Photobucket Photobucket Photobucket

Friday, November 12, 2010

Punca Datuk Siti Nurhaliza tidak mengandung sampai sekarang


(gmbr dr limauais.com, amik kt en.google)

 
Sehingga sekarang penyanyi no. 1 negara,
Datuk Siti Nurhaliza Taruddin
masih belum mengandung walaupun usia perkahwinannya menginjak 4 tahun. Di sebalik hal ini terdapat satu khabar angin baru mula tersebar. Rupa-rupanya Siti bukannya berharap untuk mengandung tapi tidak mahu mengandung!.

Hal ini disebabkan hatinya yang masih tidak dapat melupakan cinta pertamanya di Kuala Lipis, Pahang. Mereka bercinta sejak kecil sehinggalah di awal pembabitan Siti dalam industri hiburan tanah air.
Jejaka tersebut yang dikenali sebagai Mukhriz Haji Baharin dikatakan meminta agar hubungan mereka diputuskan setelah Siti mula mengecapi populariti. Menurut saudara terdekat lelaki terbabit yang juga teman rapat Siti semasa di sekolah menengah, Mukhriz merasakan dirinya tidak lagi setaraf Siti dan jalan yang terbaik adalah berpisah. Mukhriz sebelum itu sering hadir memberikan sokongan di setiap persembahan Siti dan mereka akan bertemu di belakang pentas setiap kali sebelum Siti memulakan persembahannya. "Dulu dia selalu datang tengok Siti buat performance", katanya.

Namun, jurang perbezaan antara mereka yang hari demi hari semakin jauh memaksa Mukhriz mengambil keputusan untuk melepaskan penyanyi itu. Setelah berpisah dengan jejaka tersebut Siti dikhabarkan bersedih dan menangis selama lebih daripada seminggu. Rentetan itu, kariernya sedikit terganggu. Jika anda masih ingat, satu konsert Siti di ibu negara terpaksa dibatalkan secara tiba-tiba. Ini adalah disebabkan peristiwa tersebut.
Setelah sembuh daripada luka cinta pertama, Siti terus berusaha membina kariernya sehinggalah mengecapi populariti seperti sekarang ini dan berbahagia bersama Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K.

Tentu anda tertanya-tanya apakah yang telah terjadi kepada cinta pertama Siti itu. Selepas berpisah dengan Siti, Mukhriz dikhabarkan telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi pelajaran Malaysia (STPM) buat kali kedua setelah gagal kali pertama dan diterima masuk ke Universiti Malaya untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah ekonomi. Beliau kemudiannya telah melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana di United Kingdom pada usia 25 tahun dan telah menjadi warganegara Britain.
Kini, beliau yang berusia 30 tahun adalah antara lelaki muda terkaya di Britain dengan memegang jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) di sebuah syarikat kewangan terbesar di Britain dan memiliki kekayaan berjumalah hampir 6.5 bilion US dolar.

Nak di jadikan cerita pada hari raya yang lalu beliau telah pulang ke kampung halamannya di Kuala Lipis dan terjadilah pertemuan yang tidak diduga dengan Siti setelah 10 tahun tidak bertentang mata.
Sejak pertemuan itu, rumah tangga Siti dikatakan sedikit bergoyang, namun tidak berjaya dikesan oleh pihak media. Pergolakan rumah tangga tercetus disebabkan Siti dan Mukhriz dikatakan sering berhubung menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan hal ini berjaya dihidu oleh suami Siti, Datuk K. Menerusi SMS yang dihantar, Siti dan Mukhriz nyata masih menyimpan perasaan antara satu sama lain.

Menurut sumber terbabit lagi, Siti dikatakan akan meminta cerai daripada Datuk K tidak lama lagi dan sebaik sahaja tamat edah, Mukhriz akan menikahi Siti. "Ya, selepas sahaja habis edah Siti, mereka akan kahwin", kata teman karib Siti itu.


Hal inilah yang sebenarnya menyebabkan Siti tidak mengandung sehingga sekarang. Jika ditanya oleh wartawan mengenai anak, Siti sering berkata bahawa beliau menyerahkan segalanya kepada Tuhan sedangkan ada certa lain disebaliknya.

Kita semua pasti tertanya-tanya apakah yang akan terjadi dengan rumah tangganya yang dibina bersama Datuk K. Apakah cinta luar biasa Siti bersama Datuk K akan kecundang dek tsunami cinta pertamanya bersama Mukhriz? Kita tunggu penjelasan Siti nanti. Di sini dipaparkan gambar-gambar eksklusif detik-detik percintaan Siti dan Mukhriz.






Bersama-sama di sekolah






Di awal belasan tahun






Romantiknya:- Membasuh pinggan bersama-sama





Detik-detik bahagia Mukhriz dan Siti





Rindu yang teramat kepada kekasih pertama








Ops, mimpi rupanya!







** Jalan cerita ini hanyalah rekaan semata-mata.
Maaf kerana mengganggu emosi kalian dari awal pembacaan..(^_~)v



credit to:NANI

42 comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

hahahaha~ ceh...verangan je.. =P
tido ta basuh kaki la nie..

Efa Nur said...

haahahaa..mimpi di siang hari..kehkeh ;D

AiMaN said...

ceh! tipu...

Efa Nur said...

nie bukan tipu..nie c0baan... hekhekhek..;p

peni anani said...

hehehe... maty2 peni ingat betul2 aw... huhuhu

peni anani said...

hehehe... maty2 peni ingat betul2 aw... huhuhu

Efa Nur said...

hahahaha...jgn mrh aaa..gurau2 jew..hihi :D

InTerNa said...

ceh, igt btol2 tadi.. haha
(^_^)

Efa Nur said...

hikhikhik...:))

azwa amani said...

amani dah giler excited nak tahu penghujung nyerr..skali kene laaa...adoiii

Efa Nur said...

amani,hahahaha....gelakn amani..kehkehkeh ;p

hihi...gurau2 jew...:))

Encik MT said...

best2nya cita nie! awal2 dah pecaya, pastuh dah sampai kat tukar warganegara pastuh jadi CEO dan lelaki muda terkaya, kat situ dah tau nie cita rekaan.haha.

Efa Nur said...

haahaha..tawu xpe..rekaan semata-mata....kehkehkeh..:))

thanks 4 reading..:)

Unknown said...

hahaha..hampeh btol..tertipu tipah tertipu..wakakaka....

Efa Nur said...

tipah tertipi tipu tertipah...hikhik :))

Tok Esah said...

cehh,,, hampeh tol!!!

ingat kisah benar td.. hahaha

Efa Nur said...

tok esah.hahahaha...hehehe...:)

Hafidzah Hafidz said...

adoi! ingat cam betol jek tadi..haha

Miera Hassan said...

la...ingat betul2 la td..huhu

Sunira Ira said...

hahahhaha...lucu ne cerita efa...

Hafifi Borhan El Said said...

haiyaa.....huh

Amy Amira said...

hahahahahaha ade lak pulek...

fazrulnoor said...

mmg terbaik..sampai habis bace semua org

Anonymous said...

terbaekkk r efa ,,,, sya mati2 prcya ,,,,,

.::: Princess MOMOY :::. said...

ceh...

LadyBird said...

ya Allah.. baru je nak komen kaw2 td.. rupenye mimpi jerk.. hilang mood

misshannajr said...

mmg mcm best tp sedar tak yg sebenarnya ni dah kira buat fitnah..apatah lg kaitkan dgn hal umahtangga org..terang2 dlm citer ni siti curang dan tak jujur dlm umahtngga..

p/s nasihat dr org yg lbh tua..tu jer..ati2 yer dlm brgurau snda :D

Anonymous said...

hahah...scary movietu........

muslimah said...

astagfirullahala'zim...
ana sangka cerita nie btul.. rupa2nya dongeng semata-mata...

ana setuju dgn knyataan misshannajr.. hati2 bila brgurau.. sebab kita tkut ia brtukr jd fitnah...

sekadar nasihat dr saudara seIslam..
Wallahuaklam... :)

Geng Borak said...

ermmm... no komen. bila sebut pelbagai nama.

Sweet And Simple said...

hahaha...tipah tertipu

Hanis said...

cis. kita baca dgn kusyuk sekali. tipu! heee.. haha. seyes mcm cita betol kot.

Jom join giveaway!
http://myartcrafting.blogspot.com/2013/02/newbie-giveaway.html

Anonymous said...

Hahahaha!!cehh.br nk caye

Unknown said...

kelakar lah haha

janggipoong said...

dan saya pun tertipu.......

Anonymous said...

klau sy jd ct ....

ciksitifazilah said...

Hahaha gilers

Anonymous said...

Hahaha. Terkena gakkk.. ^___^

Unknown said...

Kurang hajarrr..disitu ye...mati kite..dikencing nyer..

Hasrolnizam Abdul Halil said...

Abis kite ditipu idop2....

Unknown said...

Hawau lol

Unknown said...

Penipu tegar

TERIMA KASIH :)

 
KakiBlog