Selamat Hari Raya Aidiladha
selamat menjalani ibadah korban ntuk semua umat islam di dunia
semoga segala amalan baik kita diterima oleh ALLAH S.W.T.
di kesempatan ini,masih mempunyai mood raya.
bagi pencinta Islam,
efa ingin berkogsi sedikit pengalaman sendiri tentang buku
"Keistimewaan MAKKAH"
semoga segala amalan baik kita diterima oleh ALLAH S.W.T.
di kesempatan ini,masih mempunyai mood raya.
bagi pencinta Islam,
efa ingin berkogsi sedikit pengalaman sendiri tentang buku
"Keistimewaan MAKKAH"
hasil penulisan Saudari Ummu Ammar
editor: Raja Mariam Bt. Raja Mohd. Iskandar
penerbit: Wholesale-Mart Business Point Sdn. Bhd
tel: 03-90804693
editor: Raja Mariam Bt. Raja Mohd. Iskandar
penerbit: Wholesale-Mart Business Point Sdn. Bhd
tel: 03-90804693
buku ini mengandungi 41muka surat, hanya berharga RM12
kualiti kertas dan gambar yang baik
dan isi kandungan nya sangat mudah di fahami
"adakah anda tahu bahawa pemegang kunci Kaabah yg di pilih oleh Allah S.W.T. menerusi wahyu kpd Rasulullah SAW kekal daripada keturunan yg sama sejak zaman Baginda sehingga lah hari kiamat nanti? siapakah mereka?
tahukah anda bagaimana rupa bentuk molekul air zam-zam? adakah air zam-zam merupakan air terbaik di dunia?
apakah rahsia dan hikmah di sebalik rukun haji dan umrah?
semua persoalan ini dan banyak lagi ada terdapat dalam buku ini.
efa baca buku nie beberapa hari sebelum nak balik cuti sem hari tu.
pinjam buku roomate,dia baru beli buku nie
pertama kali baca, efa menitiskan air mata...
hati efa tersentuh sangat-sangat apabila baca buku tersebut..
isi kandungan nya sangat mantap
tapi efa tak sempat baca sampai habis sebab nak balik cuti dah.
sedih dan efa berazam
"aku mesti beli dan dapatkan buku nie.nak cari sampai dapat kat semua kedai buku"
bila balik rumah, esok nya efa keluar ada exm muet dan balik tu
dalam tengahari selepas zohor, efa singgah Bank BSN di seksyen 8,Bandar Baru Bangi
sebelum masuk bank, efa ternampak ada seorang hamba Allah menjual buku agama di kedai makan di restaurant berhampiran..buat direct selling...
Ya Allah..kat tangan hamba Allah tu efa nampak buku
"Keistimewaan Makkah" yang efa nak cari tu..
tanpa berlengah efa terus kejar hamba Allah tu dan terus beli.
dan penjual tu bagi tahu yang mereka hanya jual buku tu
melalui direct selling..tiada jual di mana-mana kedai.
Ya Allah, betapa besar nya kuasa Mu..
Allah makbul kan niat efa..bersyukur sangat-sangat..
adakah anda rasa ini hanya satu kebetulan??
tapi efa yakin, ini lah kekuasaan Allah..
Makkah sememangnya mengandungi pelbagai keistimewaan
di Makkah, "jika kita berniat baik,walaupun belum melakukan nya, insyaAllah Allah akan makbulkan nya dan memberikan ganjaran, dan Allah akan memberikan balasan bagi sesiapa saja yg berniat jahat walaupun belum melakukannya" m/s 15
dan keistimewaan nya,efa hanya berniat nak memiliki buku
"keistimewaan Makkah" ini,dan dengan mudah efa dapat memilikinya.
Alhamdulillah...dan bukan niat efa mahu menunjuk-nunjuk dan bukan mahu berlagak baik.
kerana efa sedar yg diri ini belum cukup sempurna..
tapi efa mohon supaya Allah makbulkan doa efa untuk menjejak kan kaki di bumi Makkah suatu hari nanti..insyaAllah...aminn....
cerita ini sekadar ingin berkongsi
yg baik di jadikan panduan,yg buruk di jadikan sempadan ya
"Tuhan ku, aku tidak layak untuk Syurga mu,
namun tak pula aku sanggup menaggung seksa neraka Mu..
dari itu kurniakan lah keampunan kpd ku..
ampun kan lah dosa ku,
sesungguh nya Engkau lah pengampun dosa-dosa besar..."
sesungguh nya Engkau lah pengampun dosa-dosa besar..."
sesungguhnya yg buruk datang dari diri efa sendiri
dan yg baik datang dari ALLAH S.W.T.
~salam ukhwah~
No comments:
Post a Comment