Photobucket Photobucket Photobucket

Thursday, November 4, 2010

Kellie's Castle


Kellie's Castle

Pada asalnya mahligai ini dibina sebagai rumah kediaman untuk William Kellie Smith
seorang peladang dari Scotland pada kurun ke-20.

Memandangkan beliau berada jauh dari tanah airnya,
beliau menginginkan sebuah rumah yang boleh mengingatkannya kepada tanah airnya.
Mahligai ini terletak di atas sebuah bukit yang dahulunya merupakan kawasan ladang getah.
William Kellie Smith adalah seorang lelaki yang menarik
dan sangat popular di kalangan pekerjanya dari India Selatan.
Beliau seorang yang baik hati kerana mendirikan sebuah kuil Hindu untuk pekerjanya
 di perkarangan kawasan mahligai tersebut.
Para pekerjanya telah mendirikan sebuah arca yang menyerupai Kellie
yang lengkap berbaju sut dan topi sebagai tanda terima kasih mereka.
Pembinaan mahligai yang unik ini bermula pada tahun 1915.
Walau bagaimana pun, kerja-kerja pembinaan terpaksa dihentikan
 apabila Kellie mati secara tiba-tiba pada tahun 1926.
 Kini, mahligai yang tidak siap ini kelihatan aneh dikelilingi ladang
yang sunyi dan mempunyai aura misteri.












~sekian,Mekasih~
:)

No comments:

TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog