Photobucket Photobucket Photobucket

Saturday, November 27, 2010

AYAHKU BERKHATAN LAGI.....

~gambar dr incik google~

O0oohh ayahku...ayahku berkhatan lagi..biar betul?? kenape? tak percaya? ini adalah kisah benar. di mana seorang ayah akan berkhatan lagi. Selain ayah yg akan menghadirkan diri dalam majlis berkhatan pada hari ini, dua lagi anak-anak ayah yg akan berkhatan pada hari ini (27/11/2010) iaitu adik kesayangan Efa yg berumur 7 dan 9 tahun:
Ahmad Afiq Hakimi & Ahmad Hafizudin Hakim

selamat bersunat..jgn takut ye...hehehe ;p
0ooohh..rupanya si ayah hanya meneman
anak-anaknya berkhatan..hikhik


INFO BERKHATAN

Berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang ada di sebelah atas faraj perempuan.
Berkhatan termasuk di antara amalan-amalan yang telah disyariatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala terhadap hambaNya. Ia adalah sebagai pelengkap fitrah yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada mereka. Dalam hal ini Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Fitrah (sifat semulajadi) itu lima perkara: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.”

Hukum Berkhatan
Sepertimana yang tersebut dalam kitab al-Majmu‘ dan kitab Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj, berkhatan itu wajib ke atas lelaki dan perempuan yang dilahirkan tanpa berkhatan. Ini berdasarkan kepada firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Hikmah Dan Kelebihan Berkhatan
Islam menuntut umatnya supaya berkhatan kerana terdapat beberapa hikmah dan kelebihan yang tersendiri yang tidak akan diperolehi mereka yang tidak berkhatan. Hikmah dan kelebihan itu boleh kita lihat pada dua sudut iaitu sudut keagamaan dan sudut kesihatan.

 Pada sudut keagamaan,
(1) Berkhatan merupakan tuntutan fitrah dan salah satu syiar Islam.
(2) Sebagai menyempurnakan tuntutan syara‘ yang berasaskan kepada sunnah Nabi Ibrahim
‘alaihissalam.
(3) Untuk membezakan antara orang-orang Islam dengan penganut-penganut agama lain. Namun begitu sekarang ini orang-orang bukan Islam ada juga yang sudah mula berkhatan.
(4) Sebagai suatu ikrar kesetiaan penghambaan terhadap Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan patuh segala perintahNya dan tunduk di bawah hukum dan kekuasaanNya.

Dari sudut kesihatan pula:
(1) Untuk membersihkan zakar, memperelokkannya, mencantikkan bentuknya dan menambahkan kelazatan semasa hubungan kelamin.
(2) Untuk mengawasi kesihatan tenaga batin serta memelihara diri daripada dihinggapi  penyakit kelamin, kanser dan lain-lain penyakit.


sekarang kan musim cuti sekolah,
so, memang sinonim berkhatan dan cuti sekolah..
hikhikhik...
kepada adik-adik ku..
"SELAMAT BERKHATAN"

11 comments:

Rina Rossoneri said...

huhuhu teringat zaman abg2ku berkhatan ...wawawaw

Efa Nur said...

hehehehe..nie adik2 efa plak ngh gerun menunggu mase untuk berkhatan..kihkih :D

Fariq Jalil said...

ish pelik2,,
nape entry ni kuar kat my blog,,
adakah sy terslh tekan button,,
kn dh lupe pe yg komen td,,
adeh,,

papepon good info utk adeq2 yg tkut bersunat,, heheh

Efa Nur said...

fariq,entry ni kuar kt ur blog?
xdek pown tgk td..hikhik
mcm mne ley sesat 2..hikhik

neway,tQ yaa..hehe

psst:best x bersunat mse kecik2 dlu??haha ;p

Abu Uwais said...

wah tajuk sangat menggemparkan

Fariq Jalil said...

memang xde sbb dh delete,,
lme gak kot trcongok kat situ,,
nsib baek prsn td,,
igt nak biar je,, tapi,.... hehehe

p/s: xbesh,, menjerit i tau,, heheh

Efa Nur said...

Jey Yusuff: tajuk penting..hehe :)

Fariq: Alaaa...npe delete?? biar jelaa...boleh efa tumpang glemer..hikhik (tp cmne ley sesat sampai sane eyk??huhu)

psst: xbesh??wakakaka :)
efa ckp kt adik,besok adik dh boleh kawen!!hahaaha ;p

Fariq Jalil said...

trslh tekan button la rasanye,
lmbt sgt btau,, kalo xbley bia je,,

ouh,, kang adeq nak kawin jgn xbg plak ye,, heheh

Mohd Asyraf said...

hihi....berkhatan.. ^_^ peristiwa yg xkn dilupakan seseorg lelaki sepanjg hidupnya...xcited semua ade..hehe...

noa said...

tajuk tak hengat, huhuhu

AiMaN said...

efa berkhatan x?hahaha

TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog