Photobucket Photobucket Photobucket

Tuesday, October 29, 2013

Pakej Lawatan ke KidZania & Planetarium

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah atas segala rezeki yang telah di berikan..:)

Lawatan sambil belajar ke KidZania & Planetarium 23 Oct 2013
Trip kali ini adalah kerjasama untuk kali yang ke-tiga selepas Lawatan ke Melaka dan Lawatan ke Petrosains & Kilang Coklat Beryls pada tahun lepas bersama Sekolah Rendah Kebangsaan Presint 11(1) Putrajaya untuk lawatan pelajar tahun 5 & 6.

Terima kasih tak terhingga kepada semua guru-guru terutamanya Cikgu Kamisah dan semua cikgu-cikgu dan pelajar yang terlibat dalam trip sehari ini yang telah selamat berlangsung pada 
23 Oktober yang lalu. 


Rombongan kali ini sebanyak 4 buah bas dengan jumlah pelajar seramai 153 orang dan guru pengiring seramai 10 orang, jumlah semua 163 orang.

Objektif lawatan sambil belajar ke KidZania ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang alam kerjaya dan memberi persediaan kepada pelajar untuk memilih aliran yang bersesuaian dengan bidang tugasan dan kerjaya. 


Macam-macam ada, bukan pelajar je seronok, malah orang dewasa terutamanya efa sendiri pun seronok... first time sebenarnya efa masuk KidZania nie..memang best..hehehe 
KidZania memang tempat yang sangat bagus untuk pelajar, 
dapat bermain sambil meningkatkan pengetahuan dalam bidang pekerjaan yang akan mereka ceburi apabila meningkat dewasa kelak :) 

selepas solat Zohor dan makan tengah hari di Masjid Negara,
lawatan di teruskan ke Planetarium Negara..
 rancangan awal nak saksikan tayangan tapi tak sempat sebab sampai lewat.
takda rezeki jadi hanya boleh tengok pameran sahaja


kak efa harap adik-adik semua dapat kebaikan dari lawatan ini ya :)


Trip ini diuruskan sepenuhnya oleh syarikat Efa Nur Enterprise.. 
proses dari A sampai Z efa buat sendiri.. satu pencapaian yang boleh di banggakan oleh diri sendiri setelah penat lelah berhasil...hehe *nangissssssss*
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar dan jayanya :)

maaf kepada semua ahli rombongan andai ada yang terkurang sepanjang trip ini berlangsung
dan
terima kasih juga kepada adik efa, Deyla dan adik sedara efa, Elin yang sudi membantu penguruskan trip ini. banyak cabaran sebenarnya untuk uruskan trip macam nie :) 
yang penting adalah pengalaman, 
sangat berharga tak dapat di beli di mana-mana :)

*lots of love*
untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
EFA NUR ENTERPRISE
019-9767971 (miss efa)
efanurjannah@gmail.com
click
EFA NUR ENTERPRISE  (002203213-T)

Friday, October 18, 2013

PERCUTIAN CAMERON HIGHLAND 2D1N [COMPANY TRIP - JORDONE CORPORATION SDN BHD]


Alhamdulillah.. masih diberi peluang dan kepercayaan untuk membawa group trip.
kali ini efa bawa group untuk company trip syarikat Jordone Corporation Sdn Bhd yang beroperasi di Seri Kembangan, Selangor.

Percutian 2 hari 1 malam ke Caremon Highland ini pada 11-12 Oct yang lepas. 
Paling best berkerja sambil bercuti macam nie. memang menjadi kesukaan & kecintaan hati..
kerja 20%, bercuti 80%..hehe



Hari Pertama, seawal jam 7.30pagi kami bertolak dari Seri Kembangan terus ke Cameron Highland.
Berhenti rehat di R&R Tapah, tiba di Cameron lebih kurang pukul 12tengahari. terus makan tengahari di Restoran Ferm Nyonya di Tanah Rata.


aktiviti selepas makan, tour ke Lavender & Rose Garden.


Next, aktiviti lawatan di teruskan ke Butterfly Garden.  


Selepas tu, lawatan diteruskan ke Cactus Valley dan sebelum check in di Apartment Desa Anthurium, kami singgah shopping di Nite Market Brinchang. Malam nya ada BBQ Dinner.

Hari Kedua pula,
Bermula sarapan pagi di SmokeHouse Hotel. Special breakfast kat sini, harga kemain mahal..hehe tapi memang puas hati, decoration dalam hotel nie cantik sangat. English style.


Aktiviti tour diteruskan ke BOH Tea Plantation, Strawberry farm dan Kea Farm Market.

nak pergi ladang Teh BOH nie kena tukar naik bas sekolah. 
scary gila jalan  nak naik atas ladang nie..hehe

seterusnya sebelum pulang, shopping time. masa untuk memborong.

apa yang paling best kat Cameron Highland?

semestinya strawberry coklat... :)
*thanks boss sebab belanja strawberry coklat & homemade ice-cream*

owhh ya, bunga ros biru ini untuk bff efa, Faradila Nur :)
*saya harap awak baca nie*

akhir kata, efa ingin mengucapkan jutaan terima kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat.
semua warga kerja Jordone Corporation terutamanya manager Mr. Alex Yong,
Boss Mr. Ghani & partner Mr Zul. serta Cik Deyla, adik kesayangan efa :) 

*from Cameron with love*






Thanks and Best Regards,
Efa Nur Enterprise

019-9767971
http://efagurlz.blogspot.com

https://www.facebook.com/PakejPercutianmalaysia






^^ thanks sudi baca ^^

Tuesday, June 4, 2013

Percutian Langkawi 3D2N [Company Trip - MINAREX RESOURCES SDN BHD]




Assalamualaikum :)

okey, takde idea nak tulis intro.. *_*
rasa malas nak update blog..busy dengan kerja.. sampai nak basi dah cerita trip Langkawi nie..baru sekarang sempat update..ggrrrr...ada ke orang yang sudi baca nie??hihihi

minggu lepas, 31 Mei hingga 3 June 2013 efa bawa group Family Day syarikat Minarex Resources  ke Langkawi. Berkerja sambil bercuti, orang cakap menyelam sambil minum air, tapi trip nie efa tak sempat menyelam, cuma minum air laut je..hehehe efa sebagai Tour Leader untuk trip ini. pengalaman pertama efa bawa group ke destinasi jauh sikit..hehe sebelum nie banyak bawa trip ke Melaka, KL je :)

 corat coret sepanjang trip Langkawi:


Hari pertama :
-Kami bertolak malam 31 Mei lebih kurang pukul 10malam dari Masjid Diraja Bandar Sultan Sulaiman, Klang.
-peserta seramai 42 orang. berhenti rehat di hentian Tapah dan pagi tu berhenti solat subuh.
-Sampai terminal Feri Kuala Perlis dalam pukul 7.00 pagi. Tiket feri pukul 8.30pagi. perjalanan dari jeti Kuala Perlis ke Langkawi ambil masa lebih kurang 45 minit.
-Tiba di Sandy Beach Resort lebih kurang pukul 11 lebih, check in dan makan tengahari.
-Petang ada aktiviti telematch untuk semua ahli keluarga Minarix. Permainan yang di mainkan petang tu antaranya: kategori kanak-kanak, cari gula dalam tepung, kategori dewasa, sukan tarik tali, boling kelapa, terompah gergasi, dan permainan baling telur. memang meriah sungguh masa tuu..hehe
-malamnya makan malam di resort dan aktiviti sendiri. 

Hari kedua:
-Langkawi Tour, tour guide dah ready bawa kami jalan-jalan sekitar Langkawi.
-antara tempat yang sempat dilawati, kilang batik, kilang gamat, Kota Mahsuri, shooping di Haji Ismail Group, dataran Lang...
-kebetulan pada hari kedua Langkawi dituruni hujan Rahmat, so tak dapat nak naik cable car kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan =_=
-malam nya pula ada BBQ dan sesi karaoke di tepi pantai resort..

Hari ketiga:
-sarapan pagi di resort
-siap-siap kemas barang terus bergerak ke jetty...
-feri pukul 12.30pm.. sampai jeti kuala perlis dalam pukul 1.30pm
-sebelum bertolak kami makan Laksa Kak Su, big boss Minarex belanja semua orang.. terharu i dapat makan free.. mekasihhh boss!! :D 
-perjalanan lebih kurang 8jam.. dalam pukul 11.30pm sampai Klang.
-pastu terus gerak balik Putrajaya, besok nye kerjaaa T_T
 
benda wajib bila datang Langkawi ^__^


Alhamdulillah lega sangat bila trip nie dah selesai..
Syukur dapat peluang dan pengalaman nie..
dan di kelilingi insan-insan yang baik hati & sudi berkongsi ilmu..
terima kasih atas layanan baik pihak resort, tour guide dan semua peserta..
Pengalaman yang paling berharga tak dapat di beli di mana-mana. :)


Dikesempatan ini, efa ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli keluarga 
Minarex Resources Sdn Bhd 
 selama trip ini berlangsung, terutama sekali big boss Minarex En. Rahman dan yang paling berjasa yang banyak membantu dalam menjayakan trip ini, 
tuan manager Minarex En. Radhi, dan En. Najib  :)
kalian sangat-sangat sporting dan terbaikkk!! ^__^v 
"maaf andai ada yang terkurang"

dan juga setinggi-tinggi penghargaan buat En. Abd Ghani atas kepercayaan yang diberikan untuk efa menjayakan trip Langkawi ini.
kepada sesiapa yang ingin buat family day, company trip atau nak pakej percutian berkumpulan boleh hubungi En. Ghani di facebook UKWA Enterprise :)

Jom melancong...cuti cuti Malaysia..
segalanya ada di Malaysia 
^^





terima kasih sudi baca :)

Sunday, May 12, 2013

[JODOH] Kenapa aku masih solo?




Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat.
 Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.


Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
 Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
 Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.


Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.


 sumber: www.iluvislam.com 

TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog