Photobucket Photobucket Photobucket

Monday, March 14, 2011

Kakak Siti Nurhaliza, Saida Tetap Mahu Bercerai...



kakak Siti Nurhaliza, Saida (AF6), tetap dengan pendiriannya ingin bercerai walaupun suaminya masih berhasrat mempertahankan rumahtangga yang mereka bina 15 tahun lalu. Perkara itu diakui oleh beliau selepas Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi bertanyakan perkembangan status perbincangannya dengan suami Mohd Ghazali Yahya Zikri  40.

Menurut Saida atau nama penuhnya Siti Nursaida Tarudin, 35, permohonan cerai secara baik yang dibuat pada 6 Oktober 2010 berikutan antara mereka sudah tiada persefahaman selain gagal didamaikan.
"Saya akui kami masih tinggal bersama dan memang kami ada berbincang. Bagaimanapun dia masih tidak bersetuju bercerai secara baik,”
kata bekas peserta program realiti Akademi Fantasia 6 itu.




*macam-macam la ragam artis nie..huhu tapi efa doa kan yg terbaik buat mereka..semoga masih ada jalan penyelesaian yg terbaik...

sumber dari: MyMetro

6 comments:

Cik Ungu Kamila said...

haih. artis2. kesian anak-anak dia. cik ungu doakan semoga hubungan mereka berkekalan. amin ~

Raden said...

apela...cerai2..bkn baik cerai2 nie.
ish3

Dda Ly said...

alalalaaaa anak da ramai, sayang la nak cerai berai..:( tumpang sedih utk dorg...

meh ke rumah..
~health centre~
keep in touch ye..♥♥♥

eelobor said...

sblm tak pernah ambil port pn pasal mereka, malah tak kenal pun sape itu kakak siti. tp kalau kata tak kenal siti, bohong la kan? hihihihi

tadi ada terbaca gak akhbar, sorang kata nak selamat rumahtangga dan sorang lagi berkeras2 kata takde persefahaman. walaupun sebagai orang luar yg tidak mengetahui kedudukan sebenar namun bermacam anggapan sudah boleh di lemparkan kerana kenyataan itu datang dari mulut yang berkenaan. Wallahu'alam

Encik Suami said...

Siriyes saya tak paham.
Dulu masa nak masuk AF..sbg suami yg penyayang..suami saida masih bagi izin utk dia masuk.Tiap2 minggu suami dia dtg tgk persembahan dia sbg support dari seorang suami.
Tgk suami dia baik jerk.
Sbnrnye..tgk saida nie baik je orgnye.Lembut, malu2.Tapi..entah nape dia tetap nak bercerai.
Saya sbg org luar mmg tak tau apa masalah sbnr rumahtangga depa.
Ape2 pun..hope masih ada jalan penyelesaian utk mereka.

Unknown said...

dah jadi artis sibuk nak bercerai..
ikut trend nie..
kan bagus dulu laki dia tak bagi dia jadi artis..

TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog