Tuesday, November 30, 2010

SALAH KE KALAU PEREMPUAN TAK TAHU MEMASAK?? TAPI MACAM MANA KALAU LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM??


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


sumber: Facebook



~renung-renungkan~
~selamat beramal~

SELAMAT HARI LAHIR EN.BEN ASHAARI


kepada En. BEN ASHAARI,
salam eidmilad..selamat hari lahir..30/11/2010
semoga berjaya di dunia & akhirat
moga sentiasa dalam redhaNya...
insyaALLAH

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

 "Sebaik-baik manusia menurut pandangan Allah (Islam) ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula perbuatannya, sedang seburuk-buruk manusia ialah orang yang panjangumurnya tetapi buruk pula perbuatannya"

(Ahmad dan al-Hakim)..


ikhlas dari:
~EFA NUR~

Monday, November 29, 2010

BERANI MATI : BLOG EFA BEST !


Nie nak buat pengakuan
BERANI MATI: BLOG EFA BEST!
anda rasa??Lu pikir lah sendiri..hehe okay,untuk yg berapa kali nie efa join segmen yg di bangkitkan oleh blogger otai pilihan rakyat Malaysia..siapa lagi kalau bukan en. BEN ASHAARI..kn..kn...sokong tak?? kalau tak sokong, efa gigit nanti..!!! hihi

okay, untuk segmen nie, efa nak cerita sikit tentang:

1) LATAR BELAKANG BLOG EFA NUR
  --->> Blog efa mempunyai pelbagai cerita, termasuk kisah peribadi, petua, hal agama, isu semasa dan macam-macam lagi. Efa mula buat blog pada tahun 2008 ketika praktikal di Aakasha Travel & Tours, Presint Diplomatik,Putrajaya. sekadar suka-suka setelah melihat manager efa ketika itu rajin berblog pada waktu kerja..kihkih nampak seronok sangat.apa lagi, terpengaruh lah dan terhasil lah blog EFA NUR.. :)

2) KETEGORI BLOG
  ----->> kisah peribadi, selain itu efa ada berkongsi petua,tempat-tempat pelancongan, isu agama dan pelbagai lagi.

3) USIA BLOG
  ----->> Usia blog efa dah 2 tahun lebih, bermula sekitar bulan 0ktober2008 dengan follower seramai 9 orang selama 2 tahun..tapi baru sebulan ni blog efa betul-betul aktif dan syukur Alhamdulillah sekarang follower dh seramai 242 (ketika entri ini di tulis)

4) TUJUAN BUAT BLOG
  ----->> Tujuan efa pada mulanya sekadar ingin meluahkan perasaan dan setiap detik kenangan suka duka dalam kehidupan efa, tapi sekarang mempunyai cita-cita untuk membangunkan sebuah blog berunsurkan pelancongan lepas habis belajar nanti. InsyaAllah.

5) YANG BEST...
  ---->> apa yang best ye blog EFA NUR nie?? boleh tolong jawab kan tak??hehe mungkin pada efa, blog efa best sebab nampak cantik, pada mata pandangan mata efa lah..pengakuan berani mati nie..hehe kerana banyak warna pink kot..masuk bakul angkat sendiri.. okay,efa rasa dari segi isi kandungan entri efa best dan kalau nak tau best atau tak, boleh baca setiap entri efa okay.. :)

6)SASARAN TRAFIK
  ---->> sasaran trafik untuk tahun depan, sehari berapa UV? urmm..sasaran trafik, kalau ikut hati, dalam sehari efa nak capai sejuta UV..boleh ke?hikhik okay, bab nie tak berani mati..hehe cukup 500 sehari rasanya...kena usaha lebih nie..insyaAllah.. :)


~anda rasa, blog EFA NUR best ke..??sila komen..hehe..



 
 
 
 
~sekian,terima kasih~

Nak Lari Jauh-Jauh

nak lari jauh-jauh...
walau jauh mana pun aku lari,
aku sedar ia tidak akan merubah apa pun
cuma aku mampu pegang kata-kata ini

"apa pun yang terjadi,
berjalan lah tanpa henti"

moral of the story:
kalau ada masalah, jangan lari...nanti penat..
so, jalan je..pelan-pelan kayuh okey..hikhik

yg penting..SENYUM...
nak lagi best..???
macam nie.....


kahkahkahakahakahakahakahkah.....!!
hakhakahakhakhakahhak..!!!
HAhahaahahahaha......!!!
HAHAHAHAMPEH....!!!
lebih-lebih pulak...hihihi

~jgn marah aa~

S.A.D. is Sakit Amat Dalam

hei y0u..!!
im sAd..Sad..saD..SAD..




okay, aku dah penat layan sedih. baik aku tidur.
byebyebye

~S0orryy.aku lemah~

Sunday, November 28, 2010

cakap BODOH pun kena LOKAP

Terengganu, 5 remaja yg menaiki kereta Perodua Kancil tidak mahu memberhentikan kenderaan mereka ketika polis membuat pemeriksaan jalan raya, malah mereka melawan pihak polis dengan mengeluarkan perkataan 'bodoh' kepada anggota yg bertugas. Akhirnya remaja tersebut di berikan 'hadiah' menarik iaitu tidur di lokap selama 5 hari..hahaha macam best kan..tergelak besar aku tengok berita nie kat Buletin Pagi 7.30am kat TV3 tadi (28/11/2010)

patut ke anda rasa remaja tersebut dapat hadiah macam 2?
pada aku,memang la tak baik remaja tersebut buat macam tu.lebih-lebih lagi melawan dan mengeluarkan ayat-ayat kesat kepada pihak berkuasa seperti itu..tercabar w0oooo.....hahahahaha.....
sebab ape aku gelak??meh sini..nak cerita sikit....hekhek

aku pun ada kisah ngn si POLIS a.k.a Tok Lis nie..
pada malam 8Mac2008..
(walaupun dh lame berlaku,tapi tetap di ingatan beb..hehe)
kejadian berlaku di Indera Mahkota Kuantan,Pahang..
aku ngn member g jalan-jalan..si member aku nie wat jahat sikit. bukan ape,malam tu jalan lengang tak banyak kereta, so sebab kami naik motor jew, die pun g ikut jalan yg berlawanan arah..sebab nak masuk simpang tu dekat je tapi kena u-turn jauh kat hujung. ingatkan line clear..tapi rupenya kat situ ade kereta polis peronda lalu lalang..haha dah nasib badan..dan berlaku lah insiden kejar mengejar..cuak waa cakap lu...kehkeh dah macam drama gerak khas (alaa..yg cite polis-polis tu..hehe) aku yg membonceng kat blakang dah bace macam-macam doa..haha sebab member ak g pecut motor nak lari dari tok lis tu..kihkih
sebab mmg kami salah...last sekali bila tok lis tu bagi arahan terakhir "nak berenti atau kami himpit??"
cuak kn..kn..???haha aku awal-awal dah suruh member aku berenti tapi die tak nak dengar cakap aku..aku mampu senyum jelaaa..hehe

bila dah berenti tu, kami pun buat la mesyuarat tepi jalan...dapat ayat dari tok lis tu tak payah cakap laa..lu pikir laa sendiri..haha tok lis tu ada 2 orang.lama juga laa tok lis ambil masa nak selesaikan masalah nie..hahaa pok pek pok pek..tup tap tup tap....bla bla bla la laaa....

dan akhirnya, tok lis beri kata putus pada kami
"bagi RM100 atau angkut pergi balai"
masa tu jujur aku cakap, aku memang cuak..lagipun pertama kali kena tahan polis tu..hukhuk
tapi tak sangka aku, 'baik hati' betul laa si tok lis tu...
rugi aku sebab takut punya pasal sampai aku terlupa nak ambil no plat ke no id atau nama mereka..
kalau tak,boleh buat report polis..hehe menyesal aku..hukhuk kalau tak,siap lah kau..hahaha (gelak jahat)
dusshh~~dusshh~~~dusshh~!!!
tak baik tau..menyalahguna kan kuasa anda!

anda pernah ke?hehe

Saturday, November 27, 2010

AYAHKU BERKHATAN LAGI.....

~gambar dr incik google~

O0oohh ayahku...ayahku berkhatan lagi..biar betul?? kenape? tak percaya? ini adalah kisah benar. di mana seorang ayah akan berkhatan lagi. Selain ayah yg akan menghadirkan diri dalam majlis berkhatan pada hari ini, dua lagi anak-anak ayah yg akan berkhatan pada hari ini (27/11/2010) iaitu adik kesayangan Efa yg berumur 7 dan 9 tahun:
Ahmad Afiq Hakimi & Ahmad Hafizudin Hakim

selamat bersunat..jgn takut ye...hehehe ;p
0ooohh..rupanya si ayah hanya meneman
anak-anaknya berkhatan..hikhik


INFO BERKHATAN

Berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang ada di sebelah atas faraj perempuan.
Berkhatan termasuk di antara amalan-amalan yang telah disyariatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala terhadap hambaNya. Ia adalah sebagai pelengkap fitrah yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada mereka. Dalam hal ini Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Fitrah (sifat semulajadi) itu lima perkara: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.”

Hukum Berkhatan
Sepertimana yang tersebut dalam kitab al-Majmu‘ dan kitab Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj, berkhatan itu wajib ke atas lelaki dan perempuan yang dilahirkan tanpa berkhatan. Ini berdasarkan kepada firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Hikmah Dan Kelebihan Berkhatan
Islam menuntut umatnya supaya berkhatan kerana terdapat beberapa hikmah dan kelebihan yang tersendiri yang tidak akan diperolehi mereka yang tidak berkhatan. Hikmah dan kelebihan itu boleh kita lihat pada dua sudut iaitu sudut keagamaan dan sudut kesihatan.

 Pada sudut keagamaan,
(1) Berkhatan merupakan tuntutan fitrah dan salah satu syiar Islam.
(2) Sebagai menyempurnakan tuntutan syara‘ yang berasaskan kepada sunnah Nabi Ibrahim
‘alaihissalam.
(3) Untuk membezakan antara orang-orang Islam dengan penganut-penganut agama lain. Namun begitu sekarang ini orang-orang bukan Islam ada juga yang sudah mula berkhatan.
(4) Sebagai suatu ikrar kesetiaan penghambaan terhadap Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan patuh segala perintahNya dan tunduk di bawah hukum dan kekuasaanNya.

Dari sudut kesihatan pula:
(1) Untuk membersihkan zakar, memperelokkannya, mencantikkan bentuknya dan menambahkan kelazatan semasa hubungan kelamin.
(2) Untuk mengawasi kesihatan tenaga batin serta memelihara diri daripada dihinggapi  penyakit kelamin, kanser dan lain-lain penyakit.


sekarang kan musim cuti sekolah,
so, memang sinonim berkhatan dan cuti sekolah..
hikhikhik...
kepada adik-adik ku..
"SELAMAT BERKHATAN"

Friday, November 26, 2010

BADI PENGANTIN...??


SELAMAT PENGANTIN BARU
kepada semua pengantin-pengantin baru
dan teristimewa buat sahabat baik efa,
Nor Nai'mah Ismail & Muhamad Azuad
yg selamat melangsungkan perkahwinan pada 21Nov yg lepas
semoga kekal Bahagia hingga akhir hayat..aminn
kpd sesiapa yg sudah berumah tapi tak ada tangga lagi,
cepat-cepat laa bina tangga ye..hehehe

untuk pertama kali dalam hidup,
efa menjadi pengapit untuk majlis perkahwinan sahabat efa nie..
gementar tapi excited terlampau..haha
best sebab tema dia warna pink..i like....kihkih
okay,berkenaan dengan tajuk,
BADI PENGANTIN...??
Benarkah ia wujud? atau mitos semata-mata?
bukan apa, efa baru tau nie sebab baru pertama kali jadi pengapit..kihkih
dan penyebab yg utama isu ini perlu di kupas kerana
ramai yg cakap kat efa
"waahh..lepas nie kau pulak la yang naik pelamin"
"lepas nie giliran kau la pulak"
"tak lama lagi kau pulak la yg kahwin nie"
hahaha...nak tergelak efa dengar..bukan sorang dua tapi
berpuluh org ckp mcm tu..hukhuk
kalau betul pun apa salah nye..ahaha gatal plak tiba-tiba
betul ke kalau jadi pengapit,
itu tandanya kita akan kahwin tak lama lagi??huhu
sebenarnya efa belum bersedia nak kahwin..nak kejar cita-cita dulu
hehe..tapi kalau dh jodoh dtg awal,tak kan nak tolak kn?hehe
yg penting kena ingat, Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

okay,j0oom kita layaaann memori sekitar majlis
perkahwinan sahabat efa nie..
yg berlangsung di Sg. Jai, Beranang, selangor



efa nak jugak.....!!! hehehe

SELAMAT PENGANTIN BARU


Filem Ngangkung Best...

Filem Ngangkung sudah mula ditayangkan pada 25November2010

 sebenarnya efa belum lagi berkesempatan untuk tengok filem nie.
tapi macam dah tau je cerita nie best...hehehe
kepada anda yg dah menonton filem nie, best tak??
berapa bintang nak bagi??heee.... :))
InsyaAllah nanti bila ade peluang efa pasti akan terjah ke pawagam berhampiran
 untuk menonton Shaheizy sam Filem Ngankung.. :)
efa rasa filem nie best sebab pelakon dia best..:)
heeeee....0oohh my Hero *wink*
kredit to budiey.com
Shaheizy Sam
 (sbb minat sgt kat mamat nie..hehehe)
 pelakon-pelakon lain:
Azad Jazmin
Angah Raja Lawak
Eira Syazira
Mazlan Pet Pet
Azlee Jaafar

untuk mengetahui sinopsis filem ini, boleh lihat di SINI ya

ada sesiapa nak join tengok wayang dengan efa?
jom tgk kat Alamanda...hehe

CERITA KREATIF : Aku nak bagi BEN ASHAARI hadiah .. '

sempena ulang tahun kelahiran En.Ben hujung bulan nie,30Nov
efa nak ucapkan 
Selamat Hari Lahir
Semoga berbahagia dan berjaya
di dunia & akhirat

"Efa nak bagi BEN ASHAARI hadiah ...."
di sebab kan efa masih lg bergelar pelajar,
so,ikut bajet simpanan yg masih ade buat masa nie,
efa mampu hadiahkan En.Ben....

Kek yang di hiasi wajah en. BEN ASHAARI
yg kacak+hensem+macho lg bergaya
macam kat bawah nie.....

kredit:gambar dari blog beliau..
heee...nampak cantik+sedap tak..??hehe

lepas tu efa akan buat sedikit majlis kecil-kecilan
lebih kurang macam birthday party laa...hehe
tapi lagi baik buat doa selamat kan..berkat sikit..:)
di sebab kan bajet kecik,so jemputan mestilah 
family En.Ben dan budak-budak kecik..hehe
dan tempat yg paling sesuai rasanya
kat ALI BISTRO, presint diplomatik Putrajaya..
sebab En.Ben suka lepak kat sini.. (agaknya lah..hehe)
dekat ngn umah efa..senang laa nak pergi meraikan..hehe
banyak kali jgk efa mkn kat ALI BISTRO nie tp 
tak tau laa ape yg best sgt..hehe
tapi En.Ben punya pasal,best laa..:)

Ali Bistro Presint Diplomatik, Putrajaya

SAYA SUKA BLOG AWAK LA


5 BUAH BLOG YANG EFA SUKA SANGAT MASUK BACA ..

1) http://peniananidiary.blogspot.com/
Peni Anani- Beliau sahabat blogger efa yang paling sempoi dan sahabat blogger yang baik hati.  Blog beliau sangat menarik dan ceria :)

2) http://petuakitasemua.blogspot.com/
Atok- Beliau juga seorang yg baik hati. banyak memberikan nasihat dan tunjuk ajar pada efa dalam dunia blog. Blog beliau penuh dengan info dan nasihat-nasihat berguna. sesuai untuk semua lapisan masyarakat :)

3) http://epilogceritera-lala.blogspot.com/
Deyla - suka masuk blog beliau kerana mempunyai blog yg menarik dan isi kandungan yg bersahaja. :)

4)   http://nabil-potter.blogspot.com/
Nabil-Orang nya tak sombong dan blog beliau mempunyai info-info menarik dan terkini. :)

5) http://aibaks.blogspot.com/
Aibaks- Blog beliau menarik dan sempoi macam tuan nya juga.. :)


SAYA MENGETAHUI SEGMEN INI DARI BLOG SAYA SENDIRI.
kerana saya sentiasa menjenguk entri terbaru En.Ben Ashaari. setiap kali on blog, wajib untuk saya singgah ke benashaari.com

Thursday, November 25, 2010

lepak @ Ali Bistro


Assalamualaikum...
Petang tadi efa keluar pergi Mydin Putrajaya kat Presint 15 (P.Diplomatik). Tujuan utama, nak mintak kerja partime..hehe yelaa..sementara cuti sem nie..bosan pulak duduk rumah..lebih baik kerja kan..dapat jugak duit poket untuk joli sem dpn..hehe nanti pihak Mydin call. kalau dapat, alhamdulillah..kalau tak dapat, duduk rumah jelaa..kihkih ada sape-sape nak bagi efa kerja partime tak?? ngeee....

                          
gambar nie kat luar Mydin ye..Jika singgah di Presint 15, dtg laa Mydin ye..kehkeh
 (gambar kanan: adik efa-->> Deyla & Hafizudin)

lepas tu kami lepak kat Ali Bistro jap..berhampiran ngn Mydin...saja bosan-bosan, cuci mata sambil pekena roti canai..hehehe (Ali Bistro nie tempat En.Ben selalu lepak) kan..kan..??hehehe



Menu,Roti telur dan Teh Tarik..--->> Aksi si adik & abg menikmati roti canai..nyyuummm..

              


okay, dah habis makan, boleh jalan..hehe kualiti gambar kurang memuaskan kerana gambar diambil dari jarak jauh..kurang pasti berapa km..haha sape-sape nak ajak lepak Ali Bistro, roger kami okay..hehe

habis dah..sekian..
terima kasih..

"The customer is always right" BENARKAH??

Assalamualaikum..
selamat pagi kepada kawan-kawan,semoga hari-hari anda di sinari kebahagian di dunia hingga akhirat kelak..aminn... okay,berkenaan dengan tajuk kita pada hari ini, "The customer is always right" atau dalam bahasa melayu, "Pelanggan selalu betul", hehe..benarkah slogan ini boleh di pakai? ye,saya akui memang benar hak sebagai seorang pelanggan adalah sangat istimewa..hehe kerana pelanggan sentiasa merasakan diri mereka betul..hah,betul tak? betul kan..sebab saya pun pelanggan, anda pun pelanggan kan..kan..??hehe

tapi pada pandangan saya,ayat tu tak boleh di pakai untuk semua keadaan. sebab apa? meh kita kupas isu ini..jommm....!!! :)

sebenarnya ada sebab kenapa saya nak bangkit kan isu nie, kerana tak puas hati dengan layanan seorang penjual wafer di kedai sebuah pasaraya. kisah nya macam nie, malam tadi saya bawa mak dan adik saya ke sebuah pasaraya yang terletak di bandar baru bangi, sebelum balik si adik minta wafer dan kami pun singgah la ke kedai wafer. sebaik saja sampai, kami terus membuat pesanan 1wafer satu je cukup.

sementara menunggu wafer tu siap, datang lagi dua tiga orang nak beli wafer juga. sepatutnya siapa yang datang dulu, dia la di layan dulu kan. tapi penjual tu bagi wafer yang dh siap tu pada pelanggan yang baru datang. hangin aku..!! tapi tak apa, saya tunggu lagi. tunggu punya tunggu si penjual tu lagi sekali bagi wafer yg sudah siap pada pelanggan yang lain.saya dah buat muka dah..panas beb...sapa tak marah kan. dia ingat kita ni apa? dah la lama menunggu, nak kata tak nampak, saya berdiri terpacak kot depan dia..nak kata tak ingat, banyak makan semut ke apa..??huhu

kalau ikutkan hati nak saja saya 'sound' si penjual tu. tapi tak sampai hati pulak nak jatuh kan air muka beliau. MAAF laa..saya memang panas baran,lebih-lebih lagi isu macam ni. terus saya cakap dekat mak, "jom laa balik.." tapi mak cakap, "kesian pulak dekat adik, beriya nak makan wafer.."huhu terpaksa la tunggu...

so, di sini kat mana hak sebagai seorang pelanggan?
dimana pelanggan yang selalu betul tu?huhu
mungkin penjual tu tak belajar subjek customer service..hukhuk

Betul ke??
nampak remeh ke isu ni? bila anda merasa baru anda tahu.
anda bagaimana? ada pengalaman macam ni? best tak?hehe


kisah ini akan bersambung....

DI PONDOK KECIL

~ihsan incik google~

di pondok kecil, di pantai ombak, berbuih putih beralun-alun. di suatu hari ayah berkata, jaga adikmu ayahkan pergi jauh. ku pandang wajah ayah, dahinya ku cium, air mata mengalir hatuku pilu. diam-diamlah sayang, jangan menangis, doakan ayah semoga di terima, diam adikku sayang jangan menangis, andai ayah gugur, doakan dia syahid..

selamat berjuang ayah tercinta, kau pergi dulu ayah ke medan juang, ku iringi doa moga berjaya, beroleh kemenangan demi agama Islam. wahai abang ku, kemana ayah ku sayang ayah ku cinta?

duhai adikku sayang, jangan bersedih, ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi, tapi ingatlah adik pesan ayah, berjuang dan berkorban walau di mana jua.

pada Mu Tuhan aku memohon, dosa ayah ku minta di ampunkan, berilah rahmat bantulah dia untuk menegakkan agama Islam..


*masa kecil suka sangat dengar dan nyanyi lagu nie..:)

Tuesday, November 23, 2010

POSMEN KEJAM...!!!


Assalamualaikum dan selamat pagi....
hari nie sy nak luah kan sikit perasaan tak puas hati kat POSMEN 
MAAF,sy tak tujukan pada semua posmen tapi
untuk posmen yg menghantar surat di kawasan rumah sy nie.
sebab ape sy cakap POSMEN KEJAM..??
kerana di sebabkan posmen,sy terlepas
panggilan TEMU DUGA untk SPA
(Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia)
posmen tak buat kerja dengan betul..!!!
nie surat panggilan yg sy dapat.
surat panggilan temuduga nie bertarikh 27/10/2010
tarikh untuk temuduga pada 9/11/2010
untuk jawatan PEGAWAI IMIGRESEN 
tetapi malangnya
surat nie sampai kat tangan sy semalam, 22/11/2010 (isnin)
dua minggu lepas tarikh temuduga
sedih sy bila dapat surat nie semalam
KEJAM NYA POSMEN itu...!!!
macam nie ceritanya...

selalunya memang posmen akan hantar surat kat rumah sy
tak pernah pun silap sebelum nie
tapi entah mcm mane kali nie untuk surat temuduga nie boleh pulak
en.posmen tu hantar kat tempat lain.
(surat nie penting bagi sy taw)
en.posmen hantar kat kedai kawasan rumah sy nie..
kedai tu dah bertahun2 sy tak pergi sbb xde benda yg sy nak beli di kedai tu.
tiba-tiba semalam ade budak dtg rumah hantar surat nie
bdk tu cakap surat tu dah lama,die baru perasan milik sy..
dah buruk pun surat tu...dh expired pun..
isshhh..isshh..isshh...apesal laa ko tak bagi tahun depan jew...huhuhuk
tapi yg pasti POSMEN tu KEJAM..!!
sampai hati kau kan..time surat lain-lain 
tak nak pulak kau salah hantar..tapi....urmm...
takpe laa..mungkin bukan rezeki sy..huhu
ye,sy tau sy masih belajar lagi...
tapi sy nak sangat pergi temuduga tu...nak cari pengalaman..
bukan senang kan nak dapat panggilan temuduga SPA tu..huhu
sy buat permohonan SPA tu tahun lepas..
lepas habis pengajian diploma..
takpela..insyaAllah lain tahun boleh dpt lg..huhu
buat POSMEN-POSMEN malaysia,
buat lah kerja anda dengan ikhlas & jujur ya..

Terima kasih en.posmen..!!!


Sunday, November 21, 2010

JOM UNDI EFA UNTUK TOP 10 CERITA KREATIF



senarai TOP 10 telah keluar
Alhamdulillah
 nama efa tersenarai untuk TOP 10...
pada kawan-kawan semua yg rasa cerita efa kreatif,
tolong-tolong laa undi yaa..
undian tamat pada jam 10malam 20NOV2010..(Sabtu)

JALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA.....hehehe
mudah saja...

anda cuma perlu klik link kat bwah nie
dan undi nama EFA NUR ya....
mekasih kawan-kawan..:)


undian anda amat di hargai..

mekasih

Saturday, November 20, 2010

Jom undi NO.12..:)


Assalamualaikum kawan-kawan..
jom  paksa tolong undi EFA NUR
undi no 12 ya...
tiada paksaan dalam mengundi..ini juga bukan rasuah ye..hehe
undi lah dgn seikhlas hati..hee :)
tempoh undian tamat pukul 9malam nie
cepat undi tau..!! :)

kalau nak undi,
ikut step kat bawah nie:

1) kalau rajin, baca lah entri efa nie

2) lepas tu,  klik di SINI
undi NO.12 untuk EFA NUR yaa....
undi di ruangan komen pada link tersebut..

TERiMA KASiH

Thursday, November 18, 2010

dapat award pertama..tQ cik Enna

n3 nie di tujukan khas buat cik enna
Hehehe...nie adalah award yg pertama efa dapat...
hihihi..poyo pulak rasa....haha
Mekasih banyak-banyak ya cik Enna

AWARD NIE DI BERIKAN KEPADA 10 BLOGGER YANG MEMPUNYAI BLOG CANTIK LAGI CUN.

blog efa pun tersenarai..hehe
jap..jap.....ehh....CANTIK LAGI CUN ke blog efa nie..???
hikhikhik...
mak pesan,org memberi kita merasa..
tak baik tolak rezeki...hehe boleh?? ;p

tQ s0ooo much....!!

mmuuaahh pp cik enna..!!!hee..:)

Keistimewaan Makkah


Selamat Hari Raya Aidiladha

selamat menjalani ibadah korban ntuk semua umat islam di dunia
semoga segala amalan baik kita diterima oleh ALLAH S.W.T.
di kesempatan ini,masih mempunyai mood raya.
bagi pencinta Islam,
efa ingin berkogsi sedikit pengalaman sendiri tentang buku
 "Keistimewaan MAKKAH"
hasil penulisan Saudari Ummu Ammar
editor: Raja Mariam Bt. Raja Mohd. Iskandar
penerbit: Wholesale-Mart Business Point Sdn. Bhd
tel: 03-90804693
buku ini mengandungi 41muka surat, hanya berharga RM12
kualiti kertas dan gambar yang baik
dan isi kandungan nya sangat mudah di fahami
"adakah anda tahu bahawa pemegang kunci Kaabah yg di pilih oleh Allah S.W.T. menerusi wahyu kpd Rasulullah SAW kekal daripada keturunan yg sama sejak zaman Baginda sehingga lah hari kiamat nanti? siapakah mereka?
tahukah anda bagaimana rupa bentuk molekul air zam-zam? adakah air zam-zam merupakan air terbaik di dunia? 
apakah rahsia dan hikmah di sebalik rukun haji dan umrah?
semua persoalan ini dan banyak lagi ada terdapat dalam buku ini. 


efa baca buku nie beberapa hari sebelum nak balik cuti sem hari tu.
pinjam buku roomate,dia baru  beli buku nie
pertama kali baca, efa menitiskan air mata...
hati efa tersentuh sangat-sangat apabila baca buku tersebut..
isi kandungan nya sangat mantap
tapi efa tak sempat baca sampai habis sebab nak balik cuti dah.
sedih dan efa berazam
"aku mesti beli dan dapatkan buku nie.nak cari sampai dapat kat semua kedai buku" 

bila balik rumah, esok nya efa keluar ada exm muet dan balik tu  
 dalam tengahari selepas zohor, efa singgah Bank BSN di seksyen 8,Bandar Baru Bangi
sebelum masuk bank, efa ternampak ada seorang hamba Allah menjual buku agama di kedai makan di restaurant berhampiran..buat direct selling...
Ya Allah..kat tangan hamba Allah tu efa nampak buku
"Keistimewaan Makkah" yang efa nak cari tu..
tanpa berlengah efa terus kejar hamba Allah tu dan terus beli.
dan penjual tu bagi tahu yang mereka hanya jual buku tu
 melalui direct selling..tiada jual di mana-mana kedai.
Ya Allah, betapa besar nya kuasa Mu..
Allah makbul kan niat efa..bersyukur sangat-sangat..
adakah anda rasa ini hanya satu kebetulan??
tapi efa yakin, ini lah kekuasaan Allah..
Makkah sememangnya mengandungi pelbagai keistimewaan
di Makkah, "jika kita berniat baik,walaupun  belum melakukan nya, insyaAllah Allah akan makbulkan nya dan memberikan ganjaran,  dan Allah akan memberikan balasan bagi sesiapa saja yg berniat jahat walaupun belum melakukannya" m/s 15
dan keistimewaan nya,efa hanya berniat nak memiliki buku
"keistimewaan Makkah" ini,dan dengan mudah efa dapat memilikinya.
Alhamdulillah...dan bukan niat efa mahu menunjuk-nunjuk dan bukan mahu berlagak baik.
kerana efa sedar yg diri ini belum cukup sempurna..
tapi efa mohon supaya Allah makbulkan doa efa untuk menjejak kan kaki di bumi Makkah suatu hari nanti..insyaAllah...aminn....

cerita ini sekadar ingin berkongsi
yg baik di jadikan panduan,yg buruk di jadikan sempadan ya 


"Tuhan ku, aku tidak layak untuk Syurga mu,
namun tak pula aku sanggup menaggung seksa neraka Mu..
dari itu kurniakan lah keampunan kpd ku..
ampun kan lah dosa ku,
sesungguh nya Engkau lah pengampun dosa-dosa besar..."


sesungguhnya yg buruk datang dari diri efa sendiri
dan yg baik datang dari ALLAH S.W.T.


~salam ukhwah~

TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog