jom kita hayati kisah ini...
Seorang raja berhajat menghadiahkan sesuatu kepada salah seorang pengawalnya. Lalu dia dipanggil menghadap ke istana. “paculah kuda kamu sejauh mana yg mampu. Sejauh mana kamu pergi, selebar itulah tanah yg akan kamu miliki” titah raja.
Pengawal tersenyum girang mendengar tawarn itu. Hatinya mula berbisik, “lagi jauh perjalananku,lebih luaslah tanah yg akan aku peroleh”
Tanpa berfikir panjang, pengawal itu pun melompat ke belakang kudanya. Dia memecut laju.. dan laju bagaikan derasnya tiupan angin. Hajatnya mahu sampai sejauh mungkin agar keluasan tanah yg diperoleh lebih banyak. Apabila kudanya penat, di belasahnya binatang itu agar terus memecut.
Lapar, dahaga dan letih langsung tidak di hiraukan. Dia tidak mahu berhenti rehat walau sesaat kerana perasaan tamaknya berkata. “kalau berhenti bererti rugi”
Bagaimanapun kerana terlalu penat, kuda kesayangannya terjelepok jatuh lalu pengsan. Pengawal itu jatuh tersepuk ke bumi. Badannya terlalu lemah dan langsung tidak berdaya untuk bangun. Digagahi juga, kerana keinginan untuk menambah keluasan tanah mengatasi segalanya.
Akhirnya di situ juga dia jatuh sakit dan terlantar keseorangan. Tanah luas yg beratus-ratus hektar yg menjadi miliknya tidak membawa apa-apa erti.
“kenapa aku terlalu tamak?” tanyanya yg ketika itu tersandar pada pangkal sebatang pokok. “sekarang ajal aku semakin hamper. Apakah aku masih perlukan tanah seluas ini? Padahal yg aku perlukan Cuma sedikit untuk mengambus jenazahku" rungut pengawal itu kesal. kekesalannya bagaimanapun sudah terlambat.
apa yg dialami pengawal itu adalah sama dengan perjalanan hidup kita. setiap hari kita paksa diri mencari duit sebanyak mungkin. kita berusaha mendapatkan kuasa dan meraih pengiktirafan. kita abaikan kesihatan, abaikan masa bersama keluarga. kita langsung tidak menghargai keindahan alam ciptaan Yang Maha Agung dan sering lupa pada tanggungjawab sebagai hamba Allah.
percayalah...suatu hari nanti, kita akan tersedar daripada lena. ketika itu barulah kita tahu bahawa perjalanan kita sudah terlalu jauh tersasar daripada landasannya.
sayangnya, ketika kita sedar ia sudah terlalu lambat. kita tidak mampu memutar jarum jam ke belakang. kita juga tidak punya kekuatan untuk mengutip semula apa yg tercicir. ingatlah, kehidupan ini bukan untuk mengejar kekayaan semata-mata ataupun bermati-matian mendapatkan kuasa ataupun bertungkus lumus mendapatkan pengiktirafan.
kehidupan ini juga tentu sekali bukan untuk kita menempa kekayaan sahaja. seharusnya kita bekerja agar kita terus hidup untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan ini. A;langkah baiknya jika kehidupan ini di seimbangkan antara bekerja dan bergembira. Barulah kita dapat membahagikan masa antara keluarga dan diri sendiri. orang lain tidak boleh membuat pilihan atau menentukan kehidupan kita. Hanya kita yg mampu mengenal pasti apa yg utama. Gembira adalah makna sebenar sebuah kehidupan. Bukankah itu impian semua manusia? :)
Jadi, rancang lah apa yg hendak kita buat dan nikmatilah keindahan alam semesta. Kehidupan ini terlalu rapuh dan singkat. Kesederhanaan itulah kehidupan yg menyeronokkan..
1 comment:
sedih hati ini, kerana diri ini juga sudah melupai diri. terima kasih saling ingat mengingati
Post a Comment