terus elok demam...kihkihkih

akhir kata,
terima kasih buat adik adik dan kazen kazen sekaliann..
Ira, Juan, Intan, adik apis n abg afiq
♥ ♥♥ ♥
muka kena tutup..malu =_=





sekian, terima kasih 
^^

Tuesday, January 1, 2013

selamat tahun baru 2013 ^^



 selamat tahun baru 2013...
Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi.. kita masih lagi bernafas..
masih diberi peluang untuk menikmati segala nikmat di dunia ini...

1st January 2013
tutup buku lama, buka buku baru..
semoga tahun baru ini lebih baik dan lebih bermakna dari tahun-tahun sebelum nie..
 tahun baru, 
      azam baru,
            semangat baru,
                    rumah baru,
                          kereta baru,
                                 baju baru,
                                        kasut baru,
                                              kerja baru,
segala-galanya baru laaa...hihihi semoga azam kita pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya..




Life Comes Only One Time,
So Live Life to the Fullest and
Enjoy Every Moment. 

Its Time To Welcome The Fresh
New Year With Fresh Hope,
Fresh Expectations, Forget The Past Just
Think About Ahead. 

May The Every Moment Of Coming
New Year Brings Happiness And
Prosperity In Life, Enjoy The Every
Moment Of Life. 

Happy New Year.

^^

Monday, December 31, 2012

Senarai smartphone dan cara untuk rebat RM200


 bermula 1 Januari 2013, para belia boleh bergumbira ber-riang ria bersama telefon baru..hikhik
ingatkah anda pada janji PM nak bagi RM200 kepada para belia untuk membeli smartphone! dan ianya haruss laa mempunyai syarat.. dan syarat-syarat nya:

  1. anda mestilah warganegara Malaysia berumur dari 21 hingga 30 tahun.
  2. berpendapatan kasar bulanan RM3000 dan ke bawah
  3. Model telefon pintar 3G yang di tawarkan dengan harga maksimum RM500
  4. hanya satu telefon pintar untuk seorang

cara untuk mendapatkan nya,  boleh dibuat dengan mendaftar secara dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/ bermula dari 1 Januari 2013. Skim ini dibuka kepada 1.5 juta belia yang layak atas dasar ‘siapa cepat dia dapat’ sementara stok masih ada.
so, semoga kita menjadi antara belia yang bertuah itu..hihihi



sekian, terima kasih ^^

Tuesday, November 20, 2012

[PAKEJ] TRIP KE PETROSAINS, MUZIUM DAN KILANG COKLAT BERYL'S

 
Syukur Alhamdulillah..pada 8 Nov yang lepas, 
telah selamat dengan jayanya Trip lawatan sehari ke 
Petrosains, Muzium Negara dan Kilang Coklat Beryl's.
bilangan rombongan seramai 120 murid dan 10 guru dari
Sekolah Kebangsaan Presint 11 (1) Putrajaya.
ini adalah trip kedua dari sekolah yang sama selepas Trip ke Melaka  pada 30 Oct lalu.
selaku Tour Leader untuk rombongan ini ^^


rombongan 3 bas :)
 

tempat lawatan pertama adalah ke Muzium Negara...
di sebabkan agak lewat mulakan perjalanan hari tu,
 so segala perangcangan masa terpaksa di percepatkan..huhu
agak berkejar-kejar juga..
tapi Alhamdulillah segala yang di rancang berjalan dengan lancar.. :)

  
klik gambar untuk lihat lebih jelas ^^

bersama pelajar di muzium.. sejujurnya group kali ini paling best..hehe
cikgu dan murid-murid semua sangat sporting ^_^
seterusnya lawatan ke Petrosains, KLCC.

klik gambar untuk lihat lebih jelas ^^  

tempat lawatan terakhir adalah ke
Kilang Coklat Beryl's yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.
ini adalah tempat paling best bagi orang yang gila coklat macam efa..hihihi
memang borong habisss... ^^
selain membuat lawatan tentang cara membuat coklat,
 di kilang tersebut juga kita boleh beli coklat dengan harga kilang..murah-murah ^^

 klik gambar untuk lihat lebih jelas ^^ 


antara coklat yang sempat di borong..hehe

 
hadiah Lucky Draw untuk murid-murid dan guru-guru ^^

di kesempatan ini, efa ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan trip kali ini.
tanpa sokongan anda, siapa lah saya..cewahh...hihihi
millions thanks to En. Ghani, En. Wan, Cik Hidayah (pelajar praktikal) kerana sama-sama membantu dalam trip ini. semoga kita dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang..hehe
tak lupa juga buat Kak Yam dari sekolah presint 11 (1)
 yang sangat baik hati kerana memilih kami :)


segala yang baik itu datang dari Allah,
dan yang kurang dari diri saya sendiri..
maaf andai ada yang terkurang sepanjang trip tersebut..
^^


akhir kata, rindu pulak kat budak nie..hihi
adik yg tunjuk peace tu ntah ape name die..lupa..hehe
sangat keletah, selalu inter frame dalam gambar..banyak betul gambar dia..
banyak tanya..suka gelak-gelak..dan sebelum balik tu dia masih tanya..
"nama akak ape ye?lupa laa.. Timah ke?"
erkk...rasa nak gigit je budak nie..hahaha


^^ TERIMA KASIH ^^
dari:

^^


TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog